SIFAT MAZMUMAH DAN PEMBERSIHANNYA - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Ahad, 25 September 2016

SIFAT MAZMUMAH DAN PEMBERSIHANNYA

Bagaimana mahu membersihkan sifat-sifat mazmumah yang melekat pada hati seseorang insan??? Sifat-sifat mazmumah yang melekat pada hati itu umpama daki yang melekat di badan. Jika insan malas menggosoknya, maka akan bertambah menebal dan kuatlah ia bertapak di badan. Sebaliknya jika seseorang insan itu rajin meneliti dan menggosoknya, maka akan bersihlah badan. Begitulah sifat mazmumah (daki) yang ada melekat di hati. Jika seseorang  insan itu rajin meneliti dan membersihkannya, maka bersihlah hatinya itu, malah ia semakin bercahaya.

Bagaimanakah cara membuang sifat-sifat mazmumah dari hati? Tentulah tidak sesenang membuang daki di badan. Ia memerlukan latihan jiwa yang bersungguh-sungguh, didikan yang berterusan dan tunjuk ajar yang berkesan daripada guru mursyid iaitu guru yang dapat membaca dan menyelami hati muridnya sehingga dia tahu apakah kekurangan dan kelebihan muridnya itu. Malangnya pada akhir zaman ini kita ketiadaan guru mursyid. Hal  ini dinyatakan sendiri oleh baginda Rasulullah SAW bahawa pada akhir zaman yang banyak iaalah mubaligh, tetapi sukar mencari guru mursyid.
Nasib kita hari ini umpama anak ayam kehilangan ibu. Tiada yang akan memandu kita melalui jalan kebaikan yang ingin kita tempuhi. Meraba-rabalah kita.

Namun begitu, bagi insan yang mempunyai keazaman yang kuat untuk membersihkan jiwanya, ia tidak akan kecewa hanya kerana tiada orang yang boleh mendidik dan memimpinnya. Ia akan sanggup berusaha sendiri demi kesempurnaan diri dan hidupnya, sekadar yang termampu.

*Kalam Sufi*


Tiada ulasan: