Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 14 Ogos 2018

MELAYU KEMBALILAH KE JATIDIRI ISLAM

8:22:00 PG 0
MELAYU KEMBALILAH KE JATIDIRI ISLAM
MELAYU KEMBALILAH KE JATIDIRI ISLAM

YANG TERSURAT ADALAH ‘WAJAH’ MELAYUNYA,
YANG TERSIRAT ADALAH AJARAN ISLAMNYA

Orang Melayu kata biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.
Islam mengajar untuk memegang amanah rahsia.

Orang Melayu kata alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Islam mengajar untuk mengurus sesuatu perkara sesempurna mungkin.

Orang Melayu kata bapa borek anak rintik.
Islam mengajarkan bahawa anak umpama kain puteh, ibu bapanyalah yang mencorakkannya.

Orang Melayu kata melentur buluh biar dari rebung.
Islam mengajar kita untuk mendidik anak sedari umurnya kecil lagi

Orang Melayu kata jangan bercermin di air keruh.
Islam kata mengambil ilmu biarlah dari guru yang benar.

Orang Melayu kata bumi mana tidak ditimpa hujan.
Islam mengajar kita bahawa dunia ini ada masa Allah akan menguji hamba-hambaNya.

Orang Melayu kata habis akal baru bertawakal.
Islam mengajar kita untuk berikhtiar dahulu, kemudian baru bertawakal.

Orang Melayu kata meludah ke langit terkena muka sendiri.
Islam kata jgb buka 'aib orang.Hari ini kamu buka 'aib org, esok lusa Allah buka 'aib kamu

Orang Melayu kata cubit peha kiri peha kanan terasa.
Islam kata ummah itu spt sebadan, sakit satu anggota, sakit semua.

Orang Melayu kata ikut resmi padi, makin berisi semakin tunduk.
Islam kata semakin berilmu, semakin bertawadhu'.

Orang Melayu kata 'bagai menarik rambut di tepung, rambut dapat, tepung tidak berselerak".
Islam sangat menekankan perkara adab, akhlak dan hikmah.

Org Melayu kata biar lambat asal selamat.
Islam kata bersabar, di hujung kesabaran adalah kejayaan.

Orang Melayu kata sebab pulut santan binasa, sbb mulut badan merasa.
Islam kata berapa ramai orang yang binasa disebabkan lisannya.

Orang Melayu kata bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
Islam mengajar kelebihan mesyuarah dan muafakat.

Org Melayu kata yg berat sama dipikul, yg ringan sama dijinjing.
Islam sangat memberatkan semangat ukhwah dan tolong menolong dlm jemaah.

"Kembali Melayu pada jatidiri kemelayuannya, sebagai bangsa yang berjatidiri Islam"

Wallahu'alam..

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Isnin, 13 Ogos 2018

Islam akan disia-siakan ditangan 4 golongan.

11:11:00 PG 0
Islam akan disia-siakan ditangan 4 golongan.
Islam akan disia-siakan ditangan 4 golongan.

‎قال سيدي محمد بن الفضل رحمه الله :
Berkata Sayyidi Muhammad bin AlFadl rahimahullah;

‎ذهاب الإسلام من أربعة
Islam ini akan disia-siakan pada tangan 4 golongan;

‎لا يعملون بما يعلمون
1) Golongan yang tidak beramal dengan apa yang mereka punya Ilmu tentangnya

‎و يعملون بما لا يعلمون
2) Golongan yang beramal dengan sesuatu yang mereka tidak punya Ilmu tentangnya

‎و لا يتعلمون ما لا يعلمون
3) Golongan yang tidak mempelajari sesuatu yang mereka tidak ketahui

‎و يمنعون الناس من التعلم
4) dan golongan yang menghalang manusia untuk menuntut Ilmu.

Syaikh Zakariyya al-Ansori rahimahullah memberikan komentar tentang ucapan emas ini dengan menyebut bahawa keempat-empat golongan ini hakikatnya bergabung pada satu sifat iaitu MENGABAIKAN ILMU DAN AMAL.

Golongan pertama punya Ilmu tapi tidak beramal maka jelas mengabaikan Ilmu Dan Amal kerana faedah bagi Ilmu adalah Amal.

Golongan kedua beramal tanpa Ilmu maka amalnya sia-sia. Ini kerana dia mengabaikan Ilmu. Disebabkan mengabaikan Ilmu maka Amalnya juga sia-sia.

Golongan ketiga tidak berusaha mempelajari sesuatu yang mereka tidak ketahui. Maka sikap tidak mahu belajar ini mensia-siakan Ilmu dan tidak berilmu sekaligus akan mensia-siakan amal.

Golongan keempat sudahlah tidak berilmu dan beramal lebih berat daripada itu, mereka malah membenci dan menghalang manusia untuk belajar dan beramal.

Andai diperhatikan 3 Golongan pertama kesemuanya berkait dengan diri mereka sendiri, manakala golongan keempat lebih berat kerana ianya melibatkan diri sendiri dan orang lain. Sudahlah dirinya rosak , malah ingin merosakkan pula orang lain.

Oleh : Ustaz Jafri bin Abu Bakar Mahmoodi

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain

Ahad, 12 Ogos 2018

Apa Itu Dunia, Akhirat Dan Iman?

10:10:00 PTG 0
Apa Itu Dunia, Akhirat Dan Iman?
Apa Itu Dunia, Akhirat Dan Iman?
Seorang Sultan mengambil seorang Ustaz menjadi menterinya.
Maka diberi istana,
Gelaran, isteri yg cantik dan pelbagai kemewahan..!

Satu hari Sultan telah memanggil Menteri Agamanya dan bertanya

 TIGA soalan.
PERTAMA!
Apa itu Dunia..?
KEDUA!
Apa itu Akhirat..?
Dan KETIGA!
Apa itu Iman..?

Sultan hanya memerlukan jawapan yg tepat dan jitu saja.
Tak mahu syarahan yg panjang2.
Menteri Agama terpinga2 mencari jawapsn yang memuaskan hati Sultannya.

Sultan jadi murka dan memberi tempoh seminggu utk mencari jwpnnya.

Kemudian Sultan menghantar wakilnya kpd Menteri itu dan bagi titah bahawa segala kemewahan yg diberi akan dirampas jika gagal memberi jawapan yg dikehendaki.

Menteri jadi runsing yang amat sangat memikirkan akan kehilangan segala2nya jika gagal memberi jawapan.

Menteri dah tak dapat tidur,
makan pun tak lagi berselera,
Cakap pun dah lain sebutan.
Dia telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan tetapi gagal.

Akhirnya Menteri telah keluar dari istana untuk mencari orang yg boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yg dimilikinya.

Masa hampir tiba.

Menteri makin berserabut memikirkan akan kehilangan segalanya.
Sehari sebelum sampai tempoh masa tersebut,
Dia duduk termenung di bawah sepohon pokok besar mengenangkan nasibnya.

Sedang dia termenung,
Si Menteri tadi terpandang seorang tua yg sedang berkebun.

Bila matahari terik di kepala,
Org tua itu berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor.

Maka diajaknya si Menteri makan bersama.
Menteri yang kerunsingan memikirkan jawatan,
Istana dan kemewahan yg akan lesap tak langsung berselera nak makan lagi.

Org tua itu bertanya,
"Tuan, Nampak seperti ada masalah..?
Boleh hamba tolong..?"

Menteri pun memberitahu kisahnya dan soalan2 Sultan berserta syarat2nya kepada org tua yg baik hati tadi.

Soalan pertama,
Apakah itu dunia?

Maka dijawab org tua tadi..!
"Dunia ialah apa2 amalan yang kita buat untuk ditinggalkan.
Hal ini diketahui oleh hati masing2lah..!"

Soalan kedua,
Apakah itu akhirat?

Maka dijawab org tua tadi..!
"Akhirat ialah apa2 amalan yg kita buat untuk dibawa ke sana tanpa ada apa2 maksud dunia di dalamnya.
Ini pun diketahui oleh hati masing2lah..!"

Dan soalan ketiga, apakah itu iman?

Maka org tua itu pun bagi tahu,
"Akan aku bagitahu petang nanti selepas solat Asar!

Bila waktu Asar,
Mereka solat Asar bersama berjemaah dan selepas solat,
Si Menteri terus bertanya,
"Apa itu iman..?"

Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa2 makanan tengahari.

Org tua itu memberi syarat untuk memberi jawapan yang ketiga,
Dia mesti makan bersama anjing2 itu.

Si Menteri berfikir berkali2.
Makan dengan anjing ni najis berat.
Tak makan kang jawatan lesap,
Harta melayang,
Hidup susah dan melarat..!

Nak dapat kerja lain bukan senang sekarang ni.
Fikir punya fikir akhirnya si Menteri pun buat keputusan untuk makan bersama anjing2 itu..!

Apabila saja si Menteri duduk untuk makan bersama anjing2 itu,
Org tua tadi pun pegang kolar bajunya dan berkata,

"Wahai Tuan..!
Inilah Iman.
Bagi mereka yang ada iman,
Mereka sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan sanggup melanggar perintah Allah..!

Akan tetapi mereka yg tidak ada iman akan sanggup melanggar perintah Allah untuk selamatkan dunianya..!"