Cerita ulama yang penuh hikmah.
Suatu hari Syeikh Syaqiq Balkhi membeli buah tembikai untuk isterinya. Apabila dibelah dan dimakan, ternyata buah itu tawar rasanya. Isterinya marah dan merungut.. Syeikh Syaqiq mendengar rungutan isterinya dengan tenang. Setelah itu beliau bertanya dengan halus.
"Kepada siapakah yang kau marah wahai isteriku..?
Kepada penjual buahnya kah..?
Atau kepada pembeli buah ini..?
Atau kepada petani yang menanamnya..?
Ataukah kepada yang menciptakan buah tembikai ini..?"
Isterinya terdiam. Sambil tersenyum Syeikh Syaqiq melanjutkan ucapannya.
"Seorang penjual tidak menjual sesuatu kecuali yang terbaik. Seorang pembeli pasti mau membeli sesuatu yang terbaik juga.
Begitu juga seorang petani, tentu saja ia akan merawat tanamannya agar dapat menghasilkan yang terbaik.
Maka sasaran kemarahan kamu berikutnya tidak lain hanya kepada yang menciptakan tembikai ini bukan..?"
Pertanyaan Syeikh Syaqiq menembusi hati sanubari isterinya. Terlihat mengalir airmata di kedua kelupak matanya. Syeikh Syaqiq Balkhi pun melanjutkan cakapnya.
"Bertaqwalah wahai isteriku. Terimalah apa yang sudah menjadi ketetapan-Nya. Agar Allah memberi keberkatan pada hidup kita."
Mendengar nasihat suaminya itu, si isteri pun sedar, tunduk dan menangis mengakui kesilapannya dan ridha atas apa yang telah Allah swt tetapkan.
Ayuh kita usahakan amalan "menerima dengan penuh syukur di atas kurniaan Allah kepada kita". Amalan yang bukan sahaja di amalkan oleh diri sendiri bahkan setiap ahli keluarga kita sendiri sentiasa saling ingat-mengingati supaya bersyukur........🤔
Sabtu, 8 Oktober 2016
Menerima Dengan Syukur di atas kurniaan Allah

About THE AUTHOR
Islam Is Great adalah sebuah website untuk semua!!! Kerana agama Islam adalah milik semua manusia di dunia ini. Bersama kita muhasabah diri.
Recommended Articles
- agama
Menyaksikan Penyembelihan KorbanMay 31, 2023
Menyaksikan Penyembelihan Korbanعَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يَا فَاطِمَ...
- agama
Upah Penyembelih dan Petugas KorbanMay 30, 2023
عَنْ عَلِيٍّ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا...
- agama
embelihan Korban Selepas Solat Sunat Hari RayaMay 28, 2023
Sembelihan Korban Selepas Solat Sunat Hari Rayaعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَس...
- agama
Hari Arafah Diampunkan Dosa dan Waktu Doa MustajabMay 27, 2023
Hari Arafah Diampunkan Dosa dan Waktu Doa Mustajabعَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan