Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Khamis, 1 Ogos 2019

Kelebihan Surah Al-Mulk..

8:43:00 PTG 0
Kelebihan Surah Al-Mulk..



Ade diceritakan dlm al-Quran melalui maksud surah al-mulk tetapi diterjemahkan drp "Kitab Khasful Ghummah" bahawa seorang yg beramal dgn surah al-mulk..bila tiba kematian dia, terus dtg malaikat untuk menyoal..sebelum sempat menyoal, surah al-Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati..malaikat berkata "ya ahlul kitab..aku knl kamu..kamu al-mulk..kenapa kamu dtg ke sini?"

seraya al-mulk menjawab "wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dgn aku..aku sebati di dalam kerongkang manusia ini..maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dr menghukum manusia ini.."

malaikat menjawab, "wahai al-mulk, tidak boleh menghalang tugas kami.."

lantas surah al-mulk dtg kpd Allah.. "wahai Allah..aku adelah kitab-Mu..aku mahu melindungi manusia itu..jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (al-mulk) dr Al-Quran MU.."

maka Allah memberi keizinan kpd al-mulk..terus al-Mulk kembali kpd manusia di kubur tersebut..sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri manusia..al-mulk menjerit dgn gerunnya, "ya malaikat! pergi kau dari sini! Aku telah mendapat kebenaran drp Allah!! (malaikat terkejut dan pergi sepantas yg mungkin) aku akn menjaga manusia ini sehingga kiamat..aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian kesorangan di dlm kubur..biarlah aku menjadi teman dia sehingga di bangkitkan kelak.."

*nabi Muhammad berjanji sesiapa yg beramal surah al-mulk akan terhindar drp siksa kubur..wallahualam...

Rasulullah SAW bersabda: 
“Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”..

(ni baru satu surah..kalau beramal byk surah?Allahurobbi...:)

Surah ni x panjang... kalau bacaan lancar dlm 10 min dah boleh habis... amalkan sebaik baiknya sebelum tidur... jgn lupa amik wuduk...
Selamat beramal....

TIDAK SEDAR TUHAN DIPERSALAHKAN

8:12:00 PG 0
TIDAK SEDAR TUHAN DIPERSALAHKAN


Ahad lalu pergi satu kenduri kahwin dah agak lewat petang. Saya cuma minum sahaja. Saya lihat tray buffet kekurangan lauk. Ketika minum di meja, seorang yg mengambil makanan datang duduk sekali dengan saya.

"Tak makan ka?" Dia menegur.

Tidak, saya masih kenyang". Balas saya.

"Tak ada lauk dah. Buat kenduri jemput orang ramai, lauk tak cukup. Malu pada orang, tinggal kuah saja.." Dia merungut.

Saya menjawab:

"Saya rasa kita kena ingat, rezeki itu ditangan Allah. Allah yg menentukan apa yg kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu. Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang utk tak cukup. Tetapi Allah menentukan sebahagian orang tak dpt makan, maka tak cukuplah. Jadi bersyukurlah dengan apa yg ada meskipun sekadar kuah dan nasi. Bukan makan itu matlamat hadir kenduri, tetapi memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah itu yg lebih utama". 

Dia terdiam, merah padam mukanya.

Saya nak mengajak semua pembaca menyedari hakikat rezeki ditangan tuhan. Jika pergi kenduri, apa yg tersedia itu rezeki kita, sedap ke tidak, berkenan ke tidak, tinggal kuah dan nasi saja ke, itulah rezeki kita. Jangan sesekali bersungut kerana jika kita bersungut , kita sebenarnya merungut takdir tuhan.

Tidak ada tuan kenduri yg mahu jamuannya tidak cukup, mereka tentu telah berusaha untuk mencukupkan, bahkan cukup atau tidak, terletak kpd ketentuan Allah.

Jika anda singgah di R&R dan dapati lauk habis, jangan bersungut kata pekedai tak reti berniaga. Apa yg ada itulah rezeki kita.

Jika balik rumah, dibawah tudung saji hanya ada nasi dan ikan tamban kering dgn sambal belacan, makanlah, hanya itu rezeki kita. Jangan diherdik isteri yg memasak.

Jika tiada rezeki, lauk dimasak jd hangit, periok terbalik, ikan dilarikan kucing dan serba macam sebab tuhan akan jadikan.

Berlapang dadalah sebelum menuding tangan menyalahkan orang lain kerana TAKUT KITA TERSALAHKAN TUHAN..

Jika nak makan sedap, nak makan banyak berusahalah sendiri. Jika hanya nak datang mencedok ke dalam pinggan, bersyukurlah dgn apa yg ada.

Bukankah ini lebih baik, anda pulang dari jamuan dgn rasa lega dan redha, moga tuhan juga meredhai. Nabi menegah perbuatan mengeji makanan, makan apa yg kita suka, tinggalkan yg tidak suka. 

Apa yg tidak dapat disuap ke mulut kita itu adalah bukan rezeki kita. Kalau tak elok pada mata kita, tak sedap pada lidah kita, tinggalkan dan jangan merungut, kerana anda mungkin merungut pada rezeki yg Allah beri.

Dan lagi satu.

*Ingatlah... Setiap rezeki yg kita perolehi...belum tentu ianya semua milik kita*
*Dan ada sebahagian nya  Tuhan telah peruntukkan utk rezeki orang lain*

Rabu, 31 Julai 2019

JAUHI SCAN/TILIKAN MELALUI GAMBAR DAN JUGA RAWATAN JARAK JAUH

7:59:00 PG 0
JAUHI SCAN/TILIKAN MELALUI GAMBAR DAN JUGA RAWATAN JARAK JAUH

JAUHI SCAN/TILIKAN MELALUI GAMBAR DAN JUGA RAWATAN JARAK JAUH

Bismillahirrahmanirrahim.

Nasihatilah org yg terdekat dgn kita (suami, isteri, ibu, ayah, adik, kakak, abg, dll.) agar menjauhi kesyirikan.

Jgn terlalu mudah memberikan gambar kpd seseorg yg mengaku sbg “perawat Islam” utk discan atau ditilik. Ada yg sampai nk buat rawatan melalui gambar. 

Scan atau tilikan melalui gambar adalah kaedah perbomohan. Rawatan jarak jauh hanya menggunakan gambar shj juga adalah dilarang sama sekali. Hindarkanlah krn anda boleh terjebak dlm kesyirikan.
.
Masa depan seseorang adalah termasuk dalam hal ghaib yang tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah SWT. Firman Allah SWT:

قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman". (Surah al-A’raf: 188)

Kami amat khuatir perbuatan tersebut menghampiri amaran Nabi SAW dalam sabdanya:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ

Maksudnya: “Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad”. (Riwayat Ahmad, no. 406)

Sabda Nabi SAW:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
Maksudnya: “Sesiapa yang datang kepada bomoh, lalu bertanya kepadanya sesuatu, maka solatnya tidak akan diterima selama 40 hari.” (Riwayat Muslim, no. 4144)

.
#ARASH
#QHI_Malaysia
#CRS_Malaysia