Mak bapak kita yang melahir dan menjaga kita pun takkan mampu nak sayang kita macam mana Rasulullah SAW sayangkan kita....
Pasangan kita yang katanya nak sehidup semati pun takkan mampu saingi kasihsayang Rasullullah SAW kepada kita.
*Tau tak macamana sayangnya Rasulullah SAW kepada kita???*
Nanti di Padang Mahsyar, hari di mana semua orang sibuk uruskan diri sendiri, tak pedulikan orang lain.
Hari ketika seorang ayah lari dari anak.
Suami lari dari isterinya.
Anak lari dari ibubapanya.
Kawan lari dari kawannya.
Malah semua para Anbiya' pun tak pedulikan antara satu sama lain.
Hanya seorang saja yang sibuk kehulu kehilir mencari umatnya, iaitu Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Dikatakan nanti di Padang Mahsyar, Rasulullah SAW sgt sibuk ke sana sini bertanya "Siapa kamu?"
"Umat Muhammad"
"Sini..sini.. kemari"
Rasulullah SAW kumpulkan semua umatnya, kemudian nanti Baginda akan sujud pada ALLAH dengan sujud yang sangat lama sehingga Allah berkata "Ya Muhammad. Bangkitlah dari sujudmu. Mintaklah, Aku akan beri".
.
Rasulullah SAW berkata "Ya ALLAH. Aku takkan bangkit dari sujud sehingga Kau beri apa yang aku minta".
ALLAH menjawab "Minta".
Rasullullah SAW "Ya ALLAH. Berikan aku kesempatan untuk bagi umatku minum. Mereka kehausan Ya ALLAH di bawah terik matahari".
Allah berkata "Ya Muhammad, Ini telaga Al-Kautsar. Berilah mereka minum".
Rasulullah SAW segera memberi minum kepada semua umatnya.
Sehinggakan Siti Fatimah Az-Zahra pernah berkata "Ya Rasulullah Ayahandaku, sekiranya nanti aku ingin bertemu denganMu, di mana harus aku jumpa"
.
Rasulullah SAW berpesan "Pergilah ke telaga Al-Kautsar. Aku sedang memberi minum pada umatku"
Dengan anaknya pun Baginda tak berjumpa, tapi Baginda nak jumpa dulu umatnya.
Sedangkan Rasulullah SAW dah dijamin ke syurga tapi dia tak mahu masuk selagi umatnya tak masuk.
Setelah memberi minum, Rasulullah SAW sujud lagi dengan sujud yang lama sambil menangis, sehingga ALLAH berkata "Ya Muhammad. Bangkitlah dari sujudmu. Mintaklah, Aku akan beri".
.
"Ya ALLAH, selamatkan umatku dari sirat"
ALLAH berkata "Tunggulah mereka di hujung sirat"
Rasulullah SAW menunggu di hujung sirat sambil menyebut "Allahumma salim salim. Allahumma salim salim (Ya ALLAH selamatkan, selamatkan)"
Yang banyak amal, lepas.
Ada juga yang jatuh ke dalam neraka.
Bila Rasulullah SAW tau ada umatnya masih ramai dalam neraka, Baginda sujud lagi sambil memohon "Ya ALLAH selamatkan umatku yang ada di dalam (neraka) sekiranya dia ada iman sekecil biji kurma"
Lalu ALLAH keluarkan umatnya.
Masih ada lagi ramai di dalam.
Rasulullah SAW sujud lagi ""Ya ALLAH selamatkan umatku yang ada di dalam (neraka) sekiranya dia ada iman sekecil biji jagung"
Lalu ALLAH keluarkan umatnya.
Masih ada lagi ramai di dalam.
Rasulullah SAW sujud lagi ""Ya ALLAH selamatkan umatku yang ada di dalam (neraka) sekiranya dia ada iman sekecil biji sawi"
Lalu ALLAH keluarkan umatnya.
Rasulullah SAW jemput semua masuk ke dalam syurga.
Tapi ada lagi dalam neraka.
Rasulullah SAW sujud lagi dengan sujud yang sangat lama.
ALLAH berkata "Apa lagi Muhammad. Bukan kah aku sudah menyelamatkan ramai umatmu?"
Rasulullah SAW sambil menangis berkata "Ya ALLAH. Demi kasih sayang yang Kau miliki. Selamatkanlah umatku yang tidak ada amal tapi mereka mengucapkan La Ilaha Ilaallah".
ALLAH perkenankan.
Rasulullah SAW berlari ke neraka dan berkata "Umatku, sebutlah La Ilaha Illallah. Aku akan selamatkan kamu".
Dasyatnya sayang Rasulullah SAW pada umatnya.
Dia hanya membukakan pintu syurga untuk umatnya sedangkan dia tak masuk lagi ke dalam.
Takkan ada sesiapa boleh sayang kita sedalam itu.
Bukan ibubapa. Bukan pasangan. Hanya Rasulullah.
Sedangkan Rasulullah SAW tak kenal kita. Dan kita berselawat pada dia pun malas.
Rasulullah SAW tak minta "Ya ALLAH selamatkan umatku yang berselawat banyak padaku".
Tak, dia tak mintak yang tu.
Yang tak ada amal pun dia selamatkan, yang penting itu umatnya.
Pernah Rasulullah SAW tanya kepada sahabat siapa yang paling ALLAH cintai, kemudian dijawab oleh para sahabat "Kami, sahabatmu yang dicintai ALLAH"
.
Rasulullah jawab "Kamu sahabat-sahabatku, sudah tentu ALLAH cintakan kamu. Tapi ada yang lebih ALLAH cintai. Mereka datang setelah kamu tiada. Mereka tidak pernah menyaksikan mukjizatku seperti kamu, tapi mereka beriman kepadaku. ALLAH mencintai mereka lebih dari kamu. Mereka adalah umatku. ALLAH sayangkan mereka kerana umatku adalah keluargaku".
Kita ni dianggap oleh Rasulullah saw sebagai keluarganya.
Padahal Rasulullah saw tau tak semua di kalangan kita setia pada dia.
Baginda rela seluruh hidupnya berdepan dengan kesusahan agar hidayah sampai kepada kita.
Tak ada siapa yang sanggup dihina, dicela, dilempar najis, habis harta agar dakwah dan hidayah yang ini sampai, melainkan Rasulullah SAW.
Lepas habis baca ni, berhenti sekejap dari buat apa-apa.
Selawat ke atas Nabi SAW.
ðŸ˜ðŸ•‹ðŸ•ŒðŸ•‹ðŸ•ŒðŸ•‹ðŸ•ŒðŸ˜
ISLAM bersaudara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan