Islam akan disia-siakan ditangan 4 golongan. - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Isnin, 13 Ogos 2018

Islam akan disia-siakan ditangan 4 golongan.

Islam akan disia-siakan ditangan 4 golongan.

‎قال سيدي محمد بن الفضل رحمه الله :
Berkata Sayyidi Muhammad bin AlFadl rahimahullah;

‎ذهاب الإسلام من أربعة
Islam ini akan disia-siakan pada tangan 4 golongan;

‎لا يعملون بما يعلمون
1) Golongan yang tidak beramal dengan apa yang mereka punya Ilmu tentangnya

‎و يعملون بما لا يعلمون
2) Golongan yang beramal dengan sesuatu yang mereka tidak punya Ilmu tentangnya

‎و لا يتعلمون ما لا يعلمون
3) Golongan yang tidak mempelajari sesuatu yang mereka tidak ketahui

‎و يمنعون الناس من التعلم
4) dan golongan yang menghalang manusia untuk menuntut Ilmu.

Syaikh Zakariyya al-Ansori rahimahullah memberikan komentar tentang ucapan emas ini dengan menyebut bahawa keempat-empat golongan ini hakikatnya bergabung pada satu sifat iaitu MENGABAIKAN ILMU DAN AMAL.

Golongan pertama punya Ilmu tapi tidak beramal maka jelas mengabaikan Ilmu Dan Amal kerana faedah bagi Ilmu adalah Amal.

Golongan kedua beramal tanpa Ilmu maka amalnya sia-sia. Ini kerana dia mengabaikan Ilmu. Disebabkan mengabaikan Ilmu maka Amalnya juga sia-sia.

Golongan ketiga tidak berusaha mempelajari sesuatu yang mereka tidak ketahui. Maka sikap tidak mahu belajar ini mensia-siakan Ilmu dan tidak berilmu sekaligus akan mensia-siakan amal.

Golongan keempat sudahlah tidak berilmu dan beramal lebih berat daripada itu, mereka malah membenci dan menghalang manusia untuk belajar dan beramal.

Andai diperhatikan 3 Golongan pertama kesemuanya berkait dengan diri mereka sendiri, manakala golongan keempat lebih berat kerana ianya melibatkan diri sendiri dan orang lain. Sudahlah dirinya rosak , malah ingin merosakkan pula orang lain.

Oleh : Ustaz Jafri bin Abu Bakar Mahmoodi

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain

Tiada ulasan: