Tuhan Mengalakkan Bersuci Dan Bersih - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 8 Februari 2020

Tuhan Mengalakkan Bersuci Dan Bersih




Ajaran Tuhan sangat menggalakkan kita supaya suruh bersih dan bersuci di dalam apa pun keadaan
Terutama bersih dan bersuci daripada najis yang berbagai-bagai jenisnya adalah diwajibkan
Bersih daripada badan, bersih daripada pakaian, bersih daripada tempat tinggal dan kawasan
Hingga dikatakan mengikut Hadis bersih itu setengah daripada iman
Bersih itu sekalipun di dalam jamban
Diharap diambil perhatian
Kesempurnaan bersih lahir bukan sahaja daripada najis yang digalakkan
Disuruh juga bersih daripada kekotoran, sunat mengikut hukum Tuhan sekalipun tidak menajiskan
Daripada badan, pakaian, tempat tinggal dan kawasan
Bersih daripada peluh yang menjijikkan, daripada tahi mata, tahi telinga, tahi gigi yang meloyakan
Pada pakaian daripada comot, habuk, lumpur yang menyakitkan mata memandang
Di dalam rumah, di kawasan rumah daripada sampah yang bersepah yang menghilangkan keindahan pemandangan
Apabila berlaku ia jadi makruh lebih-lebih lagi jika dibawa ibadah dan sembahyang
Di dalam agama Tuhan sesuatu itu diambil kira jika perkara itu menyakitkan
Menyakitkan hidung, menyakitkan mata, menyakitkan perasaan atau selera insan
Ajaran Tuhan menggalakkkan kita bercantik-cantikan dan berwangi-wangian
Kerana ia menghiburkan dan menyenangkan di dalam pergaulan
Kerana Tuhan itu cantik, Dia suka kita juga bercantik-cantikan
Di sini baru kita faham ajaran Tuhan bukan sahaja disuruh bersih batin daripada mazmumah yang merosakkan kehidupan
Memanglah bersih batin daripada mazmumah itu adalah yang paling diwajibkan dan dipentingkan
Tapi bersih yang lahir juga sangat diperintah dan digalakkan
Kerana ia memperindahkan ajaran Tuhan itu secara luaran yang senang mata memandang
Perkara luaran yang indah juga sangat mempengaruh orang masuk Islam atau senang dengan Islam
Memanglah kita sudah katakan yang dalam itu sangat dipentingkan
Tapi bersih luaran jangan pula ia diabaikan kerana ia adalah asas ibadah mengikut agama Tuhan
Di hari ini apa yang amat mendukacitakan kedua-dua kebersihan lahir dan batin masih diabaikan
Yang batin memang amat susah tapi yang lahir pun umat Islam cuai dan abaikan
Lebih-lebih lagi umat Islam di kampung-kampung seolah-olah kebersihan lahir itu bukan agama Tuhan
Pakaian tidak terurus, badan kurang dibersihkan, di jamban lebih-lebih lagilah amat mendukacitakan, sangat menjijikkan
Di dalam rumah, kawasan rumah, bahkan kawasan surau dan masjid pun sangat sakit mata memandang
Di luar rumah dan masjid rumput panjang, kebersihan daripada sampah sarap diabaikan, adakalanya najis pun bertaburan
Kalau kebersihan lahir pun susah sangat dilaksanakan, bersih batin lagilah macam mustahil dapat dibersihkan
Jika kebersihan lahir pun masih dicuaikan mengapalah negara Islam hendak difikirkan
Janganlah berangan-angan
Perkara-perkara asas ibadah pun belum selesai apakah perkara-perkara furuk dan cabang-cabang di dalam ibadah mudah dicapai?
Mengapalah umat Islam hari ini melulu berjuang macam orang tidak siuman
Berjuanglah yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan

Menjelang Zuhur  
12.09.2004

1 ulasan:

Sadey berkata...

Terima kasih.. dalam Islam bab Thaharah adalah yang pertama mesti kita pelajari. :)