Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Jumaat, 14 Februari 2020

RAHSIA BESAR MENCIPTA HUBUNGAN MAWADDAH DI DALAM RUMAH TANGGA

4:45:00 PTG 0
RAHSIA BESAR MENCIPTA HUBUNGAN MAWADDAH DI DALAM RUMAH TANGGA

RAHSIA BESAR MENCIPTA HUBUNGAN MAWADDAH DI DALAM RUMAH TANGGA

Asalamualaikum semua.
Ya, rahsia besar yang tak ramai orang tahu, terutamanya pasangan suami dan isteri. Izinkan saya kongsi kan sedikit RAHSIA BESAR ini.

Tak lama, hanya pinjam 5 minit sahaja untuk membaca.

Baru baru ni waktu saya balik Johor, saya berpeluang bertemu dengan seorang Ustaz, iaitu Ustaz Sadini.

Ustaz Sadini merupakan seorang bekas doktor dan berkahwin dengan anak dari Mufti Brunei. Tutur kata memang begitu menenangkan jiwa yang mendengar setiap tazkirah yang keluar dari mulut nya.

Sempat saya bertanya pada dia,
"Macamana nak buatkan suami mendengar nasihat dan pendapat isteri? Sebab macam yang kita tahu, ramai suami diluar sana yang meletakkan ego di depan sekali bila buat apa apa keputusan di dalam rumah tangga"

Ustaz Sadini jawab,
"Sebelum tu saya nak tanya, pernah tak kamu mendoakan anggota badan suami kamu ?"

Ustaz Sadini pandang semua yang hadir,dan tanya lagi pada yang lain,

"Ada doakan anggota badan suami ? Suami pulak, ada doakan untuk anggota badan isteri?"

Ustaz Sadini pandang saya semula, menunggu jawapan. Ahhh sudah! Apa nak jawab? Sebab saya tak paham maksud soalan tu.

Tapi saya jawab juga,
"Saya biasa doakan suami saya dalam setiap sujud terakhir ketika solat, minta supaya ALLAH permudahkan setiap usaha suami mencari rezeki, menjadi suami dan ayah yang penyayang dan bertanggungjawab"

Ustaz Sadini :
"Baik. Saya tak cakap benda tu salah yer. Cuma kurang betul. Kurang betul sebab pasangan suami isteri harus mendoakan anggota badan antara 1 sama lain. Tapi tak ramai pasangan buat perkara ni. Sebab tu kurangnya hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga"

Persoalannya, bagaimana nak mendoakan anggota tubuh badan pasangan secara specific?

Di sini saya kongsi kan. 

1. Pegang tangan suami / isteri kita, usap tangan nya sambil baca : 
Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a'zabannar,

Habis baca sambung,

YA ALLAH, BERKATI TANGAN SUAMI/ISTERIKU AGAR DIGUNAKAN KE JALAN YANG BAIK, DI HARAMKAN DARI API NERAKA. 

Pelik? Yer, kami semua yang hadir pun tercengang. Doa makan? Itu yang Ustaz Sadini bagitau, ramai ingat doa makan di baca ketika makan sahaja. Sedangkan banyak fungsi doa makan tu, untuk minta apa saja yang kita ada diberkati ALLAH.

2.  Ulang perkara yang sama di setiap anggota badan pasangan kita. 

3. Ketika isteri hamil, baca kan juga doa tersebut, sambil lekapkan tapak tangan di perut isteri. 

4. Ketika sedang bersama, lekap kan tapak tangan di dada suami/isteri,dan bacakan doa tersebut, minta hatinya di berkati ALLAH dan tidak terpikir langsung untuk berbuat perkara yang tidak di sukai. Minta diharamkan hati nya dari api neraka. 

ALLAHUUU, saya yakin ramai sangat yang tak tahu perkara ni ? 
Pernah doakan tak anggota tubuh pasangan kita?

Dan yang terakhir ustaz Sadini kongsikan, ketika suami bawa balik sekampit beras. Waktu di tuang ke dalam tong beras, pegang butiran beras tu sambil bacakan juga ,

Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a'zabannar

Doa agar setiap butiran beras tu diberkati oleh ALLAH SWT.

Saya izinkan kalian SHARE, agar lebih ramai mendapat ilmu kecil, yang merupakan salah 1 RAHSIA BESAR mendapatkan hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga.

Sabtu, 8 Februari 2020

Tuhan Mengalakkan Bersuci Dan Bersih

2:58:00 PTG 1
Tuhan Mengalakkan Bersuci Dan Bersih



Ajaran Tuhan sangat menggalakkan kita supaya suruh bersih dan bersuci di dalam apa pun keadaan
Terutama bersih dan bersuci daripada najis yang berbagai-bagai jenisnya adalah diwajibkan
Bersih daripada badan, bersih daripada pakaian, bersih daripada tempat tinggal dan kawasan
Hingga dikatakan mengikut Hadis bersih itu setengah daripada iman
Bersih itu sekalipun di dalam jamban
Diharap diambil perhatian
Kesempurnaan bersih lahir bukan sahaja daripada najis yang digalakkan
Disuruh juga bersih daripada kekotoran, sunat mengikut hukum Tuhan sekalipun tidak menajiskan
Daripada badan, pakaian, tempat tinggal dan kawasan
Bersih daripada peluh yang menjijikkan, daripada tahi mata, tahi telinga, tahi gigi yang meloyakan
Pada pakaian daripada comot, habuk, lumpur yang menyakitkan mata memandang
Di dalam rumah, di kawasan rumah daripada sampah yang bersepah yang menghilangkan keindahan pemandangan
Apabila berlaku ia jadi makruh lebih-lebih lagi jika dibawa ibadah dan sembahyang
Di dalam agama Tuhan sesuatu itu diambil kira jika perkara itu menyakitkan
Menyakitkan hidung, menyakitkan mata, menyakitkan perasaan atau selera insan
Ajaran Tuhan menggalakkkan kita bercantik-cantikan dan berwangi-wangian
Kerana ia menghiburkan dan menyenangkan di dalam pergaulan
Kerana Tuhan itu cantik, Dia suka kita juga bercantik-cantikan
Di sini baru kita faham ajaran Tuhan bukan sahaja disuruh bersih batin daripada mazmumah yang merosakkan kehidupan
Memanglah bersih batin daripada mazmumah itu adalah yang paling diwajibkan dan dipentingkan
Tapi bersih yang lahir juga sangat diperintah dan digalakkan
Kerana ia memperindahkan ajaran Tuhan itu secara luaran yang senang mata memandang
Perkara luaran yang indah juga sangat mempengaruh orang masuk Islam atau senang dengan Islam
Memanglah kita sudah katakan yang dalam itu sangat dipentingkan
Tapi bersih luaran jangan pula ia diabaikan kerana ia adalah asas ibadah mengikut agama Tuhan
Di hari ini apa yang amat mendukacitakan kedua-dua kebersihan lahir dan batin masih diabaikan
Yang batin memang amat susah tapi yang lahir pun umat Islam cuai dan abaikan
Lebih-lebih lagi umat Islam di kampung-kampung seolah-olah kebersihan lahir itu bukan agama Tuhan
Pakaian tidak terurus, badan kurang dibersihkan, di jamban lebih-lebih lagilah amat mendukacitakan, sangat menjijikkan
Di dalam rumah, kawasan rumah, bahkan kawasan surau dan masjid pun sangat sakit mata memandang
Di luar rumah dan masjid rumput panjang, kebersihan daripada sampah sarap diabaikan, adakalanya najis pun bertaburan
Kalau kebersihan lahir pun susah sangat dilaksanakan, bersih batin lagilah macam mustahil dapat dibersihkan
Jika kebersihan lahir pun masih dicuaikan mengapalah negara Islam hendak difikirkan
Janganlah berangan-angan
Perkara-perkara asas ibadah pun belum selesai apakah perkara-perkara furuk dan cabang-cabang di dalam ibadah mudah dicapai?
Mengapalah umat Islam hari ini melulu berjuang macam orang tidak siuman
Berjuanglah yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan

Menjelang Zuhur  
12.09.2004

KONSEP REZEKI DARI PAK HAMKA

2:53:00 PTG 0
KONSEP REZEKI DARI PAK HAMKA

: *Pak Hamka berkata ...*

*Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa yang kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.*

*Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia.*

*Kamu tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia.*

*Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.*

*Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda.*

*Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya!*

*Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa.*

*Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab dihadapan Allah nanti.*

*Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.*

*Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia.*

*Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurgaNya.*

*Justeru, Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri.*

*Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima dengan redha.*

*kongsi keberkatan rezeki ~*