Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Jumaat, 17 Ogos 2018

JANJI

7:43:00 PTG 0
JANJI

JANJI
Jika seseorang janji untuk datang berjumpa kita pada jam 9 pagi, tapi dia tidak muncul setelah waktunya,  maka ada beberapa keadaan yang boleh kita simpulkan.

Jika dia memang tidak mahu datang tapi sekadar berjanji, maka dia penipu ataupun pembohong.

Jika dia masih dalam perjalanan menuju ke tempat kita tapi terlewat disebabkan faktor-faktor yang memang wujud seperti kesesakan jalan, ataupun kemalangan ataupun tersilap jalan, maka kita tidak menganggapnya penipu. Kita boleh panggil dia seorang yang gagal merancang dengan baik, ataupun tidak berhati-hati, ataupun tidak teliti semasa menetapkan pendetilan janji. Ringkasnya, dia gagal menunaikan janji pada waktu yang dijanjikan tapi tidak dianggap mungkir janji selagi dia kelihatan jelas masih berusaha untuk menunaikannya.

Namun, jika dia gagal menunaikan pada waktu yang ditetapkan, kemudian tidak bersungguh-sungguh untuk segera melangsaikannya, maka dia seorang yang bermain-main dengan janji. Dia mendekati gelaran penipu melebihi gelaran seorang yang gagal menunaikannya pada waktu.

Maka, bukan semua yang tidak memenuhi janji itu sama taraf mereka. Namun, yang pasti pihak yang merosakkan amanah dengan mencuri harta kita ataupun harta negara memanglah pencuri lagi penipu. Sementara yang menyokong perbuatan itu dengan alasan yang palsu, ataupun bersahabat rapat tanpa membantah pihak terbabit itu, maka layaklah dia digelar pembelit dan penyokong penipuan.

FB Dr Maza

DOA MUSNAHKAN SEL BARAH KANSER

8:13:00 PG 0
DOA MUSNAHKAN SEL BARAH KANSER
DOA MUSNAHKAN SEL BARAH KANSER

Asslamualaikum wbt kpd semua dlm Grp Ini. Saya nak share amalan ex-staff saya seorang Cancer Survivor. Dia pernah kluar di WHI, TV 3 dulu. Di temuramah bersama2 dgn suami nya. Berkongsi  pengalaman mula2 di diagnosed, melalui Chemo, bedah, makanan sihat, follow-ups hingga di beritahu she is free fr cancer cells end last yr.    Now she is an active Volunteer kpd pesakit2 cancer/survivors.

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya. 

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah : 

1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x. 

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya. 

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70). 

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

WATAK-WATAK SYAITAN TERHADAP MANUSIA

7:57:00 PG 0
WATAK-WATAK SYAITAN TERHADAP MANUSIA

WATAK-WATAK SYAITAN TERHADAP MANUSIA  .
1) Syaitan akn cuba merosakkan akidah dan tauhid yg benar.
Ini tujuan utama syaitan agar manusia sesat drpd kebenaran.

2) Syaitan akan mengikat setiap manusia ketika tidur dgn 3 ikatan.
Ini sebab yg mnyebabkan manusia berasa malas dan letih untuk bangun pagi bersolat subuh,tidak dapat bangun malam untuk tahajud. Orang yg tak dapat bangun malam adalah rugi.

3) Syaitan membawa mimpi2 negeri
Ia menjadikan manusia dalam keadaan sedih, mengikut2 emosi.

4) Syaitan ketawa apabila seseorang itu menguap
Ia adalah tanda kemalasan. Syaitan mungkin masuk ke dalam badan manusia ketika menguap apabila mulut tidak ditutup.

5) Syaitan juga bertenggek di atas batang hidung setiap manusia.
Sebab itu digalakkan membersihkan hidung kerana sabda nabi s.a.w bermaksud "Apabila seseorang kamu bangun drpd tidur maka bersihkanlah hidungnya 3 kali kerana syaitan bermalam di atas hidungnya".

6) Syaitan mewawaskan manusia.
Asalnya syaitam ingin merosakkan manusia tetapi jika manusia itu seorang mukmin, maka syaitan hanya mampu menimbulkan was2 dalam hatinya, Was2 paling utama ialah ketika solat.

7) Lupa adalah punca drpd syaitan.