Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 27 November 2018

HORMAT REZEKI BILA PERGI KENDURI

1:37:00 PTG 0
HORMAT REZEKI BILA PERGI KENDURI
HORMAT REZEKI BILA PERGI KENDURI
Aslmkm.  Musim2 kenduri,  eloklah kita ambil iktibar.  Baca kelohan caterer kenduri kawin. 👇🏻

Saya minta maaf betul-betul maaf. 
Saya perlu berterus-terang. Terpaksa.

Bila hadir di suatu majlis . Deretan makanannya banyak. Ambil satu persatu. 
Makan dulu main course. Lepas tu bangun ambil pula makanan lain. Ambil pula buah dan sebagainya. 
Bila tuan-puan ambil semua jenis makanan serentak, tiba-tiba kenyang, makanan lebihan tadi ditinggalkan. 

Kesian tuan rumah. Dia bayar makanan itu. Tapi dibazirkan oleh tetamu. Hormatilah rezeki. 
Kita tidak perlu ditayangkan dengan video Palestin takda makanan atau Somalia kurus kering baru rasa insaf.

Ambil kuih sepinggan. Takhabis. Dia ambil tisu, buang atas kuih tadi. Padahal kuih itu masih elok lagi. 

Ikutkan saya meniaga. Saya suka. Bila makanan tak cukup.  Ada tambahan sales. Tapi saya kesian kepada tuan rumah yang risau makanan tak cukup. Berubahlah. Berubah. Kalau kita buat macam tu kat orang. Time majlis kita nanti orang buat macam tu... kita pun sedih. 

Siang malam kita mintak doa murah rezeki.
Rezeki sampai kita pun buang.
Kenapa kita macam tu? Kenapa?

Tolonglah share. Dah lama menahan.

KERINDUAN MANUSIA

1:35:00 PTG 0
KERINDUAN MANUSIA
KERINDUAN MANUSIA

Ramai orang yang rindukan kasih sayang, tidak kunjung datang.
Ramai orang rindukan orang yang terpisah jauh mungkin ibu bapa sanak saudara tercinta.
Ramai orang rindukan kampung halaman tempat dilahirkan, sekarang dipisahkan oleh keadaan hidup.
Tempat tumpah darah, tempat bermain, zaman nostalgia yang tidak boleh dilupakan.
Ramai orang rindukan kekasih yang telah pergi yang tidak mungkin menemuinya lagi.
Ada orang rindukan kesenangan, kerana dia miskin papa dari warisan keluarga.
Macam mana agaknya rasa kesenangan itu?
Tidak kurang orang rindukan kawan-kawan sepersekolahan dan sepermainan.
Sekarang segala-galanya sudah terpisah oleh keadaan hidup.
Hanya tinggal kenangan lama.
Tidak kurang orang rindukan guru yang tersayang.
Yang telah banyak berjasa kepadanya.
Memberi didikan, memberi ilmu, memberi kasih sayang.
Setengah rindukan itu, mungkin juga satu hari akan tibanya masa menjadi kenyataan.
Sebahagian kerinduan tidak mungkin berjumpa kerana kematian orang yang dirindu.
Mungkin juga kerinduan yang dimimpikan menjelma datang tapi kecewa.
Orang yang dirindu itu rupanya orang yang tidak ada responnya lagi terhadapnya.
Aduh menderitanya jiwa.
Dari rindu bertukar kecewa.
Mungkin juga dari rindu bertukar benci.
Begitulah sifat rindu tidak semuanya dapat diisi.
Tapi malang sekali jarang sekali orang rindu dengan Tuhan penciptanya.
Tuhan yang memberi oksijen yang membolehkan dia hidup.
Tuhan yang memberi ibu dan ayah tempat bermanja.
Memberi guru dapat ilmu.
Tuhan yang memberi suami isteri tempat berhibur.
Rupanya manusia ramai yang terjebak dengan kerinduan murahan, adakalanya menyeksakan.
Jarang sekali orang rindukan Tuhan yang hakiki, kekal abadi memberi kebahagiaan sejati.

Selepas zohor
13.06.2004

KONSEP IBADAH SUDAH TERPESONG DARIPADA MAKNA ASALNYA

1:33:00 PTG 0
KONSEP IBADAH SUDAH TERPESONG DARIPADA MAKNA ASALNYA
KONSEP IBADAH SUDAH TERPESONG DARIPADA MAKNA ASALNYA

Konsep ibadah sudah terpesong daripada makna asalnya.
Tujuan ibadah terutama sembahyang hendak menebalkan rasa kehambaan.
Ibadah dibangunkan supaya subur rasa rendah diri, takut, malu, rasa bertuhan, rasa lemah, harap, rasa diawasi, rasa dikuasai, rasa hina, rasa dilihat, rasa didengar.
Apa yang telah disebutkan tadi sebahagian sifat-sifat kehambaan.
Kalau dari perbuatan ibadah tidak lahir rasa kehambaan.
Bilakah lagi seorang hamba hendak merasa perasaan hamba di dalam jiwa?
Di masa berniaga, di masa bertani, di masa pejabat, di masa berjalan
sudah tentu tidak mungkin dapat menajamkan rasa kehambaan.
Jika ibadah tidak menyuburkan rasa kehambaan, ibadah tidak akan memberi kesan.
Ibadah yang tidak berkesan tidak akan melahirkan akhlak yang mulia
sekalipun banyak ibadahnya.
Ibadah yang tidak berkesan tidak akan merubah perangai buruk kepada baik.
Mengapa ibadah tidak berkesan?
Ada beberapa sebab di antaranya ibadah itu tidak dihayati makna dan perbuatannya.
Hanya jadi latihan fizikal sahaja.
Ibadah itu dibuat dengan tujuan pahala atau fadhilat, kerana Syurga takut Neraka.
Bukan tujuan mengabdikan diri kepada Tuhan sebagai seorang hamba.
Tidak hairanlah orang yang beribadah masih mengumpat, menipu, rasuah, menghina, pemarah, hasad dengki, tamak, bakhil, tidak sabar, tidak berkasih sayang, tidak redha, tidak pemaaf dan lain-lainnya.
Ada lagi cara Tuhan hendak merasakan hamba itu rasa kehambaan.
Iaitu ujian-ujian yang berbagai-bagai bentuk dan ragam.
Di antaranya sakit, miskin, bencana alam, orang benci, harta kena curi dan lain-lain lagi.
Supaya hamba itu rasa lemahnya diri, tidak ada kuasa, tidak mampu menolak yang dibencinya.
Tidak mampu menolak takdir Tuhan.
Terasalah Tuhan itu Maha Berkuasa, Maha Hebat yang patut ditakuti.
Tapi dari ujian yang bermacam-macam ragam tidak melahirkan sifat hamba? Mengapa?
Kerana tidak kenal Tuhan, tidak kenal peranan Tuhan.
Tidak ada ilmu tentang Tuhan, tidak tahu hikmahnya perbuatan Tuhan.
Maka sebab itulah daripada ujian boleh tidak mampu bersikap seorang hamba.
Ibadah pun tidak memberi kesan yang positif kepada peribadi.
Ujian pun demikian juga tidak mendidik manusia.
Kerana kedua-dua aspek tadi sudah disalah erti.
Ibadah dengan tujuan melahirkan rasa kehambaan bukan untuk mendapat pahala.
Ujian dengan tujuan didikan dan keinsafan bukan untuk kecelakaan.

Menjelang tidur
14.06.2004