Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Jumaat, 17 Ogos 2018

ISTIMEWANYA HARI JUMAAT

7:44:00 PTG 0
ISTIMEWANYA HARI JUMAAT

ISTIMEWANYA HARI JUMAAT
Di antara keistimewaan Hari Jumaat (penghulu segala hari) yang disebutkan Nabi صلى الله عليه وسلم adalah:

1. لا تَطْلُعُ الشَّمْسُ وَلا تَغْرُبُ عَلَى يَوْمٍ أَفْضَلَ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ

“Tidaklah matahari terbit dan tenggelam pada suatu hari yang lebih utama dari hari Jumaat.” - (HR. Ahmad, ‘Abdur Rozaq, Ibnu Hibban, Al Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan dalam Shahih At Targib wa At Tarhib bahwa hadits ini hasan)

2. خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا وَلاَ تَقُومُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ

“Hari yang baik saat terbitnya matahari adalah pada hari Jumaat. Hari tersebut adalah hari diciptakannya Adam, hari ketika Adam dimasukkan ke dalam syurga dan hari ketika Adam dikeluarkan dari syurga. Hari qiamat tidaklah terjadi kecuali pada hari Jumaat”. - (HR. Muslim)

3. Hari Jumaat juga adalah hari raya bagi kaum muslimin setiap minggu. Dari Anas bin Malik, Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bertanya kepada Jibril, “Hari apa ini?”. Jibril pun menjawab;

هَذِهِ الجُمُعَةُ جَعَلَهَا اللهُ عِيْدًا لَكَ وَلِأُمَّتِكَ

“Hari ini adalah hari Jumaag yang Allah jadikannya sebagai ‘ied (hari raya) bagimu dan umatmu.” - (Diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya. Hasan)

4. Dari Abu Sa’id Al Khudri, Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda,

إن من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة أضاء له من النور ما بين الجمعتين

“Barangsiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, maka ia akan disinari oleh cahaya di antara dua jumaat”. - (HR. Hakim. Beliau mengatakan bahwa sanad hadith ini sahih)

5. Dari Abu Hurairah, Rasulullah صلى الله عليه وسلم membicarakan mengenai hari Jumaat lalu baginda bersabda;

فِيهِ سَاعَةٌ لاَ يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ ، وَهْوَ قَائِمٌ يُصَلِّى ، يَسْأَلُ اللَّهَ تَعَالَى شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ

“Di dalamnya terdapat waktu. Jika seorang muslim berdoa ketika itu, pasti diberikan apa yang ia minta” Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya tentang pendeknya waktu tersebut". - (HR. Bukhari Muslim)

Ini hanya merupakan sebahagian daripada keistimewaan-keistimewaan yang Allah berikan kepada umat Muhammad berkenaan hari jumaat.

والله أعلم

Page Jalan-Jalan Cari Ilmu

JANJI

7:43:00 PTG 0
JANJI

JANJI
Jika seseorang janji untuk datang berjumpa kita pada jam 9 pagi, tapi dia tidak muncul setelah waktunya,  maka ada beberapa keadaan yang boleh kita simpulkan.

Jika dia memang tidak mahu datang tapi sekadar berjanji, maka dia penipu ataupun pembohong.

Jika dia masih dalam perjalanan menuju ke tempat kita tapi terlewat disebabkan faktor-faktor yang memang wujud seperti kesesakan jalan, ataupun kemalangan ataupun tersilap jalan, maka kita tidak menganggapnya penipu. Kita boleh panggil dia seorang yang gagal merancang dengan baik, ataupun tidak berhati-hati, ataupun tidak teliti semasa menetapkan pendetilan janji. Ringkasnya, dia gagal menunaikan janji pada waktu yang dijanjikan tapi tidak dianggap mungkir janji selagi dia kelihatan jelas masih berusaha untuk menunaikannya.

Namun, jika dia gagal menunaikan pada waktu yang ditetapkan, kemudian tidak bersungguh-sungguh untuk segera melangsaikannya, maka dia seorang yang bermain-main dengan janji. Dia mendekati gelaran penipu melebihi gelaran seorang yang gagal menunaikannya pada waktu.

Maka, bukan semua yang tidak memenuhi janji itu sama taraf mereka. Namun, yang pasti pihak yang merosakkan amanah dengan mencuri harta kita ataupun harta negara memanglah pencuri lagi penipu. Sementara yang menyokong perbuatan itu dengan alasan yang palsu, ataupun bersahabat rapat tanpa membantah pihak terbabit itu, maka layaklah dia digelar pembelit dan penyokong penipuan.

FB Dr Maza

DOA MUSNAHKAN SEL BARAH KANSER

8:13:00 PG 0
DOA MUSNAHKAN SEL BARAH KANSER
DOA MUSNAHKAN SEL BARAH KANSER

Asslamualaikum wbt kpd semua dlm Grp Ini. Saya nak share amalan ex-staff saya seorang Cancer Survivor. Dia pernah kluar di WHI, TV 3 dulu. Di temuramah bersama2 dgn suami nya. Berkongsi  pengalaman mula2 di diagnosed, melalui Chemo, bedah, makanan sihat, follow-ups hingga di beritahu she is free fr cancer cells end last yr.    Now she is an active Volunteer kpd pesakit2 cancer/survivors.

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya. 

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah : 

1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x. 

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya. 

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70). 

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.