4 Amalan agar mudah mencapai Redha Allah...
Berkata Syeikh Sya’rawi rahimahullah…
Pertama : Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya. Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya.
Kedua : Bila kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka jangan lah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia dengan perasaan yang aman. Engkau carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai di tenggorok.
Ketiga : Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elak kan dari membuatnya terkejut. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara engkau dari kematian yang mengejut.
Keempat : Bila engkau terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan engkau rezqi dari jalan yang tak disangka.
Bila engkau berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini, niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan engkau dengannya kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat.
Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun kerana engkau tidak akan tahu amalan mana yang dapat memasukkan engkau ke syurga Allah SWT seluas langit dan bumi.
-Tuan Guru Dr Haron Din
Jumaat, 7 Oktober 2016
4 Amalan agar mudah mencapai Redha Allah

About THE AUTHOR
Islam Is Great adalah sebuah website untuk semua!!! Kerana agama Islam adalah milik semua manusia di dunia ini. Bersama kita muhasabah diri.
Recommended Articles
- agama
Menyaksikan Penyembelihan KorbanMay 31, 2023
Menyaksikan Penyembelihan Korbanعَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يَا فَاطِمَ...
- agama
Upah Penyembelih dan Petugas KorbanMay 30, 2023
عَنْ عَلِيٍّ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا...
- agama
embelihan Korban Selepas Solat Sunat Hari RayaMay 28, 2023
Sembelihan Korban Selepas Solat Sunat Hari Rayaعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَس...
- agama
Hari Arafah Diampunkan Dosa dan Waktu Doa MustajabMay 27, 2023
Hari Arafah Diampunkan Dosa dan Waktu Doa Mustajabعَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan