Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Rabu, 21 November 2018

KENAPA MANUSIA MENJERIT-JERIT MASA MARAH?

5:25:00 PTG 0
KENAPA MANUSIA MENJERIT-JERIT MASA MARAH?


Seorang Syeikh berjalan dengan muridnya. Mereka melihat ada sebuah keluarga yang sedang bertengkar dan saling berteriak. 


Syeikh tersebut berpaling kepada muridnya dan bertanya: 

"Mengapa orang saling berteriak jika mereka sedang marah?".


Salah seorang murid menjawab: 

"Kerana kehilangan sabar sebab itulah mereka  berteriak."


"Tetapi, mengapa harus berteriak kepada orang yang berada di sebelahnya? Bukankah pesan yang disampaikan boleh diucapkan dengan perlahan sahaja?"; Syeikh bertanya menguji murid2nya.


Murid2nya pun saling memberikan jawapan, namun tidak satupun jawapan yang mereka sepakati.


Akhirnya Syeikh berkata: "Bila dua orang sedang marah, ketahuilah hati mereka saling berjauhan. Untuk dapat menempuh jarak yang jauh itu, mereka mesti berteriak agar perkataannya dapat didengar. Semakin marah, maka akan semakin kuat teriakannya kerana jarak kedua hati semakin jauh".  


"Begitu juga sebaliknya, disaat kedua insan saling jatuh cinta. Mereka tidak berteriak antara satu dengan yang lain. Mereka berbicara lembut kerana hati mereka berdekatan. Jarak antara kedua hati tersangat dekat."


"Bila mereka semakin lagi saling mencintai, apa yang terjadi? Mereka tidak lagi berbicara. Mereka hanya berbisik dan saling merapati dalam kasih sayang. Akhirnya , mereka bahkan tidak perlu lagi berbisik; cukup hanya dengan saling memandang. Itu saja. Sedekat itulah dua insan yang saling mengasihi."


Syeikh memandang muridnya dan mengingatkan dengan lembut.

"Jika terjadi pertengkaran diantara kalian, jangan biarkan hati kalian berjauhan. Jangan ucapkan perkataan yang membuat hati kian menjauh. Kerana jika kita biarkan, suatu hari nanti jaraknya tidak akan lagi boleh ditempuh"!


Semoga bermanafaat.

7 SUNNAH HEBAT

5:21:00 PTG 0
7 SUNNAH HEBAT

By *Ustaz Don Daniyal

🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


🌝 *Pertama*:

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


🌝 *Kedua*:

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.


🌝 *Ketiga*:

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


🌝 *Keempat*:

Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.


🌝 *Kelima*:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.


🌝 *Keenam*:

Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.


🌝 *Ketujuh*:

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.



Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. *Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..*


بارك الله فيكم..

Selasa, 20 November 2018

MENGENAL AKHLAK JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW ﷺ

12:27:00 PG 0
MENGENAL AKHLAK JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW ﷺ

١. Baginda selalu diam.


٢. Berbicara ketika perlu.


٣. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .


٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.


٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله  swt).


٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.


٧. Berfikir terus-menerus.


٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.


٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.


١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.


١١ . Marah bukan kerana nafsu.


١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.


١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.


١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.


١٥ . Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.


١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.


١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada.


١٨ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله  swt.


١٩ . Apabila menghadapi dua  perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.


٢٠ . Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.


٢١ . Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.


٢٢ . Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.


٢٣ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.


٢٤ . Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.


٢٥ . Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.


٢٦ . Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.


٢٧ . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.


٢٨ . Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.


٢٩ . Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.


٣٠ . Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.


٣١ . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan di kalangan mereka.


٣٢ . Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.


٣٣ . Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.


٣٤ . Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.


٣٥ . Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.


٣٦ . Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan orang asing.


٣٧ . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau pun berdiri.


٣٨ . Paling berlapang dada.


٣٩ . Paling tepat dalam berbicara.


٤٠ . Paling halus keperibadiannya.


٤١ . Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.


*Catatan FB Ustaz Iqbal Zain*


*(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)*


*Salam Maulidur Rasul 1440H*


*Jom perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw...*


*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*