Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Rabu, 18 Julai 2018

HEBATNYA DOA DUDUK ANTARA DUA SUJUD

9:41:00 PTG 0
HEBATNYA DOA DUDUK ANTARA DUA SUJUD
HEBATNYA DOA DUDUK ANTARA DUA SUJUD


▪️ ROBIGHFIRLII
▪️ WARHAMNII
▪️ WAJBURNII
▪️ WARFA'NII
▪️ WARZUQNII
▪️ WAHDINII
▪️ WA'AAFINII
▪️ WA'FUANNII

Ketika  orang ditanya : “Do’a apakah yang  paling  kerap  dibaca oleh orang islam ?” Banyak  yang  menjawabnya dengan salah. Begitu kerap do’a itu dibaca,  hingga ketika sedang membaca do’a tersebut, banyak antara kita yang tak merasa  sedang membaca DOA tersebut. Padahal  do’a itu sangatlah hebat, merangkumi  keperluan kita di dunia dan akhirat. Dan dibaca minimum 17 kali setiap hari.

Do’a itu, ialah do’a diantara dua sujud, marilah kita hayati dan fahami maknanya :

▪️ ROBBIGHFIRLII:
Wahai Tuhan ampunilah dosaku, dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke ridhaan اللّهُ. Dosa  adalah  kotoran hati yang mem-buat  hati  gelap,  sehingga  hati kita merasa  berat sekali untuk melakukan kebaikan.

▪️ WARRHAMNII:
Sayangilah diriku, kalau kita disayang اللّه  hidup akan terasa tenang, karena dengan kasih sayang-Nya akan dapat dicapai semua cita-cita. Dengan kasih sayang اللّه nafsu kita akan terbimbing dan terdidik.

▪️ WAJBURNII:
Tutup lah  segala  kekuranganku, banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur,  kurang  sabar,  kurang  menerima kenyataan, mudah marah, pendendam  dan  lainnya. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki اللّهُ, maka  kita  akan  menjadi  manusia sebenarnya.

▪️ WARFA'NII:
Tinggikanlah darjatku, kalau اللّه sudah  meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada  manusia atau makhluk yang boleh menghinakan kita.

▪️ WARZUQNII:
Berikanlah  aku  rezki, sebagai hamba اللّهُ kita  memerlukan rezki, اللّه mampu mendatangkan rezki dari jalan yang tak disangka dan tidak ternilai banyaknya.

▪️ WAHDINII:
Berikanlah  aku petunjuk/bimbinglah aku  ke jalan yang benar. Kita bukan hanya  minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan agama. Tetapi kita juga  minta  petunjuk  agar terhindar dari  mengambil  keputusan  yang di anggap salah.

▪️ WA'AAFINII:
Berikan lah  aku  kesihatan,  apabila kita sihat, kita dapat menambah kebaikan  dan  manfaat serta kita tidak menjadi beban kepada orang lain.

▪️ WA'FUANNII:
Aku mohon agar kesalahanku dihapus dari catatan.

Dari do'a tersebut Dimulakan dan Diakhiri dengan mohon keampunan dari الله sehingga kita benar2 bersih dari dosa.

Allah SWT memerintahkan kita untuk membaca doa tersebut,  Rasulullah  SAW  mencontohkan  kepada kita, menurut logiknya  do’a tersebut pasti terkabul dan diterima oleh Allah SWT.

         ".... Amin ....."

Terkadang  yang menjadi persoalan, dimana  hati dan fikiran kita, ketika kita membaca do’a itu dan kita tidak hafal arti serta maknanya.? Padahal  do'a tersebut sangat hebat,dan masih banyak orang sering terburu-buru  yang  sepatutnya perlu tuma'ninah dengan  menghayati  benar-benar meminta kepada Allah SWT.

Jika Baik dan Benar Panjang2 kan
             SEMOGA
         BERMANFAAT

(Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)

Rabu, 11 Julai 2018

LGBT: ANTARA LARANGAN TUHAN DAN HAK KEMANUSIAAN

10:46:00 PTG 1
LGBT: ANTARA  LARANGAN TUHAN DAN HAK KEMANUSIAAN

LGBT: ANTARA  LARANGAN TUHAN DAN HAK KEMANUSIAAN
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Isu LGBT telah menarik perhatian rakyat Malaysia. Ia mungkin satu pengalaman baru bagi sesetengah pihak khususnya masyarakat yang kurang terdedah kepada berita dunia luar yang semakin rencam. Namun, di Barat, isu tuntutan hak golongan LGBT bukan lagi sesuai yang baru. Jumlah golongan ini dan kadar simpati kepada golongan ini juga meningkat. Dunia teknologi maklumat yang begitu pantas menjadikan pelbagai budaya dan amalan di tempat yang berbeza hadir ke tempat lain dengan pantasnya. Silang budaya dan cara fikir telah membentuk dunia yang baharu. Siapa yang lebih dominan, dia akan menguasai kempen budaya dan pemikiran. Akhirnya, diangkat slogan dan laungan mereka. Maka, janganlah hairan jika banyak isu-isu baharu yang dahulunya ganjil tetapi hari ini menjadi sebahagian dari isu penting yang kita wajar menanganinya.

Bagi muslim dan juga non-muslim, di sini saya ingin menyebut beberapa perkara berkaitan sikap Islam terhadap golongan LGBT ini untuk difahami;

1. Hubungan seks dengan jantina sejenis menyanggahi fitrah (natural disposition) dan agama yang lurus (dalam konteks ini, Islam). Namun begitu, Islam tidak membenarkan kita menuduh seseorang melakukan hubungan seks yang salah seperti menuduh perbuatan homoseksual atau zina. Bahkan kita disuruh mengelakkan dari menerima pengakuan perlakuan seks yang tidak mengikut peraturan yang sah. Ini kerana Islam tidak suka hal seperti ini dihebohkan. Al-Imam Muslim meriwayatkan dalam sahihnya:

أَنَّ مَاعِزَ بْنَ مَالِكٍ الْأَسْلَمِيَّ، أَتَى رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنِّي قَدْ ظَلَمْتُ نَفْسِي، وَزَنَيْتُ، وَإِنِّي أُرِيدُ أَنْ تُطَهِّرَنِي، فَرَدَّهُ، فَلَمَّا كَانَ مِنَ الْغَدِ أَتَاهُ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنِّي قَدْ زَنَيْتُ، فَرَدَّهُ الثَّانِيَةَ، فَأَرْسَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى قَوْمِهِ، فَقَالَ: «أَتَعْلَمُونَ بِعَقْلِهِ بَأْسًا، تُنْكِرُونَ مِنْهُ شَيْئًا؟» فَقَالُوا: مَا نَعْلَمُهُ إِلَّا وَفِيَّ الْعَقْلِ مِنْ صَالِحِينَا فِيمَا نُرَى، فَأَتَاهُ الثَّالِثَةَ، فَأَرْسَلَ إِلَيْهِمْ أَيْضًا فَسَأَلَ عَنْهُ، فَأَخْبَرُوهُ أَنَّهُ لَا بَأْسَ بِهِ، وَلَا بِعَقْلِهِ
Sesungguhnya Maiz bin Malik al-Aslami datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Aku telah menzalimi diriku sendiri. Aku telah berzina. Aku mahu engkau membersihkan daku. Rasulullah s.a.w menolak pengakuannya. Keesokannya dia datang lagi dan berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah berzina.” Baginda menolak pengakuannya kali kedua. Rasulullah s.a.w menghantar wakil ke kaumnya lalu bertanya: “Apakah kamu tahu dia ada masalah pada akalnya, ada sesuatu yang kamu rasa ganjil?” Jawab mereka: Apa yang kami tahu dia sempurna akalnya dan kami lihat dia dari kalangan orang soleh kami.” Keesokan harinya, Maiz datang lagi kepada Rasulullah kali ketiga. Baginda sekali lagi menolak pengakuannya dan menghantar lagi wakil ke kaumnya. Mereka memberitahu bahawa Maiz tiada masalah pada diri dan akalnya….”

Dalam riwayat Ibn Hibban, Rasulullah memerintah agar Maiz dihalau keluar dari datang kepada baginda (فَأَمَرَ بِهِ فَطُرِدَ، فَأُخْرِجَ) supaya tidak terus membuat pengakuan zina tersebut.
Demikian Nabi Muhammad s.a.w menolak kes-kes maksiat peribadi dari dibawa kepada pertuduhan. Maksudnya, jika ada pihak yang mengaku melakukan zina ataupun homoseksual, sepatutnya kita jangan melayan dan memperdulikannya. Itu urusan taubat antara dia dan Allah. Kita tidak disuruh mengintip dan mencari-cari kejadian dosa peribadi seperti itu. Bahkan kita disuruh menyembunyikan dosa maksiat peribadi seseorang.

2. Perbuatan homoseksual merupakan satu dosa. Menuduh orang lain melakukan perbuatan itu juga merupakan satu dosa besar. Mencari-cari kesalahan orang dalam maksiat peribadi antara dia dan Allah merupakan satu dosa yang dilarang oleh agama. Dalilnya riwayat al-Hakim daripada ‘Abd ar-Rahman bin ‘Auf :
أَنَّهُ حَرَسَ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمَا لَيْلَةً بِالْمَدِينَةِ فَبَيْنَا هُمْ يَمْشُونَ شَبَّ لَهُمْ سِرَاجٌ فِى بَيْتٍ فَانْطَلَقُوا يَؤُمُّونَهُ حَتَّى إِذَا دَنَوْا مِنْهُ إِذَا بَابٌ مُجَافٍ عَلَى قَوْمٍ لَهُمْ فِيهِ أَصْوَاتٌ مُرْتَفِعَةٌ فَقَالَ عُمَرُ رَضِىَ اللَّهِ عَنْهُ وَأَخَذَ بِيَدِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ فَقَالَ : أَتَدْرِى بَيْتُ مَنْ هَذَا؟ قُلْتُ : لاَ. قَالَ : هَذَا بَيْتُ رَبِيعَةَ بْنِ أُمَيَّةَ بْنِ خَلَفٍ وَهُمُ الآنَ شُرَّبٌ فَما تَرَى. قَالَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ : أَرَى قَدْ أَتَيْنَا مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ فَقَالَ (وَلاَ تَجَسَّسُوا) فَقَدْ تَجَسَّسْنَا فَانْصَرَفَ عَنْهُمْ عُمَرُ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ وَتَرَكَهُمْ
“Bahawa dia berkawal bersama Umar bin al-Khattab r.ahuma pada suatu malam di Madinah. Ketika mereka sedang berjalan, tiba-tiba ternampak nyalaan api di sebuah rumah. Mereka pun pergi menuju ke situ sehingga apabila hampiri didapati pintunya berkunci, di dalamnya ada sekumpulan orang dengan suara yang kuat. Lalu Umar r.a. berkata -sambil memegang tangan ‘Abd ar-Rahman-:  “Kau tahukah ini rumah siapa?”. Jawab: “Tidak”. Kata Umar: “Ini rumah Rabi’ah bin Umayyah bin Kalaf, mereka sekarang sedang mabuk arak, apa pendapat kau?”. Kata ‘Abd ar-Rahman: “Aku berpendapat kita sekarang telah melakukan apa yang Allah larang, Allah berfirman: “Jangan kamu mengintip”. Kita telah mengintip. Maka Umar pun pergi dan meninggalkan mereka”. (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai sahih serta sokong oleh al-Zahabi. Juga al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra).

3. Jika maksiat seperti homoseksual itu dilakukan secara terang-terangan atau terbuka, maka bantahan terhadap maksiat itu perlu dizahirkan. Demikian juga jika kempen ke arah maksiat itu secara terbuka, maka jawapan balas juga secara terbuka. Ini kerana perbuatan maksiat peribadi yang terbuka mengeluarkan maksiat itu dari daerah urusan peribadi seseorang dengan tuhannya kepada kempen terbuka yang mengganggu pihak yang lain dan iklim persekitaran. Namun, bantahan itu hendaklah dilakukan dengan kadar kemampuan setiap pihak tanpa membawa kepada kerosakan yang lain. Sabda Nabi s.a.w:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَان
“Sesiapa dalam kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman”. (Riwayat Muslim).

4. Seseorang yang melakukan dosa dalam perkara tertentu, bukanlah bererti dia dinafikan hak dalam perkara yang lain. Ini seperti dosa berzina, atau homoseksual, atau minum arak, atau berjudi dan seumpamanya. Dosa-dosa ini dibantahkan dan diingkari, namun diri yang melakukan dosa tersebut tidak dinafikan haknya  dalam hal-hal yang dia berhak. Apatahlagi, dalam kehidupan bernegara yang setiap rakyat mempunyai haknya yang tertentu.

Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita cara berikteraksi secara seimbang ini:
أَنَّ رَجُلاً عَلَى عَهْدِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - كَانَ اسْمُهُ عَبْدَ اللَّهِ ، وَكَانَ يُلَقَّبُ حِمَارًا ، وَكَانَ يُضْحِكُ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - ، وَكَانَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - قَدْ جَلَدَهُ فِى الشَّرَابِ ، فَأُتِىَ بِهِ يَوْمًا فَأَمَرَ بِهِ فَجُلِدَ ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ اللَّهُمَّ الْعَنْهُ مَا أَكْثَرَ مَا يُؤْتَى بِهِ . فَقَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - « لاَ تَلْعَنُوهُ ، فَوَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ أَنَّهُ يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia sering menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari).

Dalam hadis ini, kita dapati sekalipun perbuatan minum arak itu satu dosa besar, namun peminum arak tersebut sering juga berinteraksi dengan Nabi Muhammad s.a.w sehingga baginda selalu ketawa dengan telatahnya. Maksudnya, Nabi s.a.w masih berinteraksi dengan baik dengannya. Demikianlah, kesalahannya itu tidak memberikan lesen semudah-mudahnya untuk orang lain memakinya. Nabi s.a.w melarang mereka mencercanya kerana baginda kenal kebaikan lelaki tersebut. Dosa tetap dosa. Namun, satu dosa tidak menjustifikasikan untuk dosa lain dilakukan ke atas diri yang berdosa.

Dalam konteks hari ini, hak pendidikan, hak jual-beli, hak bekerja, hak mendapat keadilan, hak harta dan seumpamanya bagi golongan yang melakukan dosa besar ini termasuk LGBT tidak diganggu selagi mereka tidak melanggar peraturan-peraturan yang berkaitan hal tersebut. Atas dasar keadilan, semua peraturan terpakai kepada semua pihak yang terbabit secara adil dan saksama.

5. Homoseksual satu dosa, namun ia tidak menjadikan perlakunya terkeluar daripada Islam. Pengamal perbuatan ini, selagi tidak menghalalkannya, maka dia seorang muslim yang berdosa sepertimana pendosa-pendosa yang lain. Kadar dosa hanya diketahui oleh Allah. Dosa semata tidak membolehkan seseorang dikafirkan. Maka seperti pendosa yang lain, keampunan Allah masih terbuka untuk mereka. Sebagai muslim, mereka ada hak-hak sesama muslim yang wajib ditunaikan. Ini seperti nasihat-nasihati, memberi dan menjawab salam, menziarahi ketika sakit, menerima jemputan, mengiringi jenazah dan selainnya. Demikian juga, sebagai insan tanpa mengira agama mereka berhak mendapat bantuan ketika memerlukan seperti kecederaan, dalaman ancaman dan seumpamanya. Ini apa yang Nabi s.a.w sebut tentang hak-hak sesama muslim dan juga hak-hak sesama manusia dalam pelbagai nas al-Quran dan hadis.

6. Amalan kepada seks sesama jenis ditolak oleh Islam. Ia satu menyalahi apa yang Allah mahu daripada manusia. Ia songsang. Tuhan menciptakan lelaki dan wanita. Melalui perhubungan seks kedua-dua jantina ini manusia membiak dan berkembang secara fizikal dan emosi. Seks sesama jenis merosakkan fitrah yang Tuhan ciptakan manusia. Ia merosakkan rohani dan jasmani insan. Ini seperti seks sesama mahram (incest), ataupun manusia dengan haiwan. Jika seks sesama jenis diiktiraf atas asas hak asasi, maka seks sesama mahram (incest), seks dengan isteri orang lain, seks dengan haiwan dan seumpamanya dengannya juga nanti akan diiktiraf atas asas yang sama. Islam sebagai agama fitrah tidak mungkin mengiktiraf hal ini semua. Islam menolaknya dan menganggapnya keji. Ini jelas apabila Allah merakamkan ucapan Nabi Lut terhadap kaumnya:
وَلُوطًا إِذۡ قَالَ لِقَوۡمِهِۦٓ أَتَأۡتُونَ ٱلۡفَٰحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بِهَا مِنۡ أَحَدٖ مِّنَ ٱلۡعَٰلَمِينَ . إِنَّكُمۡ لَتَأۡتُونَ ٱلرِّجَالَ شَهۡوَةٗ مِّن دُونِ ٱلنِّسَآءِۚ بَلۡ أَنتُمۡ قَوۡمٞ مُّسۡرِفُونَ

(maksudnya) : “dan (Nabi) Lut juga ketika dia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas". (Surah al-‘Araf 80-81).

7. Benar, seks sesama jantina merupakan satu dosa. Dalam masa yang sama perlu kita ingat bahawa ia juga kadang-kala satu ujian terhadap jiwa sesetengah individu. Mereka sebahagiannya tidak dapat mengawal nafsu yang tidak sewajarnya itu. Akhirnya mereka terjatuh dalam dosa tersebut. Kita juga mempunyai dosa dalam perkara yang lain. Seperti mana kita mengharapkan keampunan Allah, demikian juga sebahagian mereka. Maka, tugasan kita bersama ia membantu antara satu sama lain kembali kepada Allah dan mendapatkan keampunanNYA.

8. Dakwah agar golongan LGBT kembali fitrah merupakan dakwah yang mulia. Usaha agar mereka kembali kepada kehidupan yang normal merupakan satu ibadah dan pahala yang besar. Dakwah itu menuntut kita mencari pendekatan yang terbaik dan sesuai dengan keadaan mereka yang kita dakwah itu. Ini seperti Allah:
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
(maksudnya): “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125).

Maka, laras bahasa yang kita gunapakai dalam mengimbangi dakwaan mereka bahawa mereka juga mempunyai hak sebagai manusia hendaklah berkesan dan difahami oleh generasi kini. Kita wajar menjelaskan kepada mereka bahawa Islam menolak seruan dan amalan seks yang songsang tersebut, namun dalam masa yang sama, Islam mengiktiraf sudut-sudut yang lain dari segi keinsanan dan persaudaraan sesama muslim.

9. Ajaran Islam sentiasa memberikan harapan untuk manusia kembali kepada Allah dengan penuh penuh cinta dan taubat. Agama ini tidak menjadikan manusia putus asa sebaliknya sentiasa memberikan harapan dan sinar ke arah yang lebih baik. Golongan LGBT sama seperti kita semua, di hadapan terbentang luas pintu untuk kembali kepada Tuhan Yang Maha Penyayang.

FB Dr Maza

Selasa, 10 Julai 2018

BETTER BRIGHTER DORMITORY IJN FOUNDATION - TENAGA NASIONAL

8:18:00 PG 0
BETTER BRIGHTER DORMITORY IJN FOUNDATION - TENAGA NASIONAL

BETTER BRIGHTER DORMITORY IJN FOUNDATION - TENAGA NASIONAL
📍No telefon IJN 0326178200 minta sambung ke Dormitory.

📍Perlu dapatkan surat menginap dari wad/ICU/CCU mana pesakit ditempatkan utk dibawa bersama semasa pendaftaran di dormitory.

📍Domitory IJN beroperasi 24 jam.

📍Lokasinya adalah di Blok C Tingkat 2 dalam kawasan IJN.

📍Sewa dikenakan :
🔸Katil Single - RM 20 semalaman
🔸Katil Double Decker - RM 10 / bed semalam.
🔸Bilik berkeluarga dikenakan RM 50 / semalaman. 1katil queen dan tandas di dalam.

📍Jika tiada surat dari wad tapi perlukan penginapan boleh daftar masuk jika ada kekosongan. Staff akan daftar sebagai orang awam. Keesokkan hari baru dapatkan dokumen yang diperlukan.

📍Parking berdepan dengan Dormitory.

📍Terdapat pantry, laundry dan ruang istirehat disediakan kepada waris yang menginap untuk kemudahan dan keselesaan semua.

Sumbangan TNB untuk ruangan penempatan penginapan transit waris / ahli keluarga pesakit jantung - Dormitory di IJN, KL bernilai lebih RM 1.3 Juta.

Set lengkap ruangan utk menginap berkonsepkan asrama & empat (4) bilik keluarga & Dua (2) Dormitory dgn empat puluh (40) kapasiti setiap satu dorm.

Sesiapa yg mempunyai saudara mara yg  dirawat / menjalani rawatan jantung di IJN boleh menggunakan kemudahan ini dgn kadar yg ditetapkan.

#sharingiscaring
#mmogamemberimanfaat
#bantumudahkanurusanyangdalamkesusahan
#tnbbetterbrighter

Gambar Ehsan TNB CareLine, Google, Blog Anajingga, Harian Metro & Bernama

cc admin WAT : Mikey, Salbiah Yunos, Fakir Estronavella,J. Suresh Kumaran


BETTER BRIGHTER DORMITORY IJN FOUNDATION - TENAGA NASIONAL


BETTER BRIGHTER DORMITORY IJN FOUNDATION - TENAGA NASIONAL



BETTER BRIGHTER DORMITORY IJN FOUNDATION - TENAGA NASIONAL



BETTER BRIGHTER DORMITORY IJN FOUNDATION - TENAGA NASIONAL