Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Isnin, 5 Ogos 2019

JANGAN BUANG MASA MENILAI ORANG LAIN

8:25:00 PTG 0
JANGAN BUANG MASA MENILAI ORANG LAIN

JANGAN BUANG MASA MENILAI ORANG LAIN
NASEHAT SANG KYAI KAMPUNG
_
"Wahai Kyai, manakah yang lebih baik, seorang beragama yang ibadahnya banyak, tetapi kelakuannya buruk,"
"Ataukah seorang yang tidak beribadah, tapi kelakuannya baik pada sesama...?"

Tanya seorang santri kepada Kyainya.
سُبْحَانَ اللهْ ...
Maha Suci Allah ﷻ...

"Keduanya baik...", ujar Sang Kyai sambil tersenyum... 

"Lho, kok bisa...?", desak santri...

"Karena orang yang tekun beribadah itu boleh jadi akan dibimbing Allah ﷻ untuk berkelakuan mulia melalui ibadahnya... 

Sedangkan orang yang baik kelakuannya itu, boleh jadi akan dibimbing Allah ﷻ melalui rahmatNya untuk semakin taat beribadah kepadaNya..."

"Terus, siapa yang lebih buruk...?" desak santri penasaran...

Air mata mengalir di pipi Sang Kyai... 

"KITA NAK...", ujar beliau dengan suara tersendat...

"Kitalah yang layak disebut buruk, sebab gemar menghabiskan waktu untuk menilai orang lain, menjelek-jelekkan orang lain, melupakan diri sendiri..."

Tangis Beliau sambil terisak...

"Padahal kelak dihadapan Allah ﷻ, kita ditanya tentang DIRI KITA bukan tentang ORANG LAIN..."

Semoga Allah ﷻ Menolong kita semua dalam menjalani kehidupan yang sebentar ini...

Ahad, 4 Ogos 2019

Petua Hidup Ringkas

8:43:00 PTG 0
Petua Hidup Ringkas



Langkah pertama yang anda perlu ambil untuk mulakan perjalanan hidup ringkas adalah belajar untuk tidak berfikir tentang apa-apa pun !

Dalam dunia sekarang, tambahan lagi jika anda duduk kat bandar, masih terpaksa bekerja cari makan untuk sara kehidupan sendiri dan semua tanggungan yang anda ada, otak tak akan berhenti berfikir seribu satu urusan.

Ada kalanya, dalam mimpi pun boleh berpeluh mengigau kena himpit dengan seribu satu masalah.

Dunia berjalan ke depan macam biasa dari dulu sehingga sekarang. Sama saja keadaannya.

Yang semakin sibuknya hanyalah keligatan fikiran anda berfikir dengan seribu satu kerisauan dan keresahan.

Jadi perlu amalkan latihan otak untuk tidak berfikir tentang apa-apapun.

Kalau anda seorang muslim, setiap kali tunaikan solat adalah peluang keemasan untuk tenangkan semula pemikiran, tidak fikir apa-apa selain dari ingat Tuhan. Tapi malangnya, dalam solatlah paling ramai yang ligat berfikir lalu segera nak pantaskan habis solat.

Cuba ambil masa 10 minit untuk relaks dan tidak berfikir. Bila ada layangan fikiran masuk ke dalam kepala, buang satu persatu.

Kalau dalam solat, buang semua layangan fikiran selain dari mengingati makna bacaan anda.

10 minit saja. Bukannya lama ... mula amalkan setiap hari.

Jumaat, 2 Ogos 2019

Hukum Potong Kuku & Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban. Ini Penjelasan Mufti WP

5:05:00 PTG 0
Hukum Potong Kuku & Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban. Ini Penjelasan Mufti WP



*Perhatian*

Tarikh akhir potong rambut & kuku bagi yang menyertai Korban tahun ini ialah Maghrib petang Khamis, 1 Ogos 2019 bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1440H.

Ini bermaksud, siapa yanh berkorban janganlah lupa potong kuku siap-siap sebab nanti lepas ibadah korban barulah boleh potong kuku lagi.

Tapi, kalau tiba-tiba terlupa dan terpotong kuku, macam mana pulak? Apa hukumnya?

Bagi yang tertanya-tanya, mengapa dan apakah hukumnya jika kita &memotong kuku apabila tibanya 1 Zulhijjah hingga selesai penyembelihan, jom ikuti pencerahan oleh Dato Mufti WP seperti yang dipetik daripada Irsyad Fatwa Khas Haji & Korban di bawah ini.

*HUKUM MEMOTONG KUKU BAGI YANG BERKORBAN*

*Soalan:*

Saya pernah mendengar, ada yang mengatakan bahawa terdapat hadith yang menganjurkan bagi mereka yang ingin melakukan ibadah korban agar tidak memotong kuku dan juga rambutnya apabila tiba sahaja 1 Zulhijjah.

Sejauh manakah kebenaran anjuran ini?

*Jawapan:*

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Apabila sudah masuk bulan Zulhijjah (1 Zulhijjah) maka disunatkan bagi orang yang ingin berkorban untuk tidak memotong rambut di kepalanya, wajahnya, atau badannya, tidak juga memotong kukunya, sehingga dia selesai menyembelih korbannya.

Hal ini berpandukan hadis daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

*مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ*

Maksudnya:

Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.

Hadis riwayat Imam Muslim (1977)

Al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Minhaj Syarh Sahih Muslim menyebutkan bahawa hadith ini, sebahagian ulama’ memahaminya dengan mengatakan haram untuk memotong rambut, mencabut bulu-bulu yang ada di badan serta memotong kuku dan ini adalah pendapat Sa’id bin al-Musayyib, Rabi’ah, Ahmad, Daud al-Zahiri, Ishak dan juga sebahagian ashab al-Syafi’e.

Adapun al-Imam al-Syafi’e dan ashabnya yang lain, mereka mengatakan bahawa larangan tersebut hanyalah makruh tanzih dan bukannya haram.

Hukum potong kuku bagi yang berkorban

*KESIMPULAN*
Melihat kepada pendapat-pendapat yang ada di dalam permasalahan ini, kami nyatakan di sini bahawa bagi mereka yang ingin melakukan ibadah korban, apabila tibanya 1 Zulhijjah maka disunatkan untuk tidak memotong kuku, rambut serta bulu-bulu yang berada di badan sehinggalah selesai dia melakukan ibadah korban tersebut.

Ini seperti mana pendapat al-Imam al-Syafi’e beserta ashabnya yang lain dan ini juga adalah pendapat muktamad di dalam mazhab al-Syafi’e.

Antara hikmah yang disebut oleh Imam Nawawi Rahimahullah dalam Syarah-nya ialah larangan memotong kuku dan menggunting rambut bagi orang yang ingin melaksanakan korban ialah supaya anggota yang terdapat pada badannya itu semuanya akan dibebaskan daripada api neraka.

Ada pendapat yang lemah menyatakan untuk menyerupai orang yang berada dalam keadaaan ihram di mana dia diharamkan untuk bergunting, mencukur, memotong kuku dan beberapa larangan lain.

Wallahua’lam.