Zon Masa Kita Semua Berbeza - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Ahad, 23 April 2017

Zon Masa Kita Semua Berbeza

Zon Masa Kita Semua Berbeza

_Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing._

_Ada yang masih single._
_Ada kahwin 20 ribu belanja,sebulan dah berpisah. Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak._
_Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung._

_Ada yang gred umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap._
_Ada juga yang gred umur 29 tapi lepas gred terus dapat kerja jawatan tetap._

_Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal._
_Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90._

_Zon masa kita semua tak sama._
_Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya. Masa kita belum sampai._
_Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70._
_Hanya zon masa mereka saja yang berbeza._
_Tapi sama-sama dapat jadi Presiden._

_Ada yang 'kedepan' dari kita._
_Tapi ada juga yang 'kebelakang' dari kita._
_Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan._

_Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua. Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih._

_Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri._

_*You are not late.*_
_*You are not early*._

_You are just on time._
_Jangan stress._
_Tapi..kalau sudah ada peluang... Jangan lepaskan..!!_

_Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya._