Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Khamis, 12 Mac 2020

BOLEHKAH HAND SANITIZER DIGUNA KETIKA MELAKUKAN SOLAT

6:48:00 PTG 0
BOLEHKAH HAND SANITIZER DIGUNA KETIKA MELAKUKAN SOLAT

BOLEHKAH HAND SANITIZER DIGUNA KETIKA MELAKUKAN SOLAT
*Soalan*

Assalamualaikum Dato' Mufti.
Terdapat masjid yang meletakkan pencuci tangan pada pintu masjid. Jadi, bolehkah menggunakan *hand sanitizer* ketika melakukan solat, adalakah ia dikira najis disebabkan ada alkohol di dalamnya. Mohon pencerahan Dato' Mufti. Terima kasih.

*Jawapan*

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Dalam melakukan ibadah solat, di antara syarat sah solat yang wajib dipatuhi adalah menghilangkan najis yang terdapat pada badan dan pakaian. Persoalan pada kali ini adalah untuk menjelaskan penggunaan *hand sanitizer* (pencuci tangan) ketika hendak melakukan solat. Justeru sebaiknya kita membahaskan tentang apa yang terdapat pada kandungan dan bahan yang digunakan di dalam *hand sanitizer* (pencuci tangan) itu sendiri.

*Hand Sanitizer* (Pencuci Tangan)

Penggunaan sanitizer adalah bertujuan untuk membunuh bakteria yang terdapat pada permukaan kulit. Ia juga merupakan bahan yang efektif dalam membunuh kuman dan bakteria berbanding mencuci tangan menggunakan air dan sabun.

Menurut garis panduan daripada Food and Drug Administration (FDA) setiap kandungan produk hand sanitizer yang dipasarkan mestilah mengandungi ethyl alcohol (ethanol), isopropyl alcohol (isopropanol) atau benzalkonium klorida sebagai bahan utama.[1]

Selain itu, terdapat juga hand sanitizer yang menggunakan bahan selain daripada alkohol untuk membunuh mikroorganisma dan bakteria seperti povidone-iodine atau triclosan.

Sukatan yang digunakan mengikut jenis bahan yang diletakkan di dalam hand sanitize (pencuci tangan). Mengikut World Health Organization (WHO) menetapkan garis panduan dengan menyatakan bahan kimia yang digunakan di dalam 10 liter hand sanitizer mestilah mengandungi 8333 ml daripada 96% ethanol, 417 daripada 3% hydrogen peroxide dan145 daripada 98% glycerol atau 7515 ml daripada 99.8% isopropyl alcohol, 417 ml daripada 3% hydrogen peroxide dan 145% daripada 98% glycerol. [2]

*Hukum Penggunaan Alkohol*

Menuru jumhur ulama, alkohol merupakan najis kerana ia termasuk di dalam cecair yang memabukkan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/183-184). Ini seperti hadis yang diriwayat oleh Ibnu Umar RA, sabda Nabi SAW:

كُلَّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ وَأَنَّ كُلَّ خَمْرٍ حَرَامٌ

Maksudnya: “Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap arak adalah haram.”
Riwayat Muslim (2003)

Selain itu, Prof. Dr Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari menyebut di dalam kitabnya menyatakan para ulama berselisih pandangan tentang sama ada arak najis atau tidak. Pada dasarnya, ulama bersepakat tentang arak adalah najis, tetapi mereka berselisih tentang sifat kenajisannya. Segolongan ulama berpendapat arak merupakan najis dari segi ainnya. Manakala menurut pendapat yang lain arak tidak najis dari segi ainnya. Sebaliknya najis dari segi maknawi iaitu tidak boleh diminum kerana ia merupakan sesuatu yang kotor sperti dadah dan seumpamanya. (Lihat Isu-isu Fiqh Halal & Haram Semasa, hlm. 598)

Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam Tahun 2005 (ms. 74) juga menyatakan: “Alkohol sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun.

Adapun barangan kosmetik yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis. Dengan ini juga, *sah sembahyang* seseorang yang memakai baju yang telah disembut dengan minyak wangi yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia kerana ia *bukan najis*.”

Selain itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11-12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal. Tapai halal dimakan.

Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.

Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

Begitu juga boleh rujuk artikel di laman web PMWP yang bertajuk IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-185: MENGGUNAKAN ALKOHOL SWAB DAN MINYAK WANGI BERALKOHOL untuk maklumat lebih lanjut.

*Kesimpulan*

Kemunculan penularan virus Covid-19 telah melanda negara kita, oleh itu perlaksanaan menjaga kebersihan merupakan faktor utama bagi mengurangkan risiko dalam jangkitan virus ini. Justeru, timbul persoalan berkenaan dengan penggunaan *hand sanitizer* (pencuci tangan) semasa melakukan solat. Adakah ia dikira sebagai najis kerana kandungan alkohol di dalamnya?

Berbalik kepada persoalan yang diajukan dan pendapat ulama yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa *hand sanitizer* (pencuci tangan) adalah *tidak najis* dan boleh digunakannya ketika hendak melakukan sembahyang serta tidak dikira menanggung najis. Ini jelas seperti yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan iaitu *ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.*

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.

Wallahua'lam

*S.S. Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri*
Mufti Wilayah Persekutuan
Diterbitkan : 1 Mac 2020

DIMANAKAH LETAKNYA SYURGA DUNIA

3:21:00 PTG 0
DIMANAKAH LETAKNYA SYURGA DUNIA

DIMANAKAH LETAKNYA SYURGA DUNIA

Rupanya di dunia lagi Allah telah memberikan 'syurga' kepada kita..
Syurga itu dinamakan al jannatul 'ajilah الجنة العاجلة (syurga yang disegerakan) iaitu HATI YANG SEJAHTERA..
Mereka yang mendapat 'syurga' ini sentiasa rasa tenang, bahagia dan gembira dengan hidupnya..
Bila diberi nikmat dia bersyukur...
Bila kurang dia bersabar...
Bila diuji dia bersangka baik..
bahkan..
Bila disakiti dia memaafi...
Tidak ada langsung hasad dengki dihatinya...
Pemilik 'syurga' ini sentiasa TENANG dalam apa jua keadaan...
Baik susah mahupun senang...
Bahkan ketenangan itu dapat dirasai oleh orang lain bersama dengannya...
Beruntunglah sesiapa yang memiliki 'syurga' ini...
Kata ahli sufi, sesiapa yang ingin merasai syurga hakiki di akhirat nanti, dia perlu merasai 'syurga' ini terlebih dahulu...
Dan yang menakutkan adalah mereka yang tidak merasai syurga ini, maka dia tidak akan merasai syurga yang hakiki kelak...
Ini berdasarkan firman Allah :
يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88)
إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89)
(Iaitu) pada hari di mana harta dan anak pinak tidak berguna. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera.” (Asy Syu’ara’: 88-89)

Marilah kita sama2 berusaha membersihkan hati agar dikurniakan 'syurga' ini...❤

#ummiabahmama

FB Shinderella Yat

Selasa, 10 Mac 2020

KENAPA LANTAI MASJIDIL HARAM SEJUK TANPA PENGHAWA DINGIN

6:22:00 PG 0
KENAPA LANTAI MASJIDIL HARAM SEJUK TANPA PENGHAWA DINGIN

KENAPA LANTAI MASJIDIL HARAM SEJUK TANPA PENGHAWA DINGIN
Ketika melihat pemandangan indah nan sayu sebegini di Masjidil Haram, teringat pula saya tentang satu kisah di belakang tabir yg amat menarik yg pernah saya baca berkenaan dgn seorang engineer yg hebat lagi bertaqwa, yg telah memastikan kita sekarang ini sedang menyaksikan keindahan lantai masjidil Haram yg cukup indah putih berseri dari jauh, serta punyai rahsia juga mengapa ia menyejukkan kaki-kaki para 'hujjaj' & 'mu'tamireen' dari dekat khususnya ketika sedang musim panas yg menyengat lagi membakar deria rasa & juga pemandangan. Ya, kisah benar ini ialah kisah tentang batu ajaib & 2 insan 'majhul'.

Muhammad Kamal Ismail, kelahiran bumi Mesir al Mahbubah, satu nama asing yg seakan tiada dikenali oleh ramai orang, akan tetapi beliau adalah seorang insan yg berjasa besar namun jiwanya bagaikan 'jundi majhul' (tentera bawahan : yakni yg tak mahu dikenali yg jauh dari media, kemasyuran & harta benda akan tetapi jasa & pengorbanannya tidaklah terbanding ganjaran dunia & akhiratnya), yg mana apabila beliau ditawarkan jutaan wang hasil dari khidmat kerjanya sebagai seorang yg berperanan mengatur & merancang sehingga menjadikan masjidil Haram seindah sekarang ini, lalu beliau langsung menjawab tanpa ragu : "Aku yg mengambil duit atas khidmat Haramain as Syarifain?! Di mana aku nak letakkan mukaku dihadapan Tuhan nanti!".

Beliaulah orang yg bertanggungjawab sebagai engineer besar dalam projek perluasan masjidil Haram Mekah & Madinah, dan khususnya jg yg telah bertanggungjawab membawa batuan ajaib bernama 'Thassos' yg tidak terdapat di mana2 tempat lain didunia ini kecuali di salah satu pulau di bumi Yunan (Greece), yg mana kelebihannya ia mampu 'kekal sejuk ketika cuaca panas membakar' demi memberi keselesaan kpd para jemaah haji & umrah ketika tawaf di musim panas yg mencecah suhunya sehingga 50 darjah celcius atau lebih , yg mana jika digunakan jenis batuan lain sebagai lantai di tempat tawaf nescaya tiada mana2 kaki yg mampu bertahan untuk menanggung kehangatan batu yg masak dibakar bahang matahari seakan2 arang yg sedang panas memanggang daging2 yg segar.

Yang lebih menariknya, kisah ini menjadi semakin tinggi & bermakna penghayatan serta pengajarannya apabila setelah 15 tahun dari selesainya perletakan batuan tersebut di Masjil Haram Mekah, lalu pihak kerajaan Saudi telah berhasrat utk menggunkan batuan yg sama di Masjid Nabawi di Madinah, sedangkan Allahyarham Muhammad Kamal mula menyedari bahawa pembelian batu bagi rancangan terbaru itu ternyata sudah agak sulit, namun rupanya disebalik itu mempunyai 'perancangan Allah yg tidak langsung dijangka'.

Ketika di awal2 pembelian batuan tersebut, jumlah yg diperlukan adalah sangat2 banyak sehingga melibatkan kerja2 perobohan bukit besar, proses pemahatan atau pengeluaran batu yg tidak dari kebiasaannya, dan akhirnya alhamdulillah telah memenuhi jumlah permintaan bagi penggunaannya di Masjid Haram. Kebetulan ketika itu ada lebihan batu yg telah dipahat masih tertinggal separuh banyaknya, yakni pihak kerajaan Saudi hanya membeli separuh sahaja atas alasan sudah mencukupi, lalu selang beberapa lama selepas itu jumlah baki separuh lagi yg tertinggal telah dibeli & dimiliki oleh seorang ahli korporat terkemuka atas tujuan peribadinya.

Menyedari akan kesulitan urusan yg beliau jangka, Allahyarham Muhammad Kamal memanjatkan doa pd Allah semoga dimudah & ditunaikan urusannya atas perkara yg tersebut namun ternyata setelah itu seperti apa yg beliau jangkakan bahawa lebihan batu yg sukar ditemui itu sudahpun dibeli oleh orang lain, maka beliau merasa amat sedih atas apa yg sedang dilaluinya.. Beliau cuba meninggalkan pesan kepada pemilik syarikat pengeluar batu tersebut utk memberikan padanya maklumat pembeli itu andai masih ada nasib yg hendak dicubanya.

Ternyata selepas beberapa jam, beliau terus menerima panggilan telefon dari pembeli yg memiliki baki separuh dari batuan yg tinggal itu, yg kebetulan & langsung tidak dijangka olehnya bahawa pembeli itu adalah dari sebuah syarikat di Arab Saudi jua. Lantas beliau segera mendatangi syarikat tersebut untuk bertanya dan menyatakan hasrat atau hal yg demikian, lalu telah dimaklumkan batuan yg dibeli itu masih belum digunakan dan kemas berada di gudang mereka. Ya, sudah tentu ianya masih tersimpan kemas tidak digunakan pastinya dalam tadbir & perancangan Allah jua..

Maka menangislah Allahyarham Muhammad Kamal lantas memohon untuk membeli sekaliannya untuk digunakan di Masjidil Nabawi.. Lalu yg lebih mengharukannya, pemilik syarikat yg 'majhul' buat kita umat Islam skrg ini, dengan penuh rasa tawaduk dan mencari redha Allah s.w.t, beliau menolak langsung untuk menerima walau 1 dirham, dan sebaliknya terus menginfaqkan sekalian dari batuan2 yg dimilikinya itu di jalan Allah. Maka selepas itu sempurnalah dan indahlah keadaan 2 masjid yg mulia buat Islam dgn batuan putih yg indah lagi menyelesakan seperti yg dirancang. -tamat kisah-

Maka ketahuilah, bahawa orang2 yg soleh lagi bertaqwa itu tak mengiralah samada ianya orang besar atau biasa didunia ini khsusnya disisi manusia@mahkhluk, samada agamawan atau org kebiasaan, berjawatan atau tidak, atau sebagainya, fahamilah bahawa mereka itu afalah orang2 yg dekat dgn Allah@Khaliq dan amat hampir dgn pertolonganNya..

Abu Muhammad al Azhari al Dimashqy
7/3/20 3:45
Madinah al Munawwaroh
*gambar terbaru Kabaah al Musyarrafah

Kisah ini jg adalah utk merungkai & menjawab ada kenyataan yg menyatakan bahawa terdapat pendingin hawa yg berperanan menyejukkan lantai dari bawah namun hakikat dari itu adalah sebaliknya..

FB Pondok Habib