Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Isnin, 24 Jun 2019

KEHEBATAN DR. MUHAMMAD MORSI

12:06:00 PG 0
KEHEBATAN DR. MUHAMMAD MORSI
KEHEBATAN DR. MUHAMMAD MORSI
Majalah TIME menyebutnya: “The Most Important Man in the Middle East.” Dr Muhammad Morsi adalah

1) Presiden Arab pertama yang telah dilantik.
2) Presiden dari masyarakat biasa yang pertama.
3) Presiden Arab pertama yang hafal Al-Quran.
4) Presiden Arab pertama dari partai islam.
5) Presiden Arab pertama yang mempersilahkan orang ramai untuk mengkritiknya, terdapat lebih 30 saluran di Mesir yang menghina beliau siang dan malam.
6) Presiden pertama yang berjabat tangan dengan pengawal penjara sebelum ini.
7) Presiden Arab pertama yang melarang meletakkan gambar beliau di bangunan kerajaan.
😎 Presiden Arab pertama yang tinggal di sebuah apartemen yang disewa dan menerima gaji biasa seperti pekerja biasa Mesir yang lain.
9) Presiden Arab pertama yang membawa keluarganya keluar pada hari cuti dengan biaya sendiri.

Sejarah akan menilai Morsi, beliau merupakan pemimpin Arab yang terbaik dibandingkan dengan para pemimpin lain dan anda akan tahu sendiri. Beliau bukanlah seperti pemimpin yang mengambil duit rakyat dan memasukkan dalam kantong sendiri!

Mengenai Kisah Presiden Mesir

1. Dr. Muhammad Mursi, walaupun beliau ialah seorang Presiden, ia hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Selepas itu, ia akan balik ke rumah sewa beliau untuk beristirahat. dan rumah sewa itu disewanya sendiri. Terdapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak meminta gaji.
2. Beliau satu-satunya Presiden Muslim di dunia yang hafal Al-Quran secara keseluruhan.

Di sarikan dari berbagai sumber

Ditulis oleh Taufik Yuniarto

FB Majlis Ilmu

ADA APA DENGAN GELARAN

12:03:00 PG 0
ADA APA DENGAN GELARAN
ADA APA DENGAN GELARAN

Seseorang memanggil saya: "Ustaz! " Saya menoleh kepadanya.  Saya tersenyum. Dia berkata : "Maaf, saya terlupa, Dato". Saya senyum dan kata kepadanya : "Tak apa, panggillah apa pun yang enta selesa, asalkan jangan kita menghina antara satu sama lain".

Dia bersembang dengan saya sekejap kemudian pergi. Saya melihat dia beredar, fikiran saya melayang mengenangkan siapalah saya ini melainkan seorang insan yang ditutupi ALLAH kelemahan dirinya sehingga manusia memanggil saya dengan pelbagai gelaran yang dianggap bertuah atau mulia pada zahirnya.
Dahulu ibubapa saya hanya memanggil saya 'angah'. Sejak kecil ramai yang memanggil saya 'pak ngah'. Kemudian di sekolah orang memanggil saya 'Asri'.

Apabila saya pulang dari Jordan, orang mula panggil saya 'ustaz'. Sejujurnya saya teruja semasa awal-awal orang memanggil saya 'ustaz'. Rasa seronok semacam jadi 'ustaz'. Itu semua atas kelemahan seorang anak muda.

Apabila mendapat PhD rasa gembira memakai gelaran Dr. Selepas itu ramai yang memanggil Dr. MAZA.  Kemudian mendapat Prof. Madya. Sekali lagi satu kenaikan.

Selepas habis jadi Mufti Perlis untuk kali pertama, saya hidup sebagai pensyarah USM. Nama saya selalu di media sebagai Mantan atau Bekas Mufti Perlis. Tidak kurang juga yang memanggil saya 'Datuk', padahal saya belum mendapat gelaran itu.

Pada masa itu ada beberapa orang mengajak saya mendapatkan gelaran 'datuk',  saya tersenyum sinis. Saya kata: "Insan marhaen seperti saya, untuk apa memiliki gelaran 'datuk'. Wang tak banyak, kedudukan pun tiada. Saya berpada sebagai Dr MAZA.

Ketika saya berada di Oxford sebagai fellow, DYMM Raja Perlis menganugerahkan kepada saya gelaran 'Dato Arif Perkasa'. Satu gelaran dalam senarai Dato'-Dato' Bergelar Perlis. Saya tidak pulang mengambilnya kerana berat untuk membayar tiket pulang dari UK ketika itu. Masa itu saya berjimat untuk buku dan makan. Namun, DYMM Raja Perlis tetap perkenan mengurniakannya walaupun pada sessi lain apabila saya pulang.

Masa awal mendapat 'Dato' saya rasa janggal. Saya anak orang kampung biasa, tiada banyak harta dan makan di jalanan sahaja. Apabila orang tanya: "enta dah Dato' kan?". Saya rasa tersipu.

Selepas saya menjadi 'Dato', tiada apapun yang mengubah saya. Saya yang sama. Hanya ada gelaran di awal nama sebagai tambahan kepada yang sedia ada. Kawan-kawan lama panggil saya 'ustaz'. Saya rasa mereka mahu mengekalkan perasaan zaman awal kami bersahabat.

Apabila saya kembali menjadi Mufti Perlis semula,  dan dalam masa yang sama saya masih mempunyai jawatan di USM, maka gelaran dan panggilan bertambah iaitu Sahibus Samahah Dato Arif Perkasa Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin.

Kadang-kala apabila saya melihat nama saya ditulis atau dipanggil, saya rasa malu pada diri sendiri. Sesungguhnya ALLAH itu begitu besar limpahanNYA kepada saya, padahal hakikat saya amat kerdil serta banyak keaiban diri. Hanya DIA Yang Maha Mengetahui. Hanya semata kerana rahmatNYA, Dia menutupi kelemahan hambaNYA seorang pendosa ini.

Ada orang kecil hati apabila dia bersalam dan mencium tangan saya, saya menarik tangan. Dia rasa saya sombong dan tak patut. Padahal sudah berapa kali saya beritahu dalam kuliah, jangan cium tangan saya. Ini bukan kerana ia salah di sisi agama, tetapi saya amat malu dengan ALLAH. DIA mengetahui hakikat hamba yang penuh kelemahan ini. Mereka yang mencium mungkin jauh lebih baik di sisiNYA dari saya yang dicium.  Melainkan jika mereka mencium kerana faktor saya lebih berusia dari mereka. Kalaulah atas alasan itu, maka tidaklah berat sangat bagi saya. Pun begitu saya belum pun lagi 50 tahun.

Kehidupan dunia hanya permainan manusia. Kitalah yang mengangkat dan memberikan gelaran kemuliaan dan kehinaan kepada si polan dan si polan. Hakikat kita yang sebenar berada di sisi ALLAH. DIA Yang Maha Tahu kedudukan sebenar setiap hambaNYA.

Firman ALLAH dalam Surah al-Najm ayat 32:

 فَلَا تُزَكُّوۤا۟ أَنفُسَكُمۡۖ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰۤ

(maksudnya) Janganlah kamu memuji (menganggap suci dari dosa)  diri kamu. DIA lebih mengetahui siapa yang (sebenarnya) bertaqwa.

Ya ALLAH ampunilah daku!

Dr Maza

Sabtu, 22 Jun 2019

JANGAN MERASA DIRI BAIK

6:52:00 PTG 0
JANGAN MERASA DIRI BAIK

JANGAN MERASA DIRI BAIK

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun hari hari kita nasihat dan tegur orang lain yang buat silap.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun kita sudah pakai jubah, berserban, bertutup litup menutup aurat dengan sempurna.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat yang lain.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun hari hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun setiap saat kita kemaskini status berunsur nasihat  dan dakwah.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun setiap masa kita menolong orang lain.

Allah berfirman di dalam Al Quran Surah an-Najm ayat 32:-

فلا تُزٓكُّوْا آنْفُسٓكُمْ هُوٓ آعْلٓمُ بِمٓنْ اتّٓقٓى

".........Janganlah kamu menganggap diri kamu suci(orang baik) kerana Allah yang lebih mengetahui siapa yang benar benar bertaqwa

Sayyidatina Aisyah (ra) ditanya seseorang " Siapakah orang yang buruk?" dijawab olehnya " iaitu Orang yang merasa dirinya baik".
Beliau ditanya lagi "Siapakah orang yang baik?", maka dijawab "Iaitu Orang yang merasa dirinya buruk".

JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK daripada orang LAIN.

Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah SWT.

Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.

Selalu letak diri kita dalam keadaan;

"Aku banyak kekurangan dan kelemahan, semua orang lain lebih baik dari aku kerana hati manusia masing masing hanya diketahui Allah"

"Akulah yang paling buruk dikalangan manusia. Aku sedang perbaiki diriku dan cuba membantu Orang lain " Untuk menjadi lebih baik.
kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya. Tidak merasa diri sebagai Orang baik hendaklah ada sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir.

Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak dan Hasad.
 Jadi laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan REDHA Allah. Kerana Orang yang terus beramal sambil memperbaiki dan memeriksa niatnya akan ditarbiah oleh Allah SWT akan hatinya.

Dengan cara ini, seseorang akan melatih dirinya untuk bersifat tawaduk dan menjauhkan dirinya dari penyakit ujub(merasa kagum dengan diri sendiri) dan takabbur.

Disamping itu kita sentiasa berusaha mperbaiki diri sendiri serta Orang lain dengan kelembutan dan kasih sayang.

Hanya Allah SWT yang akan terus beri kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN.

(Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)