Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Khamis, 23 Mei 2019

TIDAK DITERIMA LAGI ALASAN BILA USIA SUDAH MELEBEHI 50-70 TAHUN

5:00:00 PTG 0
TIDAK DITERIMA LAGI ALASAN BILA USIA SUDAH MELEBEHI 50-70 TAHUN

TIDAK DITERIMA LAGI ALASAN BILA USIA SUDAH MELEBEHI 50-70 TAHUN
"Allah tidak lagi memberi alasan bagi siapa yang telah dipanjangkan umurnya hingga 50-70 tahun". (Hadith Riwayat Bukhari)

Al-Khattabi berkata : "Maknanya, orang yang Allah panjangkan umurnya hingga 50-70 tahun tidak diterima lagi keuzuran atau alasan, kerana usia itu merupakan yang dekat dengan kematian...

Maka inilah kesempatan untuk memperbanyak taubat, beribadah dengan khusyuk, dan bersiap2 bertemu Allah." (Tafsir al-Qurthubi)

Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur itu.

*Nasihat Fudhail kepadanya : *"Bererti sudah 50-70 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa2mu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus..!"

Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 55-70 tahun ;

1. Jangan berlebihan berhias, bersolek, dan berpakaian.

2. Jangan berlebihan makan, minum, dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mengerjakan amal saleh

3. Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal.

4. Jangan gelisah, berkeluh kesah dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa hidup banyak bersabar dan bersyukur

5. Perbanyak doa mengharap keredha-an Allah agar Husnul Khatimah dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah.

6. Tambahkan ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya.

7. Siapkan wasiat dan lakukan pembahagian harta.

8. Kerapkan menjalin silaturrahim dan merapatkan hubungan yang renggang sebelumnya.

9. Minta maaf dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi.

10. Tingkatkan amal soleh terutama amal jariah yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati.

11. Maafkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu.

12. Bereskan segala hutang yang ada dan jangan buat hutang baru walaupun untuk menolong orang lain.

13. Berhentilah dari semua maksiat !

*mata, berhentilah memandang yang tidak halal bagimu*

*tangan, berhentilah dari meraih yang bukan hak mu*

*mulut, berhentilah berbicara yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, berhentilah dari ghibah, fitnah, dan berhentilah menyakiti hati orang lain*

*telinga, berhentilah mendengar hal2 haram dan tak bermanfaat*

14. Berbaik sangka lah kepada Allah atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa

15. Penuhi terus hati dan lisan kita dengan istighfar & taubat untuk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat, waktu dan keadaan

Semoga bermanfaat bagi kita semua, walaupun Anda belum mencapai Usia 50 tahun.

WALLAHU A'LAAM BISSOWAB




Apakah perbezaan antara Maghfirah (مغفرة) dan 'Afuw (عفو)?

4:58:00 PTG 0
Apakah perbezaan antara Maghfirah (مغفرة) dan 'Afuw (عفو)?

Apakah perbezaan antara Maghfirah (مغفرة) dan 'Afuw (عفو)?
 * Maghfirah *: adalah untuk Allah memaafkan kamu atas dosa yang dilakukan, tetapi dosa itu masih akan didaftarkan pada kitab kamu.  Maghfirah adalah pengampunan Allah atas dosa kamu tetapi pada Hari Penghakiman itu akan dituliskan pada catatan kamu, Allah akan bertanya kepadamu tetapi dia tidak akan menghukum kamu kerana itu

 * 'Afuw *: adalah untuk Allah memaafkan kamu atas dosa dan menghapusnya dari kitab kamu seolah-olah dosa itu tidak pernah  dilakukan.  'Afuw adalah pengampunan Allah atas dosa kamu, ia akan dihapuskan sepenuhnya dari rekod kamu dan Allah tidak akan bertanya kepadamu tentangnya pada Hari Penghakiman.

 * Inilah sebabnya mengapa Rasulullah (salla Allahu alaihi wa sallam) berkata, ini adalah Duaa terbaik untuk dimohon pada Laylatul Qadr: *

 * "Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul' afwa fa'fu 'annee" *
 (Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmidzi)

 * Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pengampun, dan Engkau suka memaafkan, maka ampunilah aku.) "*

 Oleh itu pastikan anda membaca duaa ini sepanjang masa dan seberapa banyak yang anda boleh.  Buatlah salah satu rutin harian anda.
 Bayangkan anda berdiri pada hari Penghakiman yang bertanggungjawab untuk perbuatan anda, dan anda tidak dijamin masuk ke Jannah.

 * Tiba-tiba anda mendapati banyaknya gunung-gunung Hasanat (ganjaran) dalam rekod anda *

 Adakah anda tahu dari mana gunung-gunung hadiah ini datang?

 Kerana di Dunya anda terus berkata: * "SubhanAllah wa bihamdihi SubhanAllah al 'Adhim" *

 Nabi Muhammad ﷺ bersabda: _ * "Dua kata adalah ringan pada lidah, berat timbangannya, ia dicintai oleh Al Rahman, (Yang Maha Pemurah): *
 سبحان الله و بحمده, سبحان الله العظيم - * SubhanAllahi wa biHamdihi, Subhan-Allahi 'l -`adheem (Maha Suci Allah, dan Puji, Maha Suci Allah, Yang Agung) "*
 (📚Bukhari, Muslim)

 bayangkan berapa banyak ganjaran anda akan dapat jika  anda berkongsi tazkirah ini dengan rakan-rakan anda dan mereka terus berzikir * (SubhanAllah wa bihamdihi SubhanAllah Al Adheem) * kerana anda menuntun mereka untuk berbuat baik - di bulan mulia yang pahalanya berlipat ganda.

Khamis, 16 Mei 2019

MELEWATKAN SAHUR MENYEGERAKAN BERBUKA

9:26:00 PTG 0
MELEWATKAN SAHUR MENYEGERAKAN BERBUKA

MELEWATKAN SAHUR MENYEGERAKAN BERBUKA
عَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِبِلَالٍ أَنْتَ يَا بِلَالُ تُؤَذِّنُ إِذَا كَانَ الصُّبْحُ سَاطِعًا فِي السَّمَاءِ فَلَيْسَ ذَلِكَ بِالصُّبْحِ إِنَّمَا الصُّبْحُ هَكَذَا مُعْتَرِضًا ثُمَّ دَعَا بِسَحُورِهِ فَتَسَحَّرَ وَكَانَ يَقُولُ لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا أَخَّرُوا السَّحُورَ وَعَجَّلُوا الْفِطْرَ

Daripada Abu Dzar RA bahawa Nabi SAW bersabda pada Bilal: "Wahai Bilal, kalau subuh telah beranjak ke langit maka itu bukanlah subuh, subuh itu nampak seperti ini, " lalu baginda menyuruh untuk sahur dan baginda pun sahur seraya bersabda: "Umatku akan selalu dalam kebaikan selama mengakhirkan sahur dan mempercepat berbuka." (Musnad Ahmad No: 20996) Dar Ihya Turath Arabi. Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW adalah contoh dalam kita melakukan ibadat termasuk amalan berbuka dan bersahur ketika berpuasa. Ia juga adalah amalan para Nabi.

2.  Antara amalan yang perlu dicontohi ketika berpuasa ialah segera berbuka apabila masuk waktu berbuka.

3.  Melewatkan bersahur juga merupakan amalan Rasulullah SAW dan para sahabat yang kita digalakkan mengikutinya.

4.  Waktu sahur dilewatkan seperti yang diceritakan oleh  Anas bin Malik RA daripada Zaid bin Tsabit: 

تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً

"Kami makan sahur bersama Nabi Muhammad SAW lalu kami solat (subuh) berjamaah", Anas berkata kepada Zaid: "berapa jarak waktu antara azan (subuh) dan sahur?" Zaid menjawab: "sekitar bacaan al-Quran 50 ayat" (Sahih Bukhari No: 550) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Berdasarkan hadis ini,  jarak waktu selesai sahur Nabi SAW dengan waktu subuh sangat dekat, hanya sekitar jangkaan waktu bacaan 50 ayat al-Quran yang dibaca dengan kadar sederhana, tidak cepat dan tidak lambat (sekitar 10 hingga 15 minit sebelum subuh).

Amr B. Maimun al-Audi menyatakan, “Para sahabat Muhammad SAW adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling terakhir (lewat) dalam bersahur.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 4/199)

Semoga kita dapat mengikuti sunah Nabi SAW dengan bersegera berbuka apabila masuk waktu dan melewatkan sahur.

RAMADAN MUBARAK MEMBINA UMAT