*BICARA TASAWUF*
BISMILLAH...
Alhamdulillah dgn Rahmat-Nya, hamba masih diberikan kekuatan untuk meneruskan langkah dalam membicarakan sedikit "Rasa" apa yg hamba "rasa" yg "rasa"nya berbeza2 antara seseorang insan dgn seseorang yg lain. Dan "rasa" yg hamba "rasa" ini hanya sekelumit atau secebis shj dan ia tersangat jauh dpd apa2 yg "dirasai" oleh para Habib Allah (Kekasih Allah) dalam melakukan "amal" sebagai bekalan untuk kita bertemu dgn Allah SWT nanti.
Saudara2ku...
Pada minggu lepas, hamba ada membicarakan sifat "riyak" sbg penyakit batin yg boleh menyebabkan semua amal (ibadah) seseorang insan tertolak, dan rosak. Dan...Pada hari ini hamba akan berbicara lagi tentang satu lagi penyakit batin yg sangat2 tersembunyi yg juga boleh menyebabkan semua amal rosak, busuk dan tertolak iaitu sifat "Ujub". Selain "riyak", "Ujub" juga merupakan *pembunuh* no satu bagi amal seseorang ahli ibadat. Sesuatu amalan akan *tertolak* jika ada secebis perasaan atau sifat " ujub" di hatinya ketika sedang melakukan ibadah. Tidak kiralah walau setinggi mana atau sebanyak mana amalnya, ia tidak akan dipandang oleh Allah SWT, jika ada sedikit sifat " ujub". Amal seseorang insan itu tertolak kerana *adanya KEAKUAN* di hatinya dlm melakukan *sembahan* kpd Allah SWT.
Saudara2ku...
Ujub bermaksud "berasa" kagum, hairan, dan bangga akan diri sendiri krn dapat melakukan amal yg berlebihan jika dibandingkan dgn orang lain.
Menurut Ibnul Mubarok (Sultan dlm ilmu Hadith) berkata, perasaan ‘ujub ialah seseorang berasa bahawa dirinya mempunyai suatu kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Menurut Imam Al Ghozali pula ia menyebutkan bahawa perasaan ‘ujub ialah kecintaan seseorang akan suatu kurniaan yang ada pada dirinya dan berasa ia memilikinya sendiri serta tidak menyedari bahawa kurniaan tersebut adalah daripada pemberian Allah SWT.
Baginda Nabi SAW pernah bersabda :
ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ : شُحٌّ مُطَاعٌ وَهَوًى مُتَّبَعٌ وَإِعْجَابُ الْمَرْءِ بِنَفْسِهِ
“Tiga hal yang membawa pada jurang kebinasaan: (1) tamak lagi kikir, (2) mengikuti hawa nafsu (yang selalu mengajak pada kejelekan), dan ujub (takjub pada diri sendiri).”
(H.R. Abdur Razaq, hadist hasan)
Allah SWT pula berfirman:
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.
(Qs Luqman :18)
Masha-Allah...Laahaula walaa quwwata illa billah.
Allah Hu...
Allah Haq...
Allah Hu...
Allah Hayy...
Allah Hu...
Allah Hayyun Daim...
والله أعلم بالصواب
بَارَكَ اللهُ فِيكُمْ
Isnin, 23 April 2018
Apa Itu Ujub
Tags
# agama
About THE AUTHOR
Islam Is Great adalah sebuah website untuk semua!!! Kerana agama Islam adalah milik semua manusia di dunia ini. Bersama kita muhasabah diri.
agama
Labels:
agama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan