EMPAT SOALAN PENTING UNTUK SAYYIDINA ALI - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Ahad, 23 April 2017

EMPAT SOALAN PENTING UNTUK SAYYIDINA ALI

EMPAT SOALAN PENTING UNTUK SAYYIDINA ALI
Kisah Sayidina Ali Bin Abi Thalib RA yang bertemu dengan seorang lelaki ketika beliau menjadi Amirul Mukminin.

Lelaki itu bertanya,
“Wahai Amirul Mukminin, saya ingin bertanya 4 soalan, harap tuan dapat menjawabnya:

1. Apakah perkara yang wajib dan yang lebih wajib?

2. Apakah perkara yang dekat dan yang lebih dekat?

3. Apakah perkara yang pelik dan yang lebih pelik?

4. Apakah perkara yang sukar dan yang lebih sukar?"

Amirul Mukminin Ali RA menjawab,

"1. Yang wajib ialah taat kepada ALLAH dan yang lebih wajib tinggalkan dosa.

2. Yang dekat itu kiamat dan yang lebih dekat adalah mati.

3. Yang pelik ialah dunia dan yang lebih pelik ialah cintakan dunia.

4. Yang sukar itu kubur dan yang lebih sukar ialah pergi ke sana (kubur) tanpa bekalan."

SILA SHARE DAN SEBARKAN