Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Ahad, 14 April 2019

NASIHAT SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

7:50:00 PG 0
NASIHAT SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

NASIHAT SAIDINA ALI BIN ABI TALIB
Simpan rahasiamu berdua saja:

1. Dirimu
2. Allah swt

Jagalah di dunia ini dua keredhaan:

1. Ibumu
2. Bapamu

Mohonlah bantuan ketika susah dengan dua hal:

1. Sabar
2. Solat

Jangan risau dua hal ini:

1. Rezeki
2. Ajal

Kerana keduanya berada di bawah kekuasaan Allah swt.

Dua hal yg tak perlu diingati selamanya:

1. Kebaikanmu terhadap orang lain.
2. Kesalahan orang lain terhadapmu.

Dua hal yang jangan dilupakan selamanya:

1. Allah swt
2. Alam Akhirat

Selalu dekat dengan 4 orang ini:

1. Ibumu.
2. Ayahmu.
3. Saudara lelakimu.
4. Saudara perempuanmu.

Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka:

1. Yatim
2. Miskin
3. Fakir
4. Orang Sakit

Empat hal yang memperindah dirimu :

1. Sabar
2. Tabah
3. Tinggi ilmu
4. Dermawan

Empat orang yang hendaknya kamu dekati:

1. Orang yg Ikhlas
2. Orang yg setia
3. Orang yg dermawan
4. Orang yg jujur

Empat orang yg hendaknya jangan kamu jadikan teman: 

1. Tukang bohong
2. Tukang curi/rasuah
3. Tukang hasut
4. Tukang adu domba

Empat orang ini jangan sampai kamu tahan kedermawananmu terhadap mereka: 

1. Isterimu
2. anak2 mu
3. Keluargamu
4. Sahabatmu

Empat hal yang hendaknya kamu kurangi:

1. Makan
2. Tidur
3. Malas
4. Bicara berlebih2an/gosip

Empat hal yang jangan kamu putus :

1. Sholat.
2. Qur'an.
3. Zikir.
4. Silaturrahimi.


Kirimkan artikel ini kepada orang yang anda sayangi ✋

SELENDANG RASULULLAH SAW SEBAGAI 'SANAD' KHILAFAH

6:47:00 PG 0
SELENDANG RASULULLAH SAW SEBAGAI 'SANAD' KHILAFAH

SELENDANG RASULULLAH SAW SEBAGAI 'SANAD' KHILAFAH
Kaab bin Zuhair r.a telah menggunakan, dan menjaga selendang itu ketika hayat Baginda saw, dan setelahnya Kewafatannya saw.

Ketika Muawiyah r.a mengambil kekhalifahan, beliau telah mengumpulkan segala peniggalan Rasulullah saw, seperti, pedangnya, jubbahnya, busar panahnya, selendang, bendera, dan berbagai lagi barang-barang peninggalan Rasulullah saw. 

Muawiyah r.a pernah beberapa kali menawarkan kepada Kaab supaya menjual selendang itu kepadanya dengan harga 10 000 dirham, tetapi beliau menolaknya. Kemudian setelah beliau meninggal dunia, Muawiyah r.a telah menawarkan kepada ahli waris Kaab, untuk membelinya dengan harga 20 000 dirham, lalu mereka mempersetujuinya.

Selendang ini terus digunakan oleh para khalifah islam setelah Muawiyah r.a khususnya pada hari-hari perayaan tertentu. Imam Ibnu al-Anbari (wafat 328h) di dalam kitabnya Syarah al-Qasaid as-Sab'ah merakamkan, "Selendang Kaab ini lah yang digunakan oleh para sultan islam hari ini.

Setelah Kekhalifahan Bani Umayyah memindahkan pusat pemerintahannya ke Syam, barang-barang peninggalan Rasulullah saw ini juga turut dipindahkan ke sana. Dan apabila jatuhnya Bani Umayyah, Barang-barang berharga ini telah diambil alih oleh Kekhalifahan Bani Abbasiyyah, Barang-barang ini pun telah dipindahkan ke Baghdad. 

Ianya terus diwarisi oleh para khalifah Abbasiyyah silih berganti, sehinggalah berlakunya peristiwa hitam penyerobohan tentera Tartar atau Monggol. al-Baijuri di dalam al-Isaa'd menukilkan pendapat Imam Syamsuddin as-Syami, yang menjelaskan bahawa selendang itu telah hilang atau binasa pada peristiwa ini.

Namun para sejarawan islam lainnya menjelaskan bahawa, selendang itu telah dibawa lari bersama Khalifah al-Mutawak 3 ke Mesir ketika kejadian itu,dan berada di dalam penjagaan peribadi beliau. Sehinggalah pada tahun 1517, tentera Uthmaniyyah telah memasuki kota Mesir. Lalu Barang-barang berharga ini telah dihadiahkan kepada Sultan Salim 1, sebagai tanda berpindahnya kekhalifahan kepada beliau. 

Apabila Barang-barang berharga ini tiba di Istanbul, Sultan Salim sendiri telah menyambut barang-barang ini, dengan penuh penghormatan. Barang-barang ini diarak di atas kenderaan yang indah, sepanjang perjalananya ke istana. Di Istanbul, Barang-barang ini telah dirawat dengan sangat hati-hati. Barang-barang ini telah dimuliakan oleh para sultan di dalam kekhalifahan Uthmaniyyah. Sultan Ahmad 1, telah membina sebuah singgahsana yang lebih tinggi daripada singgahsana beliau, untuk meletakkan Barang-barang berharga ini.

Ketika pemerintahan Sultan Abdul Aziz selendang peninggalan Rasulullah saw yang berusia hampir satu abad ini telah terkoyak sedikit. Maka beliau telah memerintahkan supaya selendang ini diletakkan di dalam peti yang diperbuat daripada emas, dan diukir pada  pintu peti itu, dua rangkap syair yang berbunyi,

عبدالعزيز الذي من آل عثمان    يرجو الشفاعة من رسول الرحمان 
لكسوة الرسول أنشأ محافظة    الله يحفظه من كل إنسان

"Abdul Aziz yang merupakan ahli keluarga uthman, mengharapkan syafaah daripada utusan (Rasul) bagi ar-Rahman.
Untuk menjaga selendang (kiswa) Rasulullah saw, Allah swt lah yang memiharanya daripada seluruh manusia".

Dan setelah Jatuhnya Kekhalifahan Uthmaniayyah, Barang-barang ini telah di letakkan di dalam sebuah kamar khas di dalam istana Topkapi di Istanbul, yang mana pada tarikh yang sama dengan hari ini pada 95 tahun yang lalu, istana ini dengan rasminya telah dijadikan muzium. 

Maka tinggallah 'sanad' ini di sana, menunggu khalifah yang seterusnya...

FB Jemaah Tabligh Malaysia

Sabtu, 13 April 2019

GANJARAN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID

6:41:00 PG 0
GANJARAN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID

عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةُ الرَّجُلِ فِي جَمَاعَةٍ تَزِيدُ عَلَى صَلَاتِهِ فِي بَيْتِهِ وَصَلَاتِهِ فِي سُوقِهِ بِضْعًا وَعِشْرِينَ دَرَجَةً وَذَلِكَ أَنَّ أَحَدَهُمْ إِذَا تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ أَتَى الْمَسْجِدَ لَا يَنْهَزُهُ إِلَّا الصَّلَاةُ لَا يُرِيدُ إِلَّا الصَّلَاةَ فَلَمْ يَخْطُ خَطْوَةً إِلَّا رُفِعَ لَهُ بِهَا دَرَجَةٌ وَحُطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةٌ حَتَّى يَدْخُلَ الْمَسْجِدَ فَإِذَا دَخَلَ الْمَسْجِدَ كَانَ فِي الصَّلَاةِ مَا كَانَتْ الصَّلَاةُ هِيَ تَحْبِسُهُ وَالْمَلَائِكَةُ يُصَلُّونَ عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مَجْلِسِهِ الَّذِي صَلَّى فِيهِ يَقُولُونَ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ تُبْ عَلَيْهِ مَا لَمْ يُؤْذِ فِيهِ مَا لَمْ يُحْدِثْ فِيهِ


Dari Al A'masy dari Abu Solih dari Abu Hurairah katanya; Rasulullah SAW bersabda: "Solat seorang lelaki dengan berjamaah melebihi dua puluh tujuh darjat dari solat seseorang yang dikerjakan di rumahnya dan di pasar.  Hal demikian itu kerana bila salah seorang diantara mereka berwuduk dengan memperelokkan wuduknya, lalu mendatangi masjid dengan tidak ada tujuan lain yang mendorongnya kecuali untuk solat, maka tidaklah ia melangkah satu langkah, kecuali akan ditinggikan darjatnya dan langkah seterusnya dihapus kesalahannya, hingga ia masuk masjid, Jika dia telah memasuki masjid, maka dia akan dikira dalam keadaan solat selagi dia berada di tempat solatnya, dan para malaikat akan mendoakannya selama dia masih berada di tempat yang ia gunakan untuk solat: "Ya Allah, rahmatilah dia, Ya Allah, ampunilah dia, Ya Allah maafkanlah dia, " selama ia tidak melakukan gangguan dan belum berhadas." (HR Muslim No: 1059) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Solat seorang lelaki berjamaah di masjid dibanding solatnya di rumah lebih utama pahalanya dengan dua puluh tujuh kali ganda. 


2.  Lelaki yang menyempurnakan wuduk mengikut tatacara yang sempurna lalu keluar dari rumah atau tempat dia berada untuk menuju masjid melaksanakan solat berjamaah, maka setiap langkah akan mengangkat satu darjat, dan langkah seterusnya akan menghapuskan satu kesalahannya sehingga ia memasuki masjid. 


3.  Seorang Muslim akan sentiasa dikira dalam keadaan solat ketika berada di dalam masjid (pahala berterusan) selama dia menanti pelaksanaan solat berikutnya (contohnya selepas solat maghrib, dia terus menunggu untuk solat isya mungkin sambil membaca al-Quran, wirid atau mendengar kuliah).


4.  Para Malaikat akan mendoakannya selama dia masih berada di tempat solatnya (masjid)  dan selama masih berwuduk dan tidak menggangu orang sedang beribadat. Malaikat  berdoa untuknya:


اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ تُبْ عَلَيْهِ


'Ya Allah rahmatilah dia. Ya Allah ampunilah dia, 

Ya Allah maafkanlah dia


5.  Ibn Hajar: doa malaikat untuknya akan terhenti apabila wuduknya batal atau dia melakukan gangguan terhadap orang yang sedang solat, sama ada melalui perbuatan mahupun ucapan ( seperti tidak menganggu solat orang lain dengan menguatkan suara ketika berbual, berzikir atau membaca al-Quran).