Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Isnin, 26 Ogos 2019

India Rules By Muslim For 764 Years. Why Still Many Hindusme in India Not Muslim?

9:27:00 PG 0
India Rules By Muslim For 764 Years. Why Still Many Hindusme in India Not Muslim?
India Rules By Muslim For 764 Years. Why Still Many Hindusme in India Not Muslim?

An indian man replied in one of my comments saying, India have always been a hindu country because majority of them are hindus despite ruled by muslim empire for 764 years to be exact. Simply knowing your history wont hurt you. Im from Singapore and this kind of knowledge is good to know your roots and where you come from. Lets educate ourselves not hate. 

*History of India*
_Please read till the End_

*From Ghauri Empire to Narendra Modi  Ghori Kingdom*
1 = 1193 Mohammad Ghori
2 = 1206 Qutbuddin Aibak
3 = 1210 rest Shah
4 = 1211
5 = 1236 Rakinuddin Feroz Shah
6 = 1236 Raza Sultan
7 = 1240 Mozaddin Bahram Shah
8 = 1242 Al-Din Masood Shah
9 = 1246 Nasiruddin Mahmud
10 = 1266 Ghiyasuddin Balbin
11 = 1286 color fade
12 = 1287 kabaddan of the mosque
13 = 1290 Shamsuddin Kamers
The end of the Great Empire (Away from government - 97 years approx.) 

*Empire of the Empire*
1 = 1290 Jalaluddin Feroz Khilji
2 = 1292 Divine religion
3 = 1316 Shahabuddin Omar Shah
4 = 1316 Qutbuddin Mubarak Shah
5 = 1320 Nasiruddin Khusro Shah
End of the Khalji Empire (Away government - 30 years approx) 

*Tughlak Empire*
1 = 1320 Ghiyasuddin Tughlaq (First)
2 = 1325 Mohammad ibn Tughlaq (II)
3 = 1351 Feroz Shah Tughlaq
4 = 1388 Ghiyasuddin Tughlaq (II)
5 = 1389 Abu Bakar Shah
6 = 1389 Mohammad Tughlaq (Som)
7 = 1394 Alexander King (I)
8 = 1394 Nasiruddin Shah (II)
9 = 1395 Nusrat Shah
10 = 1399 Nasiruddin Mohammad Shah (II)
11 = 1413 Govt
The end of Tughlaq empire (Away from government - 94 years approx.) 

*Saeed Dynasty*
1 = 1414 palm khan
2 = 1421 Muizuddin Mubarak Shah (II)
3 = 1434 Muhammad Shah (IV)
4 = 1445 Allah Alam Shah
The end of the Sa'id kingdom (Away government - 37 years approx)

*Lodhi Empire*
1 = 1451 Bahlol Lodhi
2 = 1489 Alexander Lodhi (II)
3 = 1517 Abraham Lodhi
End of the Lodhi Empire (Away government - 75 years approx)

*Mughal Empire*
1 = 1526 Zahiruddin Babar
2 = 1530 Humayun
End of the Mughal Empire

*The Surian Empire*
1 = 1539 Sher Shah Suri
2 = 1545 Islam Shah Suri
3 = 1552 Mahmud Shah Suri
4 = 1553 Abraham Suri
5 = 1554 Pervaiz Shah Suri
6 = 1554 Mubarak Khan Suri
7 = 1555 Alexander Surrey
The end of the Syrian Empire (Away government - 16 years approx)

*Mughal Empire again*
1 = 1555 Humayun (again )
2 = 1556 Jalaluddin Akbar
3 = 1605 Jahangir Slam
4 = 1628 Shah Jahan
5 = 1659 Aurangzeb
6 = 1707 Shah Alam (First)
7 = 1712 Bahadur Shah
8 = 1713 Farquharshire
9 = 1719 Riphad Rajat
10 = 1719 Rapids
11 = 1719 Nacional
12 = 1719 Mahmud Shah
13 = 1748 Ahmed Shah
14 = 1754 universal
15 = 1759 Shah Alam
16 = 1806 Akbar Shah
17 = 1837 Brave King Zafar
End of the Mughal Empire (Away from government - 315 years approx.) 

*British Raj*
1 = 1858 Lord King
2 = 1862 Lord James Bruce Elgin
3 = 1864 Lord J. Laurence
4 = 1869 Lord Richard Mayo
5 = 1872 Lord Northabk
6 = 1876 Lord Edward Latin
7 = 1880 Lord George Ripon
8 = 1884 Lord Dufferin
9 = 1888 Lord Haney Lesdon
10 = 1894 Lord Victor Bruce Elgin
11 = 1899 Lord George Corjean
12 = 1905 Lord Gilbert Minto
13 = 1910 Lord Charles Hardge
14 = 1916 from Lord Frederick to the Exchequer
15 = 1921 Lord Rux Ajac Ridig
16 = 1926 Lord Edward Irwin
17 = 1931 Lord Ferman Weldon
18 = 1936 Lord Alejandra Linlithgow
19 = 1943 Lord Archibald Wheel
20 = 1947 Lord Mount Baton
End of British Imperialism

*India, Prime Minister*
1 = 1947 Jawaharlal Nehru
2 = 1964 Golzari Red Nanda
3 = 1964 Lal Bahadur Shastri
4 = 1966 Golzari Red Nanda
5 = 1966 Indira Gandhi
6 = 1977 Morarji Desai
7 = 1979 Charan Singh
8 = 1980 Indira Gandhi
9 = 1984 Rajiv Gandhi
10 = 1989 Viswanath Returns
11 = 1990 Chandrasekhar
12 = 1991 P.V. Narasima Rao
13 = 1992 Atal Bihari Vajpayee
14 = 1996 Chadde Gowda
15 = 1997 I.K. Gujral
16 = 1998 Atal Bihari Vajpayee
17 = 2004 Manmohan Singh
18 = 2014 Narendra Modi

Despite being a Muslim kingdom for 764 years, Hindus remain in India. The Muslim rulers never treated them unfairly. Why does India have a Hindu majority even after being ruled by mainly muslim kings. Simple. In islam there is no compulsion in religion. Whats the point of forcing someone to join islam. Only Allah gives Hidayah (guidance). 

I generalize.

Jazaak’Allaahu Khai’ran

Source (Instagram):
effendy_bin_rukimin

Jumaat, 23 Ogos 2019

MISTERI BINAAN PIRAMID TERJAWAB DALAM AL QURAN

6:52:00 PG 0
MISTERI BINAAN PIRAMID TERJAWAB DALAM AL QURAN


Misteri Binaan Piramid Telah Terjawab Di Dalam Al-Quran Sejak Beribu Tahun Dahulu Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?
 
Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid.

Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya. Al-Quran telahpun Mempunyai Jawapan Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai HAMMAN untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.” (Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan. Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Dr. Joseph Davidovits 

Profesor Dr. Joseph Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Profesor Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”

Piramid Bosnia

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.

Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.
 
Kita tahu bahawa Nabi ﷺ tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi Iﷺ ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.
 
Ajaib, Beribu tahun yang lampau, Nabi Muhammad ﷺ, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.
 
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad ﷺ tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah ﷻ yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Apakah tidak ada keyakinan lagi kepada orang bukan Islam untuk menyakini bahawa Islam adalah agama yang benar yang datangnya dari tuhan yang Maha Besar, Maha Benar, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Wallahu A'lam

HANYA KONGSI
Semoga Ianya Bermanfaat

Sebarkan dan kongsikan lah artikel ini semoga ianya menjadi penyebabasbab seseorang itu mendapat hidayah. Sesungguhnya Hidayah Itu Milik Allah.....Aamiin.Berikut Beberapa Artikel Tentang Kebenaran Dan Keajaiban Al-Quran

Rabu, 21 Ogos 2019

DR. ZAKIR NAIK CONTOH SUKARNYA BERDAKWAH DI AKHIR ZAMAN

7:58:00 PG 0
DR. ZAKIR NAIK CONTOH SUKARNYA BERDAKWAH DI AKHIR ZAMAN

Hari ini kita menyaksikan seorang tokoh pendakwah terkenal telah berjaya ditutup mulutnya dari pentas!' terbuka negara. Betapa sedihnya kita yang mengenali beliau dan betapa gembiranya mereka yang memusuhi beliau.

Hari ini kita sedar, betapa sukarnya tugas menyeru manusia ke jalan Allah & Rasul.
Betapa sukarnya melakukan dakwah tauhid berbanding dakwah akhlak.

Hari ini kita faham, dakwah yang berkonsep menyingkap kebatilan itu lebih sukar dari menyeru ke arah kebenaran.
Betapa sukarnya mencegah kemunkaran itu berbanding menyuruh kemakrufan.

Saya yakin dugaan ini barangkali ringan sahaja bagi DZN yang masih memiliki pentas lain dalam menyampaikan dakwah, dan beliau tidak akan sesekali berhenti selagi nyawa tidak terpisah.

Bacalah al-Quran…
Demikianlah dakwah tauhid para Nabi dan Rasul sejak ribuan tahun dahulu yang juga dituduh menghina sembahan kaum mereka, serta ditohmah memecah belahkan masyarakat mereka, lalu ditentang dan ditekan begitu dahsyat demi menutup mulut mereka.

Tiada dakwah sesukar dakwah tauhid yang mengajak manusia menyembah Allah Yang Esa tanpa mempersekutukan-Nya, kerana suka atau tidak, ia pasti akan menggugat kepercayaan pihak lain, dan menyentap sensitiviti penganut lain. 

Cukup dengan mengatakan Allah sahaja Tuhan yang layak disembah, pasti akan dikata menghina penganut kepercayaan yang menyembah banyak “ilah”. 
Cukup dengan menyebarkan risalah surah “قل هو الله أحد” yang menegaskan Allah itu tidak diperanak mahupun memperanak, pasti akan dikata menyerang agama lain kelak.
Ia lebih mencabar dari dakwah menyebarkan ilmu, mahupun dakwah mengajak manusia bersikap mulia.

Seruan dakwah yang pelbagai itu wajib bagi umat Islam yang mampu mengikut kapasiti masing-masing sehingga ‘cahaya’ Islam ini dapat disampaikan ke seluruh ceruk alam.
Namun fitrah dakwah itu sebagaimana yang Allah firmankan:

يُرِيدُونَ أَن يُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٲهِهِمۡ وَيَأۡبَى ٱللَّهُ إِلَّآ أَن يُتِمَّ نُورَهُ ۥ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ * هُوَ ٱلَّذِىٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُ ۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُ ۥ عَلَى ٱلدِّينِ ڪُلِّهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ
“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka akannya. Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun golongan musyrikin tidak menyukainya” [al-Tawbah: 32-33].

Hari ini juga kita menyaksikan kebenaran sabda Nabi SAW akan ramainya bilangan umat baginda di akhir zaman yang tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya menjadi mangsa ratahan ‘pemangsa’ dari segenap penjuru umpama makanan yang terhidang. 
Sabda baginda: “Pada saat itu Allah mencabut perasaan gerun dari hati-hati musuh kamu dan tersemat di dalam hati-hati kamu penyakit wahan”. 
Lalu sahabat bertanya, “Apakah yang dimaksudkan dengan wahan itu wahai Rasulullah?”. 
Baginda menjawab, “Wahan ialah sikap cintakan dunia dan takutkan mati” [riwayat Ahmad].

Benar, hari ini kita ramai, namun kita lemah, 
Masing-masing membawa panji yang memecah belah,
Akhirnya perpaduan umat kian goyah,
Masing-masing tidak rela kepentingannya dilapah,
Akhirnya agama ini semakin rakus diratah.

Di manakah ‘Umar? Di manakah al-‘Izz ‘Abd al-Salam?
Muncullah! Kerana cahaya agama ini semakin kelam,
Auranya semakin suram tenggelam,
Umat ini telah kehilangan ‘izzah Islam,
Seakan bulan yang terlindung disebalik awan malam.

Sekadar luahan,
Dr. Kamilin Jamilin