Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Khamis, 22 November 2018

BILA DIUJI ALLAH, JANGAN TANYA KENAPA

6:48:00 PG 0
BILA DIUJI ALLAH, JANGAN TANYA KENAPA
BILA DIUJI ALLAH, JANGAN TANYA KENAPA
Kisah Tuhan Menduga kita semua termasuk Hamka KeretaMayat.

(Sila sediakan sapu tangan sebelum air mata korang menitis membahasi pipi)

Aku selalu dapat soalan, kenapa nasib encik Hamka selalu baik? Sebab selalu nampak ceria di FB, cerita pulak selalu best best? Seperti Rumah tangga yang indah, kesihatan yang baik, buku yang selalu terbit, anak yang comel, pergi jalan sana sini, naik gunung tinggi-tinggi, melancong tempat best, buat kursus ramai peserta, duduk rumah sendiri bukan menyewa, cerita pulak selalu lawak dan macam macamlah, Apa rahsia?

Korang nak tahu Rahsia akan kenapa aku selalu bernasib baik?

Baik! Aku akan kongsi tip bagaimana nak sentiasa bernasib baik, baca sampai habis, tapi sebelum itu aku nak bagitahu kenapa aku kelihatan selalu bernasib baik di mata korang, nak tahu?

Sebab aku merahsiakan nasib yang tidak baik. Simple sahaja.

Aku ada kisah gelap, aku ada derita, aku ada menangis, aku ada medan kesedihan tersendiri, tapi aku tak cerita sebab bukan semua cerita boleh dikongsi lalu aku pendam sendiri.
Sesungguhnya, Internet ini adalah medan bersosial, ada orang berkongsi ilmu dan cerita yang indah sahaja, (aku lah tu) ada orang yang berkongsi kisah sedih dan tertindas, dan ada orang yang mengeluh dan pelbagai lagi. Terpulang.

Jadi hari ini, aku nak buat kelainan, sebab aku sudah sedia nak bercerita sedikit tentang kisah Tuhan menduga Hamka Keretamayat dan bagaimana aku hadapi ujian ini.

Alkisahnya, dua bulan lepas, kebimbangan aku menjadi kenyataan, dari dalam bilik doctor pakar, anak aku yang nombor lima, namanya Iman, di sahkan OKU oleh doctor pakar otak, dapat sahaja berita ini, aku tanya bini, “Awak okey tak?”

Bini aku tidak menangis, termenung sekejap dan berkata.

“Saya ingat pesan abang dalam buku yang abang tulis, bila Allah uji kita, jangan tanya KENAPA, sebab nanti dapat jawapan yang salah, ini adalah Special Request dari Allah

Perghh, aku pulak yang terharu dengar jawapan bini, aku peluk dia dengan erat, dalam hati aku berkata: betul, jangan pernah tanya soalan KENAPA Allah Uji kita, sebab nanti akan dapat jawapan yang salah.

Contoh bila kita tanya: Kenapa saya yang di uji? Kenapa anak saya OKU, apa dosa saya? Tuhan tak sayang saya ke?

Tengok?!, dah bermula jawapan yang salah bermain di kepala.

Jadi jangan pernah tanya KENAPA kepada Allah dalam masalah kita, sebab dulu sewaktu Allah cipta manusia, malaikat pun bertanya KENAPA Allah cipta makhluk yang akan menumpahkan darah? Lalu Allah tegur: Aku lebih Mengetahui!

Maka samalah ujian yang menimpa hidup kita, jangan tanya KENAPA saya diuji sebegini rupa sebab Allah Maha Mengetahui, jadi nak tanya soalan apa?

Jawapan yang betul, tanyalah BAGAIMANA.

Tanya diri, Tanya Allah:, BAGAIMANA dengan nikmat yang ada, saya nak Syukuri ujian ini.

Perghhhhh!

Aku ulang.

Tanya diri, Tanya Allah:, BAGAIMANA dengan nikmat yang ada, saya nak Syukuri ujian ini.

Jadi jawab Puan bini:

“Abang, sekarang mari kita fikir, BAGAIMANA dengan nikmat yang ada, kita dapat Syukuri ujian ini!”

Lalu kamipun mulai mendapat jawapan yang betul, pertama tama, Allah uji sebab kami mampu hadapi ujian ini, dan pada masa yang sama Allah masih banyak bagi nikmat lain sebagai bahan untuk kami hadapi Special Request from God,

Alhamdulillah OKU berlaku pada anak bungsu, aku ada empat anak lagi yang normal, pandai, kacak dan cantik, Jadi aku akan gunakan abang dan kakak si adik OKU untuk bantu masalah ini. Jika aku mati, InsyaAllah, adik Iman masih ada abang dan kakak yang normal untuk bantu dia.

Selain itu, semua tahu, kos rawat anak OKU agak mahal, maka mungkin nanti Allah akan bagi rezeki yang tidak di sangka sangka, InsyaAllah. Mungkin buku akan bertambah laris, jemputan berceramah akan selalu kerap, dan pelbagai projek akan datang kita semua mana tahu? Sangka baik pada Allah.

Inilah special request from God!

'Special Request' bermaksud:-

Janganlah kita mengaku beriman sebelum kita di uji, Dan kerana itu Allah menguji kita, kerana Allah sayang pada kita, kerana kita ‘special’ dan kerana itu ‘request’ di sini adalah sabar, redha, baik sangka dan yang semakna dengannya kerana apabila beginilah caranya Allah hendak selamatkan kita dari azab api neraka yang panas membara dan apabila beginilah caranya untuk Allah masukkan kita ke dalam syurga yang kekal abadi, bukankah penderitaan dan request ini menjadi indah dan special?

Mungkin kerana itu para Sahabat dan ulamak rasa 'Special’ apabila di uji atau menderita kerana faham hakikat ini.

Perghhh!

Pada masa yang sama, ingat pesan nabi suruh tengok orang bawah waktu susah, so baru-baru ni di Majalah tiga, tengok anak OKU orang lain yang jauh lagi menderita berbanding anak aku, ada yang terbaring, berlampin, tak boleh bercakap, dan macam-macam lagi. Sungguh tinggi Special Request from God to them!

Lantas aku teringat sorang makcik dalam TV dulu-dulu waktu jaga anak OKU yang terbaring lumpuh tak boleh berkata kata, makcik ini sudahlah miskin, suaminya juga lumpuh, dan semua anaknya OKU hingga tak kenal siapa mak dia. Makan bersuap, mandi dan bersihakan najis, semua maknya yang urus.

Waktu wartawan ada bertanya soalan: “Apa harapan makcik pada anak?” Sebab anak makcik tu dah besar, umur 20-an, tapi masih lumpuh, berak kencing masih di jaga mak, dan si anak masih belum boleh bercakap, jawapan makcik ni buat air mata lelaki aku tumpah.

Kata makcik tu..

“Harapan makcik..., makcik nak jaga dia sepanjang hidup makcik, dan sebelum makcik mati, makcik harap sangat dapat dengar walau sekali dari mulut dia, anak ini panggil makcik .. emak..”

Makcik tu menangis kesat air mata dengan hujung baju, aku pun menangis jugak sebab aku rasa sampai ke matipun makcik tu tak akan dapat nikmat anak mengenali beliau dan dapat memanggil “Mak” walau sekali seumur hidup. Oh…, 
siapa yang potong bawang ni? Sob..sob…

Sesungguhnya, Makcik tu jauh lebih mulia dari aku sebab ujian dia lebih besar dari aku, Special Request dia lebih Special! anak aku walaupun OKU, masih kenal siapa ayah dan ibunya, boleh panggil nama ayah bila dia ada masalah. Sob..sob.. tapi makcik?

Bertabahlah makcik, walaupun ujian makcik jauh lebih besar dari saya, pun masih ada orang yang jauh lebih menderita dari makcik iaitu si anak syurga makcik sendiri sebab dia juga ada roh dan perasaan, dia juga sedang menderita sebab dialah pejuang sebenar di medan derita, makcik hanya membantu perwira yang sedang berjuang seberat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul,

Dan yakinlah makcik suatu hari nanti, anak Syurga Makcik akan jerit nama makcik di pintu syurga, beliau akan jerit dengan suara yang indah, wajah yang indah, pakaian yang indah.

Makcik mungkin tak kenal dia dalam syurga, lalu anak makcik menyanyi lagu Eric Clapton yang bertajuk Tears In Heaven. (Air mata dalam Syurga)

“Would you know my nameeeeee, If I saw you in heavennnnn?”

(Kenalkah kamu akan diri ini, jika aku ternampakmu di syurga?)

Ya, makcik, itulah anak makcik yang jauh lebih hensem dari Eric Clapton! Peluklah dia dipintu syurga dan bahagialah makcik selamanya!

Tahniah sebab lulus ujian menjaga anak OKU di dunia yang sementara, tahniah!

Ok, Aku sapu air mata kejap, dan anak lain datang bertanya:

“Ayah, kenapa adik Iman ayah cakap anak syurga, kami ni bukan anak syurga ke?”

Oh, anak, Iman anak syurga sebab dia OKU, tiada dosa untuk dia, dan bila adik Iman meninggal dunia kelak, dia akan terus masuk syurga, jadi syukur Alhamdulillah ayah ada anak syurga, mudah mudahan adik Iman akan dapat tarik ayah yang banyak dosa ini ke syurga dengan lebih cepat.

“Jadi kami ini belum tentu ke syurga?”

Anakku, jika kamu besar nanti jadi orang baik, akan tetap jadi anak syurga ayah, tapi sebab kamu semua bukan OKU, maka dosa pahala akan di kira. Maka berbuat baiklah kerana Allah Maha Adil.

“Best lah ayah ada anak OKU”

Eh? Korangpun best sebab ada adik Syurga, jika korang tunaikan hak adik Iman, Insyaallah, Adik Iman akan turut sama tarik abang dan kakaknya ke Syurga.

“Wah, bestnya, nak pergi layan adik syurga dengan baik sekarang!”

Lalu anak aku yang lain memeluk adik Iman yang OKU, bermain bersama dan sentiasa mengalah dan selalu tunaikan hak kasih sayang dari abang dan kakak kepada adik Iman.

Aku dan Puan bini perhati dari jauh, air mata kami tumpah dalam kesyukuran, InsyaAllah jika kami mati, abang dan kakak adik Iman ada, dan yang paling penting, Allah ada dan Dia sentiada Ada.

Terima kasih Allah atas segala ujian.

Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kami, alangkah ringan-nya penderitaan ini...

Dan apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kami dari azab api nereka dan masukkan kami ke dalam syurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini.

Terima kasih Allah atas nikmat mendapat anak Syurga.

Woha!

Ps: So kepada semua ibu bapa yang ada anak OKU, Please welcome me to the club. Thank you.

FB Hamka Mekar

MATI SANGAT MENYAKITKAN

6:43:00 PG 0
MATI SANGAT MENYAKITKAN
MATI SANGAT MENYAKITKAN

Ada orang menyangka mati itu senang.
Apabila mati kita ditanam kemudian jadi tanah habis cerita.
Yang susah hanya di dunia, apabila mati selesailah masalah.
Orang ini tak pernah belajar, dia anggap mati itu mudah.
Padahal kalau tidak ada iman, syariat diabaikan,mati sangat menyakitkan.
Dia akan menempuh 4 babak yang sangat menakutkan.
Kesakitan mati macam pukulan tiga ratus pedang yang tajam.
Di dalam kubur pula dipukul dan dibelasah oleh Mungkar Nakir sangat sakitnya.
Makin lama Kiamat lamalah masa menerima azab kubur.
Dia diazab tidak ada ringan-ringan.
Dipukul dipalu oleh malaikat amat ganasnya.
Terpekik terlolong tidak ada siapa yang menolongnya.
Di Padang Mahsyar dibiarkan beratus-ratus tahun.
Di dalam keadaan tidak berpakaian matahari di atas ubun amat panas.
Terlontar terbiar macam cacing kepanasan.
Tiada siapa yang menolongnya.
Masing-masing tidak mempeduli, masing-masing jaga diri.
Akhir sekali meniti sirotolmustaqim.
Kemudian berguguranlah ke dalam api.
Di dalam Neraka yang panas dirantai, dipukul, dibelenggu.
Makan buah zaqum yang panas.
Dengan bau busuknya kalau terbau oleh makhluk dunia 
semuanya mati.
Di dalam Neraka kekal abadi tidak diukur oleh masa lagi.
Marilah kita insaf dengan cerita ini marilah kita menyiapkan diri.
Agar kita selamat dengan penderitaan yang diceritakan tadi.

16.12.2002

BACA SURAH AL FATIHAH 41 KALI UNTUK MEMOHON HAJAT

1:00:00 PG 0
BACA SURAH AL FATIHAH 41 KALI UNTUK MEMOHON HAJAT

Surah Al Fatihah adalah surah pertama dalam al Quran. Al Fatihah maksudnya pembukaan iaitu surah pembukaan dalam kita suci tersebut. Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat. Al-Fatihah merupakan surah yang pertama-tama diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada dalam Al-Qur’an.

Surah ini disebut Al-Fatihah (Pembukaan), kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran.  Dinamakan Ummul Qur’an atau Ummul Kitab kerana dia merupakan induk dari semua isi Al-Quran. Dinamakan pula As Sab’ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang) kerana jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat.

Saya ada banyak menulis tentang fadhilat membaca surah al Fatihah, antaranya:

Baca Surah Al Fatihah 41 Kali Untuk Memohon Hajat

Cara Membaca Al Fatihah Untuk Memohon Hajat. Sheikh Mahayuddin bin Al Arabi Khadas-Allah Serah berkata;

Sesiapa yang ada hajat, hendaklah ia membaca surah al Fatihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang Maghrib. Jangan bergerak dari tempat duduknya hingga selesai membaca al Fatihah 41 kali yang disebutkan di atas. Setelah itu berdoalah kepada Allah akan hajat yang dikehendaki. Iaitu hajat yang baik-baik. Insyaa Allah dikabulkan doanya. Amalan ini terbukti kemujarabannya, dengan izin Allah jua.

cara baca al fatihah


Semoga perkongsian tentang cara membaca surah al Fatihah untuk memohon hajat dapat memberi manfaat kepada semua. Sumber: soyalemon

Ramai Yang Tidak Tahu. Sebenarnya Allah Menjawab Setiap Ayat Dalam Alfatihah Ketika Kita Membacanya. Baca Untuk Lihat Jawapan Tersebut

Banyak sekali orang yang cara membacanya tegesa-gesa tanpa spasi, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan shalatnya. Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah tersebut, ALLAH menjawab setiap ucapan kita. Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah Subhanahu Wata’ala ber-Firman: “Aku membagi shalat menjadi dua bagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku.”

Artinya, tiga ayat di atas Iyyaka Na’budu Wa iyyaka nasta’in adalah Hak Allah, dan tiga ayat kebawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

Ketika Kita mengucapkan “Alhamdulillahi Rabbil ‘alamin” (Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ) . Allah menjawab: “Hamba-Ku telah memuji-Ku.”

Ketika kita mengucapkan “Ar-Rahmanir-Ra him” (Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani) , Allah menjawab: “Hamba-Ku telah mengaagungkan-K u.”.

Ketika kita mengucapkan “Maliki yaumiddin” (Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)), Allah menjawab: “Hamba-Ku memuja-Ku.”

Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in” (Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan) , Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku.”

Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”(Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.)  Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.” (HR. Muslim dan At-Tirmidzi)

Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat. Rasakanlah jawaban indah dari Allah karena Allah sedang menjawab ucapan kita. Selanjutnya kita ucapkan “Aamiin” dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita. Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.” (HR.Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Wallahualam..

Sabda Rasulullah SAW

“Barang siapa Menunjukkan kepada Kebaikan. Maka ia memperoleh Pahala yang sama seperti yang melakukan atau mengamalkan Kebaikan itu.” (HR. Muslim, Abu Dawud dan At-Tirmidzi)


Credit: facebook Prof. Dr. Muhaya

Featured image sekadar gambar