BICARA TASAWUF...
Pada kali ini penulis ingin membicarakan soal penyakit hati yang berikutnya, iaitu "'Ujub". Penyakit 'Ujub ini kadang2 atau sekali-sekala muncul dalam hati setiap insan semasa mereka melakukan amal ibadah kepada Allah SWT. Seperti Riyak, 'Ujub juga perlu dikikis, dibasmi, dan dinyahkan jauh dari lubuk hati setiap insan agar segala amalan yang dilakukan oleh mereka diterima oleh Allah SWT. Bagaimanakah caranya untuk menghapuskan, melunturkan, atau mengenyahkan penyakit 'Ujub daripada hati seseorang insan..????? Tidak lain dan tidak bukan adalah dengan sentiasa menyibukkan diri (lidah dan hati) agar melazimi zikrullah secara sistematik (istiqomah). Zikir yang paling Afdal ialah LA ILA HA IL ALLAH. Fahami mana kalimah Nafi dan mana kalimah Isbatnya. Kalimah Nafi: ialah hati seseorang insan itu menafikan segala sesuatu seperti menafikan perbuatan yg ada makhluk (Hakikatnya perbuatan, zat dan sifat makhluk itu tidak wujud atau tidak ada). Dan kalimah Isbat: ialah mengisbatkan bahawa semua perbuatan yg kita lakukan adalah daripada Af'al Allah SWT (akan dibincangkan dalam bab Tauhid jika diizinkan oleh-Nya)
Imam Al-Ghazali Rahimahullah Ta'ala berkata:
"'Ujub bermaksud berasa hairan akan sesuatu yang dibangsakan kepada dirinya".
Hal ini bermaksud bahawa hakikat 'Ujub itu berlaku apabila seseorang insan itu berasa bangga, kagum, hairan, pelik dan takjub (di dalam hati) akan diri sendiri kerana dapat melakukan amal ibadah kepada Allah SWT sedangkan orang lain tidak mampu melakukannya. Umpamanya, seseorang insan yang dapat melakukan solat malam, sedangkan insan yang lain tidak mampu melakukannya. Insan berkenaan berasa bangga, kagum, pelik, dan hairan bagaimana ia boleh melakukannya (solat malam) sedangkan orang lain tidak mampu. Oleh itu, penulis ingin berpesan kpd diri penulis sendiri dan juga kepada mereka yang rajin beramal supaya membuang perasaan 'Ujub ini. Sebaliknya sentiasalah berasa bahawa sesuatu kita lakukan hanya dengan RAHMAT dan KASIH SAYANG daripada Allah SWT. Tanpa RAHMAT dan KASIH SAYANG-NYA, seseorang insan itu tidak mampu melakukan ketaatan (ibadah) kepada-Nya. LAA HAW LAA WALAA QUWWATA IL ALLAH BILLAH.
Menurut Imam Al-Ghazali berkata :
"Hakikat 'Ujub itu ialah takbur yang berlaku di hati kerana menyangkakan bahawa dirinya itu bersifat dengan sifat kesempurnaan daripada ilmu dan amal, tanpa bersandar kepada Allah SWT."
Baginda Nabi SAW bersabda:
"Tiga perkara yang membinasakan ibadah. Pertama: Kikir yang diikut. Kedua: Mengikut hawa nafsu yang dicela oleh syarak. Ketiga: Takjub seseorang akan diri sendiri".
(Riwayat: Tabrani dan Baihaqi)
Wallah Hu 'Alam.
(Hidayatus-Salikin & Minhajul 'Abidin)
*SEKADAR PERKONGSIAN*
Ahad, 25 September 2016
Ujub
Tags
# agama
About THE AUTHOR
Islam Is Great adalah sebuah website untuk semua!!! Kerana agama Islam adalah milik semua manusia di dunia ini. Bersama kita muhasabah diri.
agama
Labels:
agama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan