AMALAN SEPERTI BEKAS YANG BOCOR
@ Kita ambil wuduk dgn sempurna t api membazir air. ia umpama bekas yang BOCOR.
@ Kita solat, sedekah, baca Al Quran, pergi menunaikan haji dan umrah banyak kali tapi kita sering memfitnah atau mengumpat orang. ia umpama bekas yang BOCOR.
@ Kita memberi banyak sedekah dengan belanja kawan dan orang miskin tapi kita bangga diri dan riak. ia umpama bekas yang BOCOR.
@ Kita bangun tahajud, berpuasa dan taat kepada ALLAH tapi kita putuskan tali silaturrahim dengan keluarga dan orang yang kita benci. ia umpama bekas yang BOCOR.
@ Kita kuat beramal membaca Al Quran, berzikir pagi dan petang tapi kita selalu menyakiti hati jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai serta selalu lepas cakap hingga menyingung perasaan mereka. ia umpama bekas yang BOCOR.
@ Kita berhias-hias pakai cantik-cantik dengan wangian semerbak bukan untuk isteri atau suami malah kepada kita belum berkahwin pula dengan tujuan memikat. ia umpama bekas yang BOCOR.
@ Kita muliakan tetamu malah kita juga suka memberi tapi kita suka memburuk-buruk tetamu dibelakangnya dan mengungkit pemberian. ia umpama bekas yang BOCOR.
@ Kita berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi anak-anak, suami atau isteri tapi kita sering merungut sehingga membuatkan mereka merasa serba salah. ia umpama bakes yang BOCOR.
@ Kita kerap berdoa mohon keampunan tapi bila diuji dengan kesakitan, kesusahan dan kesempitan lalu kita merungut menyalahkan kenapa ALLAH jadikan hidup kita terseksa begini. ia umpama bekas yang BOCOR.
Sahabatku mari kita segera sedar bahawa segala amal baik umpama terisi dalam bekas. Jangan diBOCORkan bekas itu Jangan diBOCORkan pahala baik disebabkan perbuatan buruk...
Jangan sampai kita jadi orang yang MUFLIS di hadapan ALLAH SWT di akhirat kelak.
Sumber dari: Cahaya Mujahid
Khamis, 6 Oktober 2016
AMALAN SEPERTI BEKAS YANG BOCOR

About THE AUTHOR
Islam Is Great adalah sebuah website untuk semua!!! Kerana agama Islam adalah milik semua manusia di dunia ini. Bersama kita muhasabah diri.
Recommended Articles
- agama
Menyaksikan Penyembelihan KorbanMay 31, 2023
Menyaksikan Penyembelihan Korbanعَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يَا فَاطِمَ...
- agama
Upah Penyembelih dan Petugas KorbanMay 30, 2023
عَنْ عَلِيٍّ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا...
- agama
embelihan Korban Selepas Solat Sunat Hari RayaMay 28, 2023
Sembelihan Korban Selepas Solat Sunat Hari Rayaعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَس...
- agama
Hari Arafah Diampunkan Dosa dan Waktu Doa MustajabMay 27, 2023
Hari Arafah Diampunkan Dosa dan Waktu Doa Mustajabعَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan