Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 7 Julai 2018

7 KELEBIHAN MELANGKAH KE MASJID

5:58:00 PTG 0
7 KELEBIHAN  MELANGKAH KE MASJID

7 KELEBIHAN  MELANGKAH KE MASJID

1) MENDAPAT NAUNGAN ARASY PADA HARI
 KIAMAT

Rasulullah bersabda: "Tujuh orang yang akan berada dalam naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya ; penguasa yang adil,pemuda yang membesar dalam ketaatan Dan lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid". (Riwayat al-Bukhari Dan Muslim)

2) ALLAH MENYAMBUTNYA

Sabda Rasulullah: "Tidaklah seseorang mendatangi masjd untuk melakukan solat melainkan Allah bergembira menyambutnya semenjak ia keluar dari rumah, seperti gembiranya orang yang sedang menyambut tetamu yang telah lama tidak ditemui". (Ibu Majah)

3) ALLAH MENJAMIN HIDUPNYA

Rasulullah bersabda: " Tiga orang yang berada dalam jaminan Alah : Jika hidup, ia akan diberikan rezeki Dan kecukupan. Jika ia mati ,ia akan dimasukan ke dalam syurga. Pertama, sesiapa yang masuk ke rumah sambil mengucapkan salam, maka ia berada dalam jaminan Allah. Sesiapa yang keluar berjihad di jalan Allah, maka ia berada dalam jaminan Allah." (Riwayat Ibn Hibban)

4) DISEDIAKAN RUMAH DI SYURGA

Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang keluar pada waktu pagi Dan petang ke masjid, maka Allah telah menyediakan baginya sebuah rumah di syurga yang akan ia datangi setiap pagi Dan petang". (Riwayat al-Bukhari Dan Muslim)

5) DIGUGURKAN DOSA DAN DITINGGIKAN DARJAT

Sabda Rasulullah: "Mahukah aku beritahukan perkara yang dapat menghapuskan dosa dan meninggikan darjat? Menyempurnakan wuduk, sering melangkah ke masjid dan menunggu solat selepas solat. Semua itu ialah ribat".(Riwayat Muslim)

6) SETIAP LANGKAH DIGANJARI SEPULUH PAHALA

Rasulullah bersabda: "Jika seseorang bersuci di rumahnya, lalu ia melangkah ke masjid untuk menunggu solat, maka dua malaikat menulis baginya bagi setiap langkah 10 kebaikan".(Riwayat Ibn Hibban)

7) CAHAYA TERANG PADA HARI KIAMAT

Rasulullah bersabda:" Berilah khabar gembira kepada orang yang berjalan ke masjid bahawa ia akan mendapat cahaya yang sangat terang pada kiamat nanti" (Riwayat Abu Dawud)

*Petikan dari majalah al-ustaz

Jumaat, 6 Julai 2018

KERUGIAN ORANG YANG BERAMAL TAPI TIDAK MENJAGA LIDAHNYA

9:16:00 PG 1
KERUGIAN ORANG YANG BERAMAL TAPI TIDAK MENJAGA LIDAHNYA

KERUGIAN ORANG YANG BERAMAL TAPI TIDAK MENJAGA LIDAHNYA
 Berkata Sayyidina Umar bin Abd Aziz :- "Kami sempat hidup bersama para salaf, dan tidaklah mereka melihat bahawa ibadat itu adalah pada puasa dan tidak juga pada solat. Namun ibadat itu adalah menahan diri dari menikam kehormatan manusia. Kerana orang yg bersolat di waktu malam dan berpuasa di waktu siang, andai ia tidak menjaga lidahnya maka ia pasti akan muflis di hari kiamat".

Berkata al Imam Ghazali :- "Perbuatan mengumpat itu adalah petir yg memusnahkan perbuatan2 taat. Orang yg mengumpat itu tak ubah seperti orang yg memasang 'manjanik' (alat pelontar ketika perang), lalu dilontarnya kebaikan2 yg ia buat ke timur dan barat, ke kiri dan ke kanan".

Berkata as Syirazi :- "Aku telah berjaga malam bersama ayahku, dan orang2 sekeliling kami semuanya tidur. Lalu aku berkata: "Tidaklah dari mereka ini yg bangun walau utk solat 2 rakaat!".  Lalu ayahku berkata : "Kalau kamu tidur adalah lebih baik dari terjerumusnya kamu di dalam menghina manusia".

Ketahuilah boleh jadi kamu dikalangan orang2 yg solat bahkan amat khusyuk didalam solatmu, namun apabila datang di hari akhirat kamu adalah seorang yg kosong tidak punya apa2 !.

Boleh jadi kamu pernah menginfaq separuh dari harta yg kamu miliki, bahkan kamu sorok infaqmu itu dari pengetahuan orang, namun apabila datang di hari akhirat kamu adalah seorang yg kosong tidak memiliki apa2 !.

Boleh jadi kamu adalah orang2 yg sentiasa berpuasa di siang hari, menghidupkan malam hari, dan berjuang menegak agama disepanjang hayat seikhlas mana sekalipun, namun apabila datang di hari akhirat kamu adalah seorang yg kosong seakan2 tidak pernah berbuat apa2 kebaikan !.

Sebenarnya perkara ini, ramai dari kita sudah mengetahuinya. Namun sebahagian dari kita, tak kira orang biasa atau pemimpin atau ahli politik, atau lebih2 lagi para ustaz2 yg lebih tahu hukum hakam, masih ramai lagi yg gemar mengotorkan bibir2 mereka dgn kata2 buruk & penghinaan walau atas tujuan nak memberi teguran & nasihat. Yakni seakan2 tidak pernah takut & terkesan dengan kesudahan buruk yg bakal menanti orang2 yg gemar berkata2 dgn kalam buruk utk memperendahkan orang lain, menghina orang lain, membunuh karektor orang lain, menikam kehormatan orang lain, dan seumpamanya.. Sampai bila nak buat begitu? Takkan sampai mati!?. Kerana itu kita mesti tetap sentiasa mengungkapkan soal ini agar kita tidak selalu lupa..

Wahai umat Islam:-

Ketikamana kamu  melihat insan-insan pendosa, janganlah sesekali kamu merasa kamu adalah lebih mulia dari mereka.

Ketahuilah olehmu bahawa diri mereka itu sebenarnya adalah sedang diuji, dan kamu pula telah terselamat kerana kasih & rahmat Allah padamu.

Maka janganlah kamu lupa mendoakan ke atas mereka supaya diberikan hidayah, dan ke atas dirimu juga supaya kekal diberikan keteguhan.

Janganlah pula kamu mendoakan mereka dengan keburukan. Mungkin kamu menyangka tidak pernah berbuat demikian. Namun kalimah-kalimah keji yg sering dilontarkan kpd mereka yg senantiasa meniti di bibirmu itu, sebenarnya adalah satu doa jua yg secara tidak sedar bukan sahaja semakin menghitamkan hati mereka, bahkan semakin menghitamkan hatimu juga.

Bencilah sikap & kejahatannya. Dan janganlah dibenci diri & zatnya. Kerana seburuk-buruk seorang muslim itu sekalipun, di dalam dirinya masih ada sesuatu yg sgt bernilai & amat berharga, iaitu kalimah 'Lailahaillah Muhammadurrasulullah'..

Oleh: Ibn Shihab al Dimashqy al Hanafi

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain

AMALAN SEBELUM HANTAR ANAK KE RUMAH PENGASUH

6:59:00 PG 0
AMALAN SEBELUM HANTAR ANAK KE RUMAH PENGASUH

AMALAN SEBELUM HANTAR ANAK KE RUMAH PENGASUH
Setiap kali hantar anak ke taska atau pengasuh, serahkanlah 'penjagaan' itu sepenuhnya kepada Allah. Minta Allah jaga anak dan juga jaga hati si penjagannya sebab hati manusia ni Allah yang pegang.

Abah ajar dulu, keluar je rumah pagi2 tu terus baca ayat2 ni:

1. Bismillahillahi tawakkaltu Alallah 3x
(بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ)

2. Bismillahilazi la Yadhurru 3x
(بسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ)

3. Ayat Kursi

4. Surah 3 Qul

5. Hasbunall wa ni'mal wakil
(حَسبنا الله و نعم الوکیل نعم المولی و نعم النصیر)

Dah habis baca, hembuskan pada anak..Ayat-ayat ni bukan je untuk hantar anak ke taska, tapi juga untuk kita bila nak keluar rumah. Moga Allah jauhkan segala bahaya dan niat tak baik orang dari setiap penjuru yang kita tak tahu.

Dan apabila kita dah berikhtiar, serahkan sepenuhnya pada Allah. Tetapi tetap terjadi musibah itu, sesungguhnya Allah yg lebih mengetahui hikmah disebaliknya.

Wallahu'alam.