Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Khamis, 26 September 2019

Mengapa Abu Musa Menangis?

8:43:00 PG 0
Mengapa Abu Musa Menangis?

 Abu Musa

1. Perang Tabuk benar-benar menguji keimanan para sahabat. Ia adalah peperangan yang berlaku dalam musim yang sangat panas, perjalanan yang sangat jauh serta menghadapi bilangan musuh yang sangat besar. 

2. Melihatkan kesukaran situasi perang ini, golongan munafiq mula memberikan pelbagai alasan untuk lari dari medan jihad. Berbeza dengan kaum Mukmin, mereka merayu kepada Rasulullah untuk menyertai peperangan yang sangat susah ini sekalipun mereka tidak memiliki harta.

3. Perkara ini diceritakan oleh Abu Musa al-Asy’ari ketikamana beliau bersama dengan beberapa orang dari kaumnya merayu, meminta Rasulullah agar menyediakan tunggangan untuk mereka menyertai peperangan getir tersebut. Rasulullah terpaksa menolaknya kerana tidak memiliki tunggangan yang boleh membawa mereka. Perkara ini direkodkan dalam al-Quran. Firman Allah:

قُلْتَ لا أَجِدُ مَا أَحْمِلُكُمْ عَلَيْهِ تَوَلَّوا وَأَعْيُنُهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ حَزَنًا أَلَّا يَجِدُوا مَا يُنفِقُونَ

“Engkau berkata (wahai Muhammad): Aku tidak memiliki apa-apa (tunggangan) yang boleh membawa kamu (ke medan perang), lalu mereka (para sahabat) berpaling dan air mata mereka bergenang mengalir kerana sedih tidak mempunyai apa-apa yang boleh mereka sumbangkan.” (al-Taubah:92)

4. Menurut al-Imam al-Baghawi, mereka ini dinamakan ‘golongan yang menangis’ (al-bukka’un). Mereka menangis sedih kerana tidak dapat turut serta dalam medan jihad. Mereka sedih kerana tidak dapat menyumbangkan sesuatu untuk Islam. al-Baghawi menyenaraikan tujuh nama sahabat yang menangis ini di dalam tafsirnya.

5. Menurut al-Imam Ibn Kathir pula, mereka yang menangis ini adalah golongan yang sangat istimewa. Sekalipun mereka tidak dapat bersama di medan jihad, pahala jihad mengalir buat mereka. Sabda Rasulullah:

إن بالمدينة أقواماً ما قطعتم وادياً ولا سرتم سيراً إلا وهم معكم

“Sesungguhnya di Madinah ini ada satu kaum yang tidak menyertai kamu meredah lembah maupun bermusafir jauh, namun mereka bersama kamu (dalam riwayat yang lain mereka memilik pahal seperti kamu).

6. Lihatlah betapa tinggi semangat para sahabat dan kerinduan mereka untuk menyumbang kepada Islam. Mereka menangis sedih kerana tidak dapat berjuang bersama Rasulullah sehingga kisah tangisan mereka direkodkan oleh Allah di dalam al-Quran sebagai renungan buat kita semua.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Ahad, 22 September 2019

Cerita Syahdu Pengalaman Ustaz Farid Ravi Memeluk Islam

8:37:00 PG 0
Cerita Syahdu Pengalaman  Ustaz Farid Ravi Memeluk Islam

Ustaz Farid Ravi

Nama saya  Jesiah Ravi a/l Jacob. Nama tu menunjukkan Kristian. Memang kami asalnya Kristian. Tetapi Kristian yang tidak praktis. Ayah saya meninggal ketika saya dalam perut ibu. Saya anak yatim. Ibu membesarkan saya.

Sejak kecil saya terdedah kepada suasana dan budaya Melayu Islam. Lahir dan membesar di Kg Sg Choh. Majoriti penduduk adalah Melayu. Hanya ada dua keluarga sahaja Hindu. 

Saya bertuah kerana rumah sewa kami bersebelahan dengan surau. Saya sentiasa melihat apa yang berlaku di surau. Bahkan saya dan kawan-kawan masuk dan bermain dalam surau. Saya mesra dengan suasana surau dan budaya masyarakat Islam.

Di sekolah kawan-kawan ajak saya masuk kelas Pendidikan Islam. Biasanya waktu PI saya akan keluar. Bila kawan ajak supaya jangan keluar waktu Ustazah masuk, saya pun cuba duduk. Ustazah tak marah rupanya. Bahkan Ustazah senyum kepada saya. Dia restu saya dalam kelasnya.

Makin lama makin seronok saya belajar pendidikan Islam. Saya tidak disuruh baca dan hafal. Tapi oleh kerana setiap hari berada dalam kelas Pendidikan Islam itu maka banyak benda saya hafal. Saya hafal Al Fatihah. Saya hafal ayat Kursi. Saya boleh azan dan jawab azan. Boleh takbir raya dan macam2 lagi…

Masa darjah 4 darjah 5 saya sudah hafal berbagai-bagai doa. Balik rumah saya cuba baca doa makan. Mak saya sangat marah, Kau baca apa ni. Tak boleh baca. Itu Melayu punya…

Saya tanya kenapa tak boleh. Ini hanya tanda kita terima kasih kepada Tuhan.

Akhirnya mak kata, “Ikut engkau lah. Tapi jangan baca kuat-kuat.”

Maka sejak itu setiap hari saya baca macam-macam doa. Bayangkan tiap hari mak saya dengar saya  baca doa makan, doa tidur. Barangkali itu memberi kesan juga kepada mak saya.

Antara yang saya tertarik dengan Pendidikan Islam ialah kisah nabi Ibrahim. Ayahnya buat berhala. Namrud sendiri tahu berhala itu tidak mampu bercakap. Tak boleh melihat. Tak boleh mudharat dan tak boleh bagi manfaat. Kisah Nabi Ibrahim ini begitu menyentap fitrah saya. 

Saya kata, Ya Allah, sampai begitu sekali kita jahil kita tak fikir apa yang kita sembah selama ini. Akhirnya saya buat keputusan saya tidak akan sembah selain daripada Allah SWT. 

Bila umur saya cukup 18 tahun, saya pergi Perkim bawa IC. Saya terus melafazkan dua kalimah syahadah pada hari berkenaan. 

Setelah masuk Islam saya tinggal di rumah mak angkat saya. Saya cuba amalkan Islam setakat yang termampu. Namun saya tidak berani pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Kalau saya pergi solat jumaat, nanti keluarga saya akan tahu. Abang saya garang.

Minggu kedua, mak angkat saya suruh saya pergi menunaikan solat Jumaat. Bila saya pergi solat Jumaat, maka kecoh lah satu kampung. Sampai ke pengetahuan keluarga saya. 

Lalu saya dipanggil menghadap satu majlis. Semua adik beradik berkumpul. Saya ditanya kenapa masuk Islam, saya jawab sebab saya minat dengan Islam. Sambil tanya sambil dipukulnya saya. 

Saya dipukul dengan sangat teruk oleh abang saya. “Aku nak kamu tinggalkan Islam,” kata abang saya.

Saya kata, “Tak boleh bang.”

Dia kata, “Kenapa tak boleh?”

“Tak boleh bang. Saya dah pilih Islam. Mati hidup saya dengan Islam.”

“Oh Islam ajar kau kurang ajar ye!”

“Kenapa marah saya masuk Islam.”

“Kerana Islam tak betul.”

Saya tanya, “Kat mana Islam tak betul. Beritahu saya.”

“Aku tak perlu beritahu engkau mana yang tak betul.Tapi aku tahu Islam tu tak betul.”

“Beritahulah saya. Saya nak tahu. Kalau tak betul, sayapun tak nak ikut agama yang tak betul. Setahu saya semuanya betul.”

“Oh kau menjawab ye….”  Dia terus pukul saya. Saya undur sampai ke bucu hujung rumah dan di sana ada tiang yang tajam.

Dia tarik kepala saya dan tolak ke tiang. Kepala saya terkoyak. Darah laju mengalir. Saya kena 6-7 jahitan.

Setiap kali saya pergi Makkah, saya berdoa di multazam. Saya tak doa mintak pangkat, mintak jadi kaya, saya tak doa mintak saya jadi somebody…. 

Saya doa supaya Allah beri hidayah kepada mak saya. Itu saja pemberian Tuhan yang paling besar. Tidak ada lah nikmat yang lebih besar jika Allah beri hidayah kepada ibu kita. Betul dak?

Suatu hari saya jumpa mak saya. Saya anak bongsu. Macam mana sekalipun mak tak akan buang saya. Saya jumpa dia. Saya salam. Saya cium. Saya kata, “Mak saya nak minta 
maaf.”

Mak kata, “Kenapa?” 

“Saya banyak abai tanggung jawab saya terhadap mak.”

Mak kata, takpe, takpe. 

Saya kata, “Tapi mak saya terkilan sangat.”

Mak kata,  “Kenapa?”

Saya kata, “Saya akan mati. Mak juga akan mati. Penghujung hayat kita  semua kita akan mati. Saya takut lepas itu mak ke tempat lain, saya ke tempat lain. Saya tak berpeluang lagi jumpa mak. Dan saya tak sanggup mak dibawa ke tempat yang saya tak suka.” 

Mak saya menangis. Dia boleh faham apa maksud saya. 

“Disebabkan saya Islam, mak tak Islam, nanti tempat kita tak sama mak. Kalau boleh saya nak di akhirat nanti saya dengan mak di tempat yang sama.” 

Mak terus menangis. Saya kata, “Mak masuklah Islam mak.” 

Mak kata, “Mak bukan tak mahu masuk Islam. Tapi kalau mak masuk Islam, nanti apa akan berlaku.”

Saya kata, “Mak jangan takut mak. Allah ada. Allah ada mak.” 

“Ya mak tahu Islam agama yang baik.”

Saya ambik mak hari itu juga, “Mak jom ikut saya masuk Islam.”

Mak kata, “Jangan la hari ini.”

Saya kata, “Takpe mak. Mak Islam je lepas tu mak senyap saja. Takpe mak.”

Hari yang sama saya Islamkan mak saya. 

Mak masuk Islam bulan tiga (Mac).  Tarikh saya tak ingat. Yang pasti mak masuk Islam bulan tiga, bulan lima mak meninggal. Sempat la saya bawak mak belajar. Tapi makpun dah uzur masa tu. 

Bagi saya kejayaan ialah bila Allah beri hidayah kepada mak saya. Satu kejayaan besar bagi saya. Sebab bukan senang nak ajak ibu masuk Islam. Saya rasa doa saya depan multazam dimakbulkan Allah. 

Abang saya pula yang pukul dan halau saya. Kesabaran saya masa dipukul itu rupanya memberi kesan.

Suatu hari saya terima panggilan, “Ravi!” Saya Tanya siapa ni, lama dah orang tak panggil aku Ravi. Dia kata, “Aku abang kau.”

“Abang?”

“Ya, ini Devadas la…”

Oh ya. Devadas. Itu memang abang saya. 

“Ye bang ada apa bang.

“Ravi, aku nak engkau bawa aku ke jalan lurus.”

“Jalan lurus?”

Saya tahu dia nak masuk Islam. Tapi saya tak mahu dia cakap kiasan-kiasan macam tu. Saya nak dia berterus terang. 
“Abang nak masuk Islam ni. Boleh tak kau bawak aku masuk Islam.”

“Ok bang, abang kat mana. Sekarang juga saya pergi ambik abang.”

Saya masa tu kat Bangi. Dia kat Rawang. Saya bawak kereta ke sana. Sambil tu saya telefon Pejabat Agama Kuala Kubu saya kata saya nak bawa abang saya masuk Islam. Hari ni juga.

Dalam perjalanan saya tanya dia, “Dulu saya masuk Islam abang pukul saya. Teruk abang pukul. Macam mana pulak hari ni abang terbuka hati nak masuk Islam.” Sembang adik beradik la.

Dia jawab, “Engkau ingat tak masa aku pukul kau dulu engkau Tanya satu soalan.”

Memang saya dah tak ingat, dia pukul saya saya ingat la. Tapi soalan tu saya tak ingat. 

“Masa aku pukul engkau, engkau tanya apa yang tak betulnya Islam ni. Aku tak dapat jawab. Sejak hari tu aku mencari-cari apa yang tak betulnya Islam ni. Lama aku cari. Tak jumpa. Tiap kali aku cari, aku tak jumpa.  Maka aku tak ada pilihan lain, melainkan aku kena masuk Islam.”

Alhamdulillah, dia masuk Islam hari Isnin. 

Hari Jumaat petang (selepas 5 hari), saya dapat panggilan dari rumah tumpangan saudara baru. Pukul 5 petang. Ustaz yang jaga rumah tu beritahu, “Minta maaf Ustaz. Nak beritahu satu perkara yang mengejutkan.”

Saya kata, “Apa dia?”

Dia kata, “Abang Ustaz dah meninggal!”

Saya kata dua tiga hari lepas saya jumpa dia. Dia sihat walafiat. Dia masuk Islam. Dan hari ini dia dipanggil Allah.

Allah….

FB Jemaah Usaha Atas Iman

Jumaat, 20 September 2019

KISAH SINGA PADANG PASIR UMAR MUKHTAR

2:14:00 PTG 0
KISAH SINGA PADANG PASIR UMAR MUKHTAR

UMAR MUKHTAR
Pada hari ini ditahun Masihi 16/9/1931M (3 Jamadilawal 1350H), genap 88 tahun Umar Mukhtar (73), seorang guru al Quran yg juga seorang pejuang menentang penjajah kuffar barat "Syahid" digantung di hadapan rakyat diNegara kelahirannya Libya 😥
.
Semasa perbicaraan sebelum hukuman diputuskan hakim mengatakan kepada Umar bahawa pihak Itali sedia mengampunkannya dengan syarat beliau mesti menulis surat sebagai arahan kepada seluruh tentera mujahidin di Libya agar menghentikan penentangan terhadap Itali.

Dalam keadaan tubuhnya diikat dengan rantai besi, Umar Mukhtar berkata di hadapan hakim penuh thabat menjelaskan pendiriannya;
.
“Sesungguhnya jari telunjuk ini yg menyaksikan setiap kali aku solat bahwa Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah, tidak akan menulis kalimah yg batil.”
.
Sebelum Umar Mukhtar syahid di tali gantung, beliau telah mengucapkan kata2 terakhir di hadapan saksi2 kematiannya dgn memetik petikan al-Quran, surah al-Fajr ayat 27-30:
.
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ. ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً. فَادْخُلِي فِي عِبَادِي. وَادْخُلِي جَنَّتِي.
.
“Wahai org yg mempunyai jiwa yg sentiasa tenang (tetap dgn kepercayaan). Kembalilah kepada Tuhan-mu dgn keadaan engkau berpuas hati (atas segala nikmat yg diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dlm kumpulan hamba2-Ku yg berbahagia. Dan masuklah ke dlm Syurga-Ku.”
.
Benarlah janji Allah, syurga itu ada harganya bukan boleh diperolehi dgn bersantai2.

Allah Swt berfirman;
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mukmin, diri dan harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh.(Itu telah menjadi) janji yg benar dari Allah di dlm Taurat, Injil, dan Al-Qur’an. Dan siapakah yg lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dgn jual beli yg telah kalian lakukan itu, dan itulah kemenangan yg besar.” (At-Taubah ayat 111)
.
Tenanglah dikau "Wahai Singa Padang Pasir" diSyurga Allah bersama para Syuhada 😥😥😥
.
Aminn Ya Rabbal a'lamin

#LionOfTheDesert
#Takbir #AllahuAkbar