عَنْ نُّعْمَانَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ أَهْوَنَ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَرَجُلٌ تُوضَعُ فِي أَخْمَصِ قَدَمَيْهِ جَمْرَةٌ يَغْلِي مِنْهَا دِمَاغُهُ
Daripada an-Nu’man bin Basyir RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya ahli neraka yang paling ringan azabnya pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang diletakkan di bawah tapak kakinya dua bara api (neraka) yang mendidihkan otaknya sehingga dia tidak percaya bahawa ada orang lain yang lebih berat seksaan daripadanya. Pada hal dia lah orang yang paling ringan azabnya (daripada orang lain)”. (HR Bukhari No: 6076) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Umat Islam disuruh supaya takut dengan seksaan Allah SWT yang amat mengerikan pada hari kiamat.
2. Gambaran seksaan di neraka bertujuan agar kita sentiasa berwaspada dan menjauhi segala larangan Allah SWT.
3. Seksaan terhadap orang yang berdosa pada hari kiamat adalah tidak sama, masing-masing di azab berdasarkan amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia.
4. Ahli neraka yang paling ringan azabnya pada hari kiamat ialah seorang yang diletakkan di bawah tapak kakinya dua bara api (neraka) hingga mendidihkan otaknya.
Berusahalah menjauhi siksaan api neraka walaupun siksaan yang paling ringan dengan menjauhi perbuatan mungkar dan melaksanakan kewajipan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan