Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 29 Disember 2018

CIRI-CIRI FIZIKAL RASULULLAH ﷺ

9:23:00 PG 0
CIRI-CIRI FIZIKAL RASULULLAH ﷺ
CIRI-CIRI FIZIKAL RASULULLAH ﷺ

⚫️TUBUH DAN USIA NABI

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ يَقُولُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ بِالطَّوِيلِ الْبَائِنِ وَلَا بِالْقَصِيرِ وَلَا بِالْأَبْيَضِ الْأَمْهَقِ وَلَيْسَ بِالْآدَمِ وَلَيْسَ بِالْجَعْدِ الْقَطَطِ وَلَا بِالسَّبْطِ بَعَثَهُ اللَّهُ عَلَى رَأْسِ أَرْبَعِينَ سَنَةً فَأَقَامَ بِمَكَّةَ عَشْرَ سِنِينَ وَبِالْمَدِينَةِ عَشْرَ سِنِينَ فَتَوَفَّاهُ اللَّهُ وَلَيْسَ فِي رَأْسِهِ وَلِحْيَتِهِ عِشْرُونَ شَعْرَةً بَيْضَاءَ

Maksudnya:

Diriwayatkan daripada Saidina Anas bin Malik رضي الله عنه , beliau bercerita (tentang Rasulullah ﷺ), Rasulullah ﷺ tidak terlalu tinggi dan tidak pula rendah, warna kulitnya tidak terlalu putih dan tidak pula terlalu merah, rambutnya tidak terlalu kerinting dan juga tidak terlalu lurus. Allah Ta’ala mengutuskan Baginda (menjadi Nabi ﷺ) ketika usianya mula mencecah 40 tahun. Baginda tinggal di Mekkah (selepas dilantik menjadi Nabi) selama 10 tahun dan di Madinah juga 10 tahun. Setelah itu, Baginda diwafatkan Allah Ta’ala ketika di awal usia 60 tahun. Kepala dan janggutnya tidak sampai 20 helai rambut berwarna putih (uban).” 

HR. Al-Bukhari (3548, 5900), Muslim (2347), Al-Tirmidzi (3623) dan lain-lain. 

Keterangan Hadis:

Dalam hadis di atas, sahabat Nabi ﷺ yang bernama Saidina Anas bin Malik رضي الله عنه menjelaskan bentuk fizikal Nabi ﷺ dengan menggambarkannya sebagai seorang yang bertubuh sedang dan pertengahan.

Ketinggian Baginda adalah sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah, namun lebih kepada orang yang tinggi. Kulit Baginda tidak terlalu putih dan tidak pula terlalu merah. Rambut Baginda pula tidaklah kerinting dan tidak pula lurus kaku, akan tetapi ikal. 

Mengenai kulit Nabi ﷺ yang disebut “tidak terlalu putih” dan “tidak terlalu merah”, maksudnya menurut ulama, kulit Baginda berada dipertengahan antara putih dan merah iaitu putih kemerahan. 

Maksud ini menepati pernyataan dalam hadis lain1️⃣ yang menyebut bahawa kulit Nabi sebagai “أَزْهَرَ اللَّوْنِ” iaitu kulit putih bercahaya atau bersinar (bersinar kerana bercampur warna kemerahan).2️⃣ Lebih jelas lagi, pernyataan dalam hadis dalam Sunan al-Baihaqi yang menyebutkan:

كَانَ أَبْيَضُ، مُشْرَبًا بَيَاضُهُ بِحُمْرَةٍ. 

Nabi ﷺ berkulit putih iaitu putih yang bercampur kemerahan.3️⃣

Menurut jumhur ulama, Nabi ﷺ dilahirkan pada tarikh 12 Rabi’ul Awwal, hari Isnin pada tahun Gajah iaitu tahun yang sama tentera bergajah Abrahah dari Yaman ingin menyerang Kaabah.

Hadis di atas menjelaskan bahawa Bagind dilantik menjadi Nabi ketika berumur genap 40 tahun. Baginda berdakwah di Mekkah lebih 10 tahun (iaitu lebih kurang 13 tahun), kemudian berhijrah ke Madinah dan membentuk sebuah masyarakat dan negara. Baginda menetap di Madinah selama 10 tahun iaitu sehingga kewafatan Baginda ketika berumur melebihi 60 tahun. 

Menurut ulama, bilangan tahun yang disebut Saidina Anas رضي الله عنه dalam hadis di atas bukanlah perkiraan tepat, tetapi hampir-hampir yang digenapkan kerana mengikut perkiraan tepat, Nabi ﷺ tinggal di Mekkah selepas menjadi Nabi ialah selama 13 tahun, bukan 10 tahun. Begitu juga, baginda wafat ketika berusia 63 tahun, bukan 60 tahun. Jadi perkiraan Saidina Anas itu adalah perkiraan yang digenapkan, bukan perkiraan tepat.

Pengajaran Hadis:

Allah menciptakan fizikal Nabi Muhammad ﷺ dalam rupa bentuk yang sederhana dan pertengahan. Ini menggambarkan keseimbangan. Diriwayatkan daripada Mutharrif (seorang tabi’in):

خَيْرُ الْأُمُورِ أَوْسَطُهَا

“Urusan paling baik adalah yang pertengahan.”4️⃣

Keseimbangan tidak akan kita perolehi melainkan dengan bersikap sederhana dan mengamalkan gaya hidup sederhana, tanpa berlebihan sebagaimana gaya hidup yang diamalkan oleh Nabi ﷺ sendiri.

Nabi Muhammad ﷺ diangkat menjadi Nabi dan Rasul pada usia 40 tahun. Usia ini ialah usia kematangan. Seharusnya kita yang telah mencecah umur 40 tahun mengubah gaya hidup kepada kehidupan yang lebih serius terutama dalam beramal dengan agama dan mencari bekalan untuk Akhirat. 

Sumber Rujukan:

1️⃣Imam al-Bukhari (3547) dalam sahihnya.
2️⃣Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim, 15/107, Syeikh Ibrahim al-Bajuri, dalam al-Mawahib al-Ladunniyyah, 9,11-12 dan 22.
3️⃣Al-Baihaqi dalam al-Dala’il. Lihat hadis ini dalam al-Jami’ al-Saghir, Hadis no. 6427. Menurut al-Suyuthi, hadis ini sahih.
4️⃣Imam al-Baihaqi, dalam Syu’ab al-Iman (3605 dan 6176). 

Wallahua’lam. 

SENARAI NAMA SAHABAT RASUL DENGAN GELARAN MEREKA

9:22:00 PG 0
SENARAI NAMA SAHABAT RASUL DENGAN GELARAN MEREKA
SENARAI NAMA SAHABAT RASUL DENGAN GELARAN MEREKA

Senarai nama 60 sahabat Nabi Muhammad Rasulullah SAW bersama maksud gelaran, peribadi, ungkapan serta kisah keutamaan mereka yang terhasil dan menjadi sebutan terkenal di dalam sejarah Islam bagi umat terkemudian.

Maklumat ringkas ini diambil dari daftar isi buku berjudul “Karakteristik Perihidup 60 Sahabat Rasulullah” yang disusun oleh Khalid Muhammad Khalid yang telah dialihbahasakan oleh Mahyuddin Syaf, dkk, diterbitkan oleh CV Penerbit Diponegoro Bandung.

1) MUSH’AB BIN UMAIR : Duta Islam yang pertama.

2) SALMAN AL-FARISI : Pencari kebenaran.

3) ABU DZAR AL-GHIFARI : Tokoh gerakan hidup sederhana.

4) BILAL BIN RABAH : Muadzin Rasulullah … Lambang persamaan derajat manusia.

5) ABDULLAH BIN UMAR : Tekun beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah.

6) SA’AD BIN ABI WAQQASH : Singa yang menyembunyikan kukunya.

7) SHUHAIB BIN SINAN : Abu Yahya yang selalu mendapat laba. 

8) MU’ADZ BIN JABAL : Cendekiawan Muslim yang paling tahu mana yang halal dan mana yang haram.

9) MIQDAD BIN ‘AMR : Pelopor barisan berkuda dan ahli filsafat.

10) SA’ID BIN AMIR : Pemilik kebesaran di balik kesederhanaan.

11) HAMZAH BIN ABDUL MUTHALIB : Singa Allah dan panglima syuhada.

12) ABDULLAH BIN MAS’UD : Yang pertama kali mengumandangakn Al-Qur’an dengan suara merdu.

13) HUDZAIFAH IBNUL YAMAN : Seteru kemunafikan – Kawan keterbukaan.

14) ‘AMMAR BIN YASIR : Seorang tokoh penghuni surga.

15) ‘UBAIDAH BIN SHAMIT : Tokoh yang gigih menentang penyelewengan.

16) KHABBAB BIN ARATS : Guru besar dalam berkorban.

17) ABU ‘UBAIDAH IBNUL JARRAH : Orang kepercayaan ummat.

18) UTSMAN BIN MAZH’UN : Yang pernah mengabaikan kesenangan hidup duniawi.

19) ZAID BIN HARITSAH : Tak ada orang yang lebih dicintainya daripada Rasulullah.

20) JA’FAR BIN ABU THALIB : Jasmani maupun perangainya mirip Rasulullah.

21) ABDULLAH IBNU RAWAHAH : Yang bersemboyan : Wahai diri …. Jika kau tidak gugur di medan juang …. Kau tetap akan mati … Walau di atas ranjang.

22) KHALID IBNUL WALID : Ia selalu waspada, dan tidak membiarkan orang lengah dan alfa.

23) QAIS BIN SA’AD BIN ‘UBADAH : Kalau tidaklah kerana Islam, maka ia lah ahli tipu muslihat Arab yang paling sukai.

24) UMAIR BIN WAHAB : Jagoan Quraisy yang berbalik membela Islam yang gigih.

25) ABU DARDA : Seorang budiman dan ahli hikmat yang luar biasa.

26) ZAID IBNUL KHATTHAB : Rajawali pertempuran Yamamah.

27) THALHAH BIN UBAIDILLAH : Pahlawan perang Uhud.

28) ZUBAIR BIN AWWAM : Pembela Rasulullah s.a.w.

29) KHUBAIB BIN ‘ADI : Pahlawan yang syahid di kayu salib.30) UMAIR BIN SA’AD : Tokoh yang tak ada duanya.

31) ZAID BIN TSABIT : Penghimpun Kitab Suci Al-Qur’an.

32) KHALID BIN SA’ID BIN ‘ASH : Anggota pasukan berani mati angkatan yang pertama.

33) ABU AIYUB AL-ANSHARI : Pejuang di waktu senang ataupun susah.

34) ABBAS BIN ABDUL MUTHALIB : Pengurus air minum untuk Kota Suci Mekah dan Madinah (Haramain).

35) ABUHURAIRAH : Otaknya menjadi gudang perbendaharaan pada masa Wahyu.

36) AL BARRA’ BIN MALIK : Allah dan Surga.

37) UTBAH BIN GHAZWAN : “Esok lusa akan kamu lihat Pejabat-pejabat Pemerintah yang lain daripadaku”

38) TSABIT BIN QAIS : Juru bicara Rasulullah.

39) USAID BIN HUDLAIR : Pahlawan hari Saqifah.

40) ABDURRAHMAN BIN ‘AUF : “Apa sebabnya anda menangis, Hai Abu Muhammad”.

41) ABU JABIR ABDULLAH BIN ‘AMR BIN HARAM : Seorang yang dinaungi malaikat.

42) AMR IBNUL JAMUH : “Dengan cacat pincangku ini, aku bertekad merebut surga”.

43) HABIB BIN ZAID : Lambang kecintaan dan pengurbanan.

44) UBAI BIN KA’AB : “Selamat bagimu, hai Abu Munzir, atas ilmu yang kau capai”.

45) SA’ADZ BIN MU’ADZ : “Kebahagiaan bagimu, wahai Abu Amr”.

46) SA’AD BIN UBADAH : Pembawa bendera Anshar.

47) USAMAH BIN ZAID : Kesayangan, putera dari kesayangan.

48) ABDURRAHMAN BIN ABI BAKAR : Pahlawan sampai saat terakhir.

49) ABDULLAH BIN ‘AMR BIN ‘ASH : Tekun beribadat dan bertaubat.

50) ABU SUFYAN BIN HARITS : Habis gelap terbitlah terang.

51) ‘IMRAN BIN HUSHAIN : Menyerupai malaikat.

52) SALAMAH BIN AL-AKWA : Pahlawan pasukan jalan kaki.

53) ABDULLAH BIN ZUBEIR : Seorang tokoh dan syahid yang luar biasa.

54) ABDULLAH BIN ABBAS : Guru ulama ummat ini.

55) ‘ABBAD BIN BISYIR : Selalu disertai cahaya Allah.

56) SUHEIL BIN ‘AMAR : Dari kumpulan orang yang dibebaskan, masuk golongan para pahlawan.

57) ABU MUSA AL-ASY’ARI : Yang penting keikhlasan, kemudian terjadilah apa yang akan terjadi.

58) THUFEIL BIN ‘AMR AD-DAUSI : Suatu fitrah yang cerdas.

59) ‘AMR BIN ‘ASH : Pembebas Mesir dari cengkeraman Romawi.

60) SALIM MAULA ABU HUDZAIFAH : Sebaik-baik pemikul Al-Qur’an.

FirmanNya di dalam Al Quran: Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya. Dan (ingatlah) Dia lah yang mentadbirkan segala-galanya. [Wakil]

Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha Halus,, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.[Latiful Khabir]

(Katakanlah wahai Muhammad): “Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu”.

Dan demikianlah Kami menerangkan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (dengan berbagai cara, untuk menimbulkan keingkaran mereka) dan supaya mereka (yang ingkar itu menuduhmu dengan) berkata: “Engkau telah mempelajarinya (dari orang-orang lain) “, dan supaya kami menerangkan (Al-Quran) itu kepada orang-orang yang (mahu) mengetahui.

Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, dan berpalinglah dari orang-orang musyrik. – (Al-An’aam 6:102-106)

Jumaat, 28 Disember 2018

PERUBATAN ISLAM OLEH TUAN GURU DATO DR. HARON DIN

5:58:00 PTG 0
PERUBATAN ISLAM OLEH TUAN GURU DATO DR. HARON DIN
PERUBATAN ISLAM OLEH TUAN GURU DATO DR. HARON DIN
Kena simpan ilmu ni sebaiknya
Orangnya pun dah takda lagi.😔

 (AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din)

1) - Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.
 -Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
 -Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.

2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
 - Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
 - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
 - Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
 - Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
 - InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
 Surah Al - Baqarah, ayat 102

5 ) Resdung
 - Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
 - Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
 - Setiap kolah masjid, 1 botol.
 - Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
 - Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
 - Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
 - Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
 - Ulang sebanyak 7 kali
 Surah Al - Anbya', ayat 83

6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
 - Gunakan minyak zaitun
 - Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
 - Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
 Surah At- Taubah ayat 14
 &
 surah Al - Hashr ayat 21

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
 - Menggunakan madu asli
 - Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
 - Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
 - Makan 1 sudu sehari
 Surah An -Nahl, ayat 69

8 ) Angin pasang
 - Menggunakan madu
 - Amalkan ayat- ayat di bawah ini
 -Surah Al - Isra', ayat 82
 Surah Al - Hashr, ayat 21
 Surah Ash - Shua'ra' ayat 70

9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
 Bahan - bahan :
 - Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
 - Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
 - Buah kelapa (yang berhingus)
 Cara - cara :
 - Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
 - Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
 - Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
 - Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
 - Minum air kelapa yang telah suam.
 *Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) Susah tidur malam
 Surah Al - kahf, ayat 11

11) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi
 Surah - fussilat, ayat 44

12) Merawat histeria
 - Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
 - Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
 *Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
 - As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

#ilmu