KERINDUAN MANUSIA - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 27 November 2018

KERINDUAN MANUSIA

KERINDUAN MANUSIA

Ramai orang yang rindukan kasih sayang, tidak kunjung datang.
Ramai orang rindukan orang yang terpisah jauh mungkin ibu bapa sanak saudara tercinta.
Ramai orang rindukan kampung halaman tempat dilahirkan, sekarang dipisahkan oleh keadaan hidup.
Tempat tumpah darah, tempat bermain, zaman nostalgia yang tidak boleh dilupakan.
Ramai orang rindukan kekasih yang telah pergi yang tidak mungkin menemuinya lagi.
Ada orang rindukan kesenangan, kerana dia miskin papa dari warisan keluarga.
Macam mana agaknya rasa kesenangan itu?
Tidak kurang orang rindukan kawan-kawan sepersekolahan dan sepermainan.
Sekarang segala-galanya sudah terpisah oleh keadaan hidup.
Hanya tinggal kenangan lama.
Tidak kurang orang rindukan guru yang tersayang.
Yang telah banyak berjasa kepadanya.
Memberi didikan, memberi ilmu, memberi kasih sayang.
Setengah rindukan itu, mungkin juga satu hari akan tibanya masa menjadi kenyataan.
Sebahagian kerinduan tidak mungkin berjumpa kerana kematian orang yang dirindu.
Mungkin juga kerinduan yang dimimpikan menjelma datang tapi kecewa.
Orang yang dirindu itu rupanya orang yang tidak ada responnya lagi terhadapnya.
Aduh menderitanya jiwa.
Dari rindu bertukar kecewa.
Mungkin juga dari rindu bertukar benci.
Begitulah sifat rindu tidak semuanya dapat diisi.
Tapi malang sekali jarang sekali orang rindu dengan Tuhan penciptanya.
Tuhan yang memberi oksijen yang membolehkan dia hidup.
Tuhan yang memberi ibu dan ayah tempat bermanja.
Memberi guru dapat ilmu.
Tuhan yang memberi suami isteri tempat berhibur.
Rupanya manusia ramai yang terjebak dengan kerinduan murahan, adakalanya menyeksakan.
Jarang sekali orang rindukan Tuhan yang hakiki, kekal abadi memberi kebahagiaan sejati.

Selepas zohor
13.06.2004

Tiada ulasan: