Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Ahad, 2 Disember 2018

TIBA WAKTU KITA OFFLINE

7:23:00 PG 0
TIBA WAKTU KITA OFFLINE

TIBA WAKTU KITA OFFLINE
Akan tiba suatu hari nanti, semua friendlist kita akan melihat nama kita offline. Mereka menghantar pesanan di WhatsApp, kita tak menjawab. Mereka hantar chat di Messenger, kita tak membalas.

Pada hari itu, 
post kita tiba tiba terhenti. tiada lagi update.
Kenapa? Kerana kita telah pergi meninggalkan dunia. Ya, Kita tidak akan online lagi, tak reply chat, ataupun komen kat post. Kita nak edit status atau post meminta maaf kepada sesiapa yang pernah kita sakiti, dah tak boleh dah.

Ya, kita tak lagi bersama mereka.
Pada hari itu kita sedang terbujur di lubang kubur sempit dan terhimpit, cuma kita seorang diri yang menghadapi ujian diri.
Dan ketika kita telah pergi, yang tertinggal hanyalah huruf-huruf di post kita. Sama ada ia  bakal membela kita atau mungkin membinasakan kita di alam sana.

Maka dengan itu,

Tulislah yang baik-baik, walaupun kita belum baik. Sekurang-kurangnya kita terselamat dari dosa menulis yang buruk-buruk.

Tulislah yang baik-baik, bukan kerana kita baik. Tapi kita berusaha untuk jadi baik.

Tulislah yang baik-baik, kerana kita tahu kita nak perkara baik. Dan apabila kita berikan yang baik, mudah-mudahan perkara yang baik itu balik kepada kita.

Tulislah yang baik-baik, kerana kita nak yang baik-baik itu tinggal, apabila kita sudah pergi.

Cakap yang baik, 
Tulis lah yang baik-baik.

Kerana yang baik itu semuanya ibadah. Walaupun hanya sekadar “senyum” dan “bersangka baik”

Wallahua'lam...

Sabtu, 1 Disember 2018

AZAB API NERAKA YANG PALING RINGAN

11:37:00 PTG 0
AZAB API NERAKA YANG PALING RINGAN


AZAB API NERAKA YANG PALING RINGAN
عَنْ نُّعْمَانَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ أَهْوَنَ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَرَجُلٌ تُوضَعُ فِي أَخْمَصِ قَدَمَيْهِ جَمْرَةٌ يَغْلِي مِنْهَا دِمَاغُهُ

Daripada an-Nu’man bin Basyir RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya ahli neraka yang paling ringan azabnya pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang diletakkan di bawah tapak kakinya dua bara api (neraka) yang mendidihkan otaknya sehingga dia tidak percaya bahawa ada orang lain yang lebih berat seksaan daripadanya. Pada hal dia lah orang yang paling ringan azabnya (daripada orang lain)”. (HR Bukhari No: 6076) Status: Hadis Sahih

 Pengajaran:

1.  Umat Islam disuruh supaya takut dengan seksaan Allah SWT yang amat mengerikan pada hari kiamat.

2.  Gambaran seksaan di neraka bertujuan agar kita  sentiasa berwaspada dan menjauhi segala larangan Allah SWT.

3.  Seksaan terhadap orang yang berdosa pada hari kiamat adalah tidak sama, masing-masing di azab berdasarkan amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia.

4.  Ahli neraka yang paling ringan azabnya pada hari kiamat ialah seorang yang diletakkan di bawah tapak kakinya dua bara api (neraka) hingga mendidihkan otaknya.

Berusahalah menjauhi siksaan api neraka walaupun siksaan yang paling ringan dengan menjauhi perbuatan mungkar dan melaksanakan kewajipan.

Selasa, 27 November 2018

MESYUARAT IALAH SUNNAH NABI DAN PERINTAH ALLAH

2:32:00 PTG 0
MESYUARAT IALAH SUNNAH NABI DAN PERINTAH ALLAH
MESYUARAT IALAH SUNNAH NABI DAN PERINTAH ALLAH


"Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah [‘Ali Imran 3:159].

1.Dari ibnu Abbas r.a berkata,bila mana turun ayat ini :
"washa wir hum fil ard"
(sentiasala bermesyuarat dgn mereka dlm urusan2 penting)
Maka, rasulullah saw telah bersabda:Allah dan RasulNya tak perlu pa mesyuarat,tp,Allah telah menjadikan sebagai rahmat bg umatku, maka barang siapa dikalangan umatku yg bermesyuarat,dia sentiasa berada pd jalan yg lurus,dan barangsiapa yg tak bermesyuarat dikalangan umatku,dia akn sentiasa dlm kesusahan. H.r imam Baihaqi..munthakab hadith,m.s 753,bab adab2 dan amalan

2.Dari abu hurairah r.a berkata,aku tak pernah melihat seorg yg amat banyak bermesyuarat dgn sahabat sahabatnya lebih dari Rasulullah saw (baginda bnyak bermesyuarat). Hadis riwayat Tirmizi (muntakhab hadis m/s 752 bab adab2 dan amalan)

Pentingnya mesyuarat dlm nk buat keputusan utk tarik rahmat Allah.

Bismillah,Alhamdulillah
للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

beberapa adab di dalam mesyuarat.

1. Memulakan majlis dengan memuji dan memuja Allah swt serta berselawat ke atas Nabi saw. Seperti menyebut:

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله atau seumpamanya. 

2.Perlu ada seorang ketua (Amir mesyuarat dan ahli di dalam mesyuarat)

3.Amir mesyuarat boleh minta syor pada sesiapa sahaja ahli mesyuarat sama ada ikot sebelah kanan atau random(pilih saja)

4.Bila amir mesyuarat nak putus keputusan perlula selawat.
والصلاة والسلام على رسول الله

5.Tidak memperkatakan di dalamnya melainkan kebaikan sahaja. Sabda Nabi saw:

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فليقل خيراً، أو ليصمت

Maksudnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata perkata yang baik ataupun dia senyap.”

3. Tidak duduk diantara dua orang melainkan dengan izin mereka berdua berdasarkan hadith:

لا يحل لرجل أن يفرق بين اثنين إلا بإذنهما

Maksudnya: “Tidak dihalalkan bagi seorang lelaki, dia duduk antara dua orang lelaki (di dalam sesuatu majlis) melainkan dengan keizinan mereka berdua.” (al-Albani: Hasan Sahih, Sahih Abi Daud. Ahmad Syakir: Sanadnya Sahih, Musnad Ahmad)

Tidak boleh seseorang datang di dalam sesuatu majlis kemudian dia arahkan orang lain bangun lalu dia mengambil tempat orang tersebut. Perbuatan ini jelas dilarang oleh Nabi saw di dalam hadith baginda:

لا يقيم الرجلُ الرجلَ من مجلسه ثم يجلس فيه

Maksudnya: “Jangan seorang lelaki membangunkan seorang lelaki yang lain dalam majlisnya, lalu dia duduk ditempat lelaki tersebut.” (al-Bukhari)

Di dalam hadith yang lain:

نهى النبي صلى الله عليه وسلم أن يقيم الرجل أخاه من مقعده ويجلس فيه . قلت لنافع : الجمعة ؟ قال : الجمعة وغيرها

Maksudnya: “Nabi saw melarang seorang lelaki membangunkan saudaranya dari tempat duduknya, lalu dia duduk di situ.” Aku bertanya kepada Nafi’: “(larangan itu) ketika solat Jumaat?” Jawab Nafi’: “Ketika solat Jumaat dan selainnya.” (al-Bukhari).

4. Meluaskan majlis agar semua yang terlibat dapat ikut serta 
5. Memelihara lidah dari perkataan-perkataan yang menyakiti orang lain

6.tidak ada mesyuarat sebelum mesyuarat dan tidak ada mesyuarat selepas mesyuarat.(tidak ada kompromi)

7.perlu letak, bagi syor bila ketua(amir mesyuarat) minta syor pada ahli mesyuarat.

8.perlu letak syor kita kepentingan agama dan jemaah/ahli mesyuarat bukan kepentingan diri.

9.jangan potong kata kata ahli yang sedang bagi syor atau tekan syor.

10.bila syor kita diterima kita ucapkn Astaghfirullah (istighfar) takot2 syor kita akan membawa mudharat pada ahli mesyuarat dan takot kita riak,ujub dan Bila syor kita ditolak kita ucapkn Alhamdulillah sebab kita tak menanggung apa2.

11.taat pada amir mesyuarat dan taat pada keputusan mesyuarat.

12. Menutup majlis dengan membaca kafaratul majlis. Sabda Nabi saw:

من جلس في مجلس فكثر فيه لغطه فقال قبل أن يقوم من مجلسه ذلك سُبْحَانَكَ اللّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أشْهَدُ أنْ لَا إلهَ إلَّا أنْتَ أسْتَغْفِرُكَ وَأتُوْبُ إلَيْك إلا غفر له ما كان في مجلسه ذلك

Maksudnya: “Sesiapa yang berada di dalam majlis, banyak di dalamnya perkataan-perkataan lagha atau dosa, lalu sebelum bersurai dia membaca:

سُبْحَانَكَ اللّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أشْهَدُ أنْ لَا إلهَ إلَّا أنْتَ أسْتَغْفِرُكَ وَأتُوْبُ إلَيْك

Maksudnya: “Maha suci Engkau Ya Allah dan dengan pujian kepadaMu, aku bersaksikan bahawa tidak ada ilah melainkan Engkau, aku memohon ampun kepada Engkau dan aku bertaubat kepada Mu.” (Al-Bukhari) 
Nak tau lebih lagi tentang sunnah2 baginda nabi tercinta,Rasulullah saw, perlu k0rbankan harta masa dan diri keluar di jalan Allah, banyak adab2 dan sunnah2 yg kite boleh belajar dan insyaAllah terus serta merta dapat amal kn sunnah yg kita pelajari..m0ga2 kita ni Allah pilih untuk bagi masa utk agama Allah setelah berjuta jam kita bg masa utk dunia kita..amin..

Wallahu a’lam.

(Dari blog)