Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Jumaat, 4 Januari 2019

PENGUBAT RASA KECEWA

9:36:00 PG 0
PENGUBAT RASA KECEWA

PENGUBAT RASA KECEWA

Dunia ini berjalan dengan penuh ketidakadilan. Pihak yang kuat memangsakan yang lemah. Ada yang ditipu teraniaya. Ada yang kecewa dengan pasangannya. Ada yang jasanya dilupa walaupun demikian besar dia berbudi. Ada yang dibunuh dan diseksa. Ada yang dizalimi sekalipun dia tidak sempat mengenali siapakah penzalimnya itu. Ada yang lahir dalam suasana, atau keluarga atau negara yang sukar sehingga potensi dirinya tidak dapat dimajukan sekalipun dia seorang yang berkualiti. Sementara ada pula yang beruntung kerana keadaan keluarga dan keturunannya. Ada yang cacat, lemah dan sakit. Ada pula yang rupawan, kuat dan sihat.

 Ada pula yang menggunakan kesempatan dan kebijaksanaannya untuk memerangkap ataupun menipu pihak yang tidak terduga. Ada yang dituduh dan ditohmah dusta, sedangkan dia tidak mampu membela dirinya. Ada yang disakiti tanpa alasan yang benar. Ada yang dicuri haknya. Segala macam derita ketidakadilan wujud dalam kehidupan dunia ini.

Jika kehidupan insan ini hanya terbatas kepada dunia yang penuh kejam ini, pastilah kehidupan kebanyakan insan sesuatu yang mengecewakan. Segala rasa tidak puas hati dan duka lara akan membaluti kehidupan apabila mengenang dan fikir apa yang telah, sedang dan akan berlaku dalam dunia ini.

Bagi mengubati luka itu, Allah memerintahkan kita menyedari bahawa dunia ini hanyalah sementara sahaja. Setiap perkara akan diadili dengan sehalus-halusnya.  Segala kezaliman akan dibalaskan. Segala kebaikan dan kesusahan akan diberikan ganjaran pada hari yang sebenar iaitu Hari Perhitungan dan Pembalasan. Segala kesombongan, kezaliman, kekejaman dan ketidakadilan yang berlaku di dunia ini akan menerima balasannya. Maka beriman dengan kemunculan hari tersebut, iaitu hari yang penuh adil untuk perhitungan merupakan rukun kehidupan seorang insan. Ia mesti diingati dan diulangi selalu supaya tidak kecewa dengan kehidupuan, sentiasa mempunyai cita dan harapan yang utama iaitu syurga, mengelakkan diri dari menzalimi pihak lain dan berjalan dalam dunia menghitung dosa dan pahala. Untuk itu, maka kita disuruh mengulang-ulangi bacaan al-Fatihah dalam solat yang antara ayatnya;

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

(Maksudnya) : “(Tuhan) Yang menguasai Hari al-Din”

Perkataan Hari al-Din bermaksud Hari Perhitungan (al-Hisab) atau boleh juga bermaksud Hari Pembalasan (al-Jaza`) (lihat: Ibn Jauzi, Dzad al-Masir fi ‘Ilm al-Tafsir, 1/19. Beirut: al-Maktab al-‘Arabi)

Maka, setiap waktu kita menyebut dan mengingati bahawa dunia yang sementara ini akan berakhir dan hari yang penuh adil dan saksama akan menjelang. Segala kebaikan dan keburukan akan dihitung dan dibalas.

Maka jiwa kita akan lega. Perasaan kita akan merdeka. Harapan untuk kebahagiaan sentiasa ada. Demikianlah bermakna keimanan pada Hari Pembalasan. Demikianlah bermakna solat dalam kehidupan insan

Dr MAZA





Khamis, 3 Januari 2019

JADILAH SEPERTI UWAIS AL-QARANI.

9:00:00 PG 0
JADILAH SEPERTI UWAIS AL-QARANI.

Dalam mencari keredhaan Allah kita kadangkala di uji dan di uji dengan hati. Apakah yang kita mahu sebenar dalam kehidupan kita? Kemasyuran sehingga nama kita meniti setiap bibir-bibir manusia atau tidak dikenali langsung oleh orang? Yang mana menjadi pilihan kita?


Ada insan terkenal ketika hidup, ada insan terkenal selepas dia meninggal dunia dan ada insan memiliki kedua-duanya. 


Tahukah kita siapa Uwais al- Qarani?  Seorang tabiin yang ketika hidupnya di zaman Rasulullah shallallahu alaihi wassalam namun beliau tidak sempat bertemu Rasulullah shallallahu alaihi wassalam kerana ketika dipertengahan perjalanan ingin bertemu Baginda shallallahu'alaihi wasallam, bondanya sakit. Beliau menggambil keputusan untuk pulang demi seorang ibu. Kenapa dia menjadi terkenal? Beliau menjadi terkenal kerana beliau meraikan ibunya dan beliau tidak dapat bertemu dengan Rasulullah shallallahu alaihi wassalam namun Baginda shallallahu'alaihi wasallam mengiktiraf beliau sebagai seorang yang makbul doanya. 


Beliau bukan orang kaya, bukan pahlawan, bukan pendagang malah beliau hanya orang miskin. Kerja beliau mengangkat barang dagangan, mengambil upah menjaga kambing kerana beliau tidak mahu dikenali apabila beliau tahu yang Rasulullah shallallahu alaihi wassalam berkata doanya makbul. Allahuakbar. 


Sebagaimana dalam kisah Uwais Al-Qarani dalam Shahih Muslim (no 2542), bahawa Umar radhiyallahu’anhu berkata; Saya mendengar Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda:


يأتي عليكم أويس بن عامر مع أمداد أهل اليمن من مراد ثم من قرن كان به برص فبرأ منه إلا موضع درهم له والدة هو بها بر لو أقسم على الله لأبره فإن استطعت أن يستغفر لك فافعل فاستغفر لي فاستغفر له


Ertinya: “Akan datang padamu semua seorang bernama Uwais bin ‘Amir beserta sepasukan mujahidin dari ahli Yaman, dia dari keturunan Murad dari Qaran. Ia mempunyai penyakit supak lalu sembuh dari penyakitnya itu kecuali di suatu tempat sebesar wang dirham. Ia juga mempunyai seorang ibu yang dia amat berbakti padanya. Andaikata orang itu bersumpah akan sesuatu atas nama Allah, pasti Allah akan melaksanakan sumpahnya itu -dengan sebab amat berbaktinya terhadap ibunya itu-. Maka jikalau engkau kuasa meminta padanya agar ia memintakan pengampunan -kepada Allah- untukmu, maka lakukanlah itu!” Oleh sebab itu, mohonkanlah pengampunan kepada Allah -untukku. Uwais lalu memohonkan pengampunan untuk Umar”.


Jika kita hari ini, apa kah kita akan buat jika kita tahu dan maklum doa kita makbul apatah lagi orang yang memberi pengiktirafan itu bukan orang sebarangan tetapi Rasulullah shallallahu alaihi wassalam yang mana kata-kata baginda adalah benar. Sudah tentu kita mahu dikenali. Jauh beza imam kita dengan Uwais al-Qarani. 


Beliau terkenal di atas langit namun di bumi, dia tidak terkenal malah dia tidak pernah mem"promosi"kan diri untuk dikenali kerana beliau takut dengan pengiktirafan itu. Dan beliau telah memilih untuk menjadi tidak terkenal. Memilih! Malunya kita dengan Uwais al-Qarani.  Mampukah kita menjadi seperti beliau?


Uwais al-Qarani berjaya menjadi orang yang hebat malah beliau berjaya membuktikan, kelebihan itu tidak berjaya melumpuhkan imannya. 


Dalam al-Quran surah Al-Araf, Ayat 155, Allah berfirman: Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.


Hebat tabiin yang bernama Uwais al-Qarani. Ya Allah, jadilah aku seperti Uwais al-Qarani. 


Page Jalan-jalan Cari Ilmu

Isnin, 31 Disember 2018

SALAM 2019 DARI ISLAM IS GREAT

7:19:00 PTG 0
SALAM 2019 DARI ISLAM IS GREAT

SALAM 2019 DARI ISLAM IS GREAT
🌾Assalammualaikum

🌾Berkata Imam Abu Hurairah radhiallahu anhu:
🌾Setiap kali datang nya tahun baru
🌾Membuat daku risau dan resah selalu
🌾Kerana semakin singkat umur ku
🌾Semakin dekat ajal ku
🌾Semakin tipis pengampunan ALLAH terhadap ku
🌾Dan semakin dekat nya hari perhitungan ku.

🌾Selagi ada KEHIDUPAN
🌾UMUR adalah KESEMPATAN
🌾MUDA lah dengan KESUNGGUHAN
🌾DEWASA lah dengan PENGAJARAN
🌾TUA lah dengan PENGALAMAN
🌾LAPANG lah dengan KEMAAFAN
🌾SIBUK lah dengan KEMANFAATAN
🌾KAYA lah dengan KEBAIKAN
🌾MISKIN lah dengan KEBENCIAN
🌾KUAT lah dengan KESABARAN
🌾HIDUP lah dengan KETAATAN
🌾MATI lah dengan KEIMANAN
🌾Dan BERBAHAGIA lah dengan BAIK SANGKAAN
🌾InsyaAllah...   
        Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab..       
          🚧🚧🚧🚧🚧🚧🚧        
          Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah(saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.    
          🚧🚧🚧🚧🚧🚧 

Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari syurga.        
          🚧🚧🚧🚧🚧🚧🚧   

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga    
Subhanallah....

Saya mohon maaf atas segala2 kesalahan dan percakapan saya yang mungkin menyinggung perasaan sahabat2 di group ini.  Semoga kita semua dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik agar kita akan lebih banyakkan ibadah dan amalan kita bagi bekalan kita di akhirat nanti In shaa Allah. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin. 😘😘😘