INFAQ BULANAN RM 20.00 - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Khamis, 6 Oktober 2016

INFAQ BULANAN RM 20.00

💎 *INFAQ BULANAN RM 20.00* 💎

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

_Yang berbahagia tuan/ puan_
Para Dermawan Yang Budiman

_"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."_ *(Al Baqarah : 261)*

Pihak pengurusan *Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Al-Fateh (SRITI AL-FATEH) Taman Temerloh Jaya* amat berbesar hati untuk membuka peluang infaq bulanan kepada tuan/ puan yang berminat hanya dengan RM 20 untuk menampung perbelanjaan bulanan termasuk dana pembangunan SRITI AL-FATEH yang akan masuk tahun kedua operasi pada 2017 ini.

Oleh itu, pihak kami amat memerlukan dana yang banyak untuk meneruskan kelangsungan SRITI AL-FATEH ini.

Besarlah harapan kami agar pihak tuan/ puan dapat sama-sama menyertai *Infaq Bulanan SRITI AL-FATEH RM 20*.

Sumbangan boleh disalurkan melalui:
1) Pemotongan Gaji
2) Transfer Online atau Deposit ATM

Nama Bank : *Maybank Islamic (Cawangan Temerloh)*
Nama Akaun : *PENDIDIKAN SRITI AL-FATEH*
No. Akaun: *556057511476

*Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi;*
📞 Ayahngah 01110868527
📞 Hj Faisal 0199173642

Sumbangan tuan/ puan kami dahului dengan ucapan _Jazakumullah Khairal Jaza'_

HAJI FAIRUZ HISHAM NORDIN
Pengerusi / Mudir
SRITI AL-FATEH


Tiada ulasan: