JANJI - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Jumaat, 17 Ogos 2018

JANJI


JANJI
Jika seseorang janji untuk datang berjumpa kita pada jam 9 pagi, tapi dia tidak muncul setelah waktunya,  maka ada beberapa keadaan yang boleh kita simpulkan.

Jika dia memang tidak mahu datang tapi sekadar berjanji, maka dia penipu ataupun pembohong.

Jika dia masih dalam perjalanan menuju ke tempat kita tapi terlewat disebabkan faktor-faktor yang memang wujud seperti kesesakan jalan, ataupun kemalangan ataupun tersilap jalan, maka kita tidak menganggapnya penipu. Kita boleh panggil dia seorang yang gagal merancang dengan baik, ataupun tidak berhati-hati, ataupun tidak teliti semasa menetapkan pendetilan janji. Ringkasnya, dia gagal menunaikan janji pada waktu yang dijanjikan tapi tidak dianggap mungkir janji selagi dia kelihatan jelas masih berusaha untuk menunaikannya.

Namun, jika dia gagal menunaikan pada waktu yang ditetapkan, kemudian tidak bersungguh-sungguh untuk segera melangsaikannya, maka dia seorang yang bermain-main dengan janji. Dia mendekati gelaran penipu melebihi gelaran seorang yang gagal menunaikannya pada waktu.

Maka, bukan semua yang tidak memenuhi janji itu sama taraf mereka. Namun, yang pasti pihak yang merosakkan amanah dengan mencuri harta kita ataupun harta negara memanglah pencuri lagi penipu. Sementara yang menyokong perbuatan itu dengan alasan yang palsu, ataupun bersahabat rapat tanpa membantah pihak terbabit itu, maka layaklah dia digelar pembelit dan penyokong penipuan.

FB Dr Maza

Tiada ulasan: