Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 14 April 2018

KESIMPULAN PENGERTIAN KONSEP IMAN

12:22:00 PTG 0
KESIMPULAN PENGERTIAN KONSEP IMAN
KESIMPULAN PENGERTIAN KONSEP IMAN
*BICARA TASAWWUF*

BISMILLAH...

*KESIMPULAN PENGERTIAN KONSEP IMAN*.

(Mari ketahui dan sempurnakan iman kita).

Menurut guruku,
para teolog muslim dalam membicarakan konsep iman ada empat syarat:

1. Mengetahui dengan akal (Makrifah bi al-aql).

2. Amal...(perbuatan kepatuhan kepada perintah agama (Allah) atau perbuatan baik/kebajikan).

3.Pengakuan (membenarkan) secara lisan.

4.Membenarkan dengan hati (tashdiq) termasuk di dalamnya mengetahui dengan hati (makrifah bi al-qalb).

Bagi golongan Khawarij...ditambah satu lagi, iaitu selain kepatuhan kepada perbuatan yg digolong sebagai riligius (agama) termasuk juga di dalamnya masalah "kekuasaan atau pun pemerintahan" adalah juga merupakan satu bahagian daripada keimanan...(al-ramal juzrun al-iman).

Maka barang siapa yang menyatakan dirinya telah beriman kepada Allah dan bahawa Muhammad s.a.w. Rasul-Nya, tetapi tidak melaksanakan kewajipan agama, dia dianggap telah melakukan perbuatan dosa.

SEBALIKNYA...bagi aliran fahaman golongan  Khawarij pula ia dipandang telah menjadi kafir.

Wallahu 'alam.

والله أعلم بالصواب
 بَارَكَ اللهُ فِيكُمْ

PESAN PRU 14 - JANGAN BERIMAN DENGAN PARTI POLITIK

7:40:00 PG 0
PESAN PRU 14 - JANGAN BERIMAN DENGAN PARTI POLITIK
PESAN PRU 14 - JANGAN BERIMAN DENGAN PARTI POLITIK
Dalam persaingan politik kepartian yang sedang kita saksikan sekarang di negara kita, sebenarnya bukanlah percaturan pemilihan antara yang terbaik dalam kalangan yang baik.

Sebaliknya, ruang pemilihan yang paling kurang mudarat antara yang mudarat. Itulah realiti yang ada.

Jika kita cuba 'beriman' dengan segala dakwaan dan janji mereka, maka itu sebenarnya satu kesilapan yang besar. Cumanya, kita sedang mencari antara yang kurang temberang dalam kalangan yang temberang.

Sesiapa yang bersemangat mempercayai sepenuhnya apa yang dibawa mana-mana parti, maka dia akan kecewa. Apa yang kita sedang kita saksikan dari ahli politik yang berserban sehingga yang ke kelab malam, berbohong itu seakan rukun mereka dalam berpolitik.

Tuntutan agama ialah kita hendaklah berpegang dan berdiri atas prinsip. Sementara orang politik bicara mereka berubah berdasarkan musim undian dan kuasa yang ingin diperolehi.

Semalam mereka halalkan, hari ini mereka mengharamkan. Semalam mereka nerakakan , hari ini mereka beri lebel syurga. Semalam mereka bantah, hari ini mereka sokong. Bukan sahaja berita media mereka putar,  nas-nas agama juga mereka pusing mengikut kehendak semasa mereka.

Justeru, apa yang kita perlu lakukan ialah memilih yang paling kurang bahaya iaitu yang lebih dekat untuk mencapai urustadbir negara yang lebih cekap dan telus.

Memang, sepatutnya kita mencari yang paling cemerlang dalam kalangan yang terbilang untuk diberikan tanggungjawab pentadbiran negara.

Namun, malangnya yang tinggal kini kita mencari siapakah yang dijangka kurang merosakkan urustadbir negara jika diberikan kuasa.

Parti-parti yang kita lihat bergegar dengan pelbagai slogan dan manifesto itu, jika kita selami dalaman mereka, kesemuanya sarat dengan pelbagai ketidaktelusan dan kerakusan terhadap kuasa.

Individu-individu yang memimpin setiap parti itu mempunyai pelbagai kehendak dan kepentingan diri. Di samping, kita tidak menafikan di sana ramai juga yang ikhlas dalam pelbagai parti yang ada. Namun, mereka itu 'ghuraba' (orang asing) dalam lautan cita-cita politik yang sering kali mempunyai 'kehendak peribadi' yang dihiasi dengan ungkapan 'demi kepentingan rakyat'.

Kepada Allah kita mengadu. Semoga Allah pelihara kita dari ketaksuban yang bodoh. Semoga Allah mengurniakannya kita mata nurani yang dapat membuat pemilihan yang betul.

Kita kena memilih yang paling cekap dan amanah. Jika tiada, yang mendekati kecekapan dan yang lebih dekat kepada amanah. Jika tiada, yang paling kurang korupsi dan paling kurang dangkal dalam urustadbir.

Namun, dalam masa yang sama, kita tidak akan mempercayai segala slogan mereka dengan sepenuh hati.

Kita tahu di musim ini, bukan sahaja harta dunia mereka janjikan, syurga dan neraka pun mereka beri jaminan seperti mana mereka menjamin geran tanah di dunia!!

Pohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Jadilah insan yang berprinsip dan dapat membezakan apa yang kita lihat di pentas kehidupan ini.
Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA)

Mufti Perlis.

Jumaat, 13 April 2018

Nasihat 5 Tokoh Menghadapi Pilihanraya

1:05:00 PTG 0
Nasihat 5 Tokoh Menghadapi Pilihanraya
Nasihat 5 Tokoh Menghadapi Pilihanraya
*1. Ali bin Abi Thalib ra*

_“Kezaliman akan terus ada, bukan karena banyaknya orang-orang jahat, tapi karena diamnya orang-orang baik.”_

*2. Syaikh Yusuf Qardhawi (Ketua persatuan  Cendekiawan Muslim antarabangsa)*

Setidaknya ada 3 (tiga) cara dalam mempertimbangkan pilihan:

_• Jika semuanya baik, pilihlah yang paling banyak kebaikannya._

_• Jika ada yang baik dan ada yang buruk, pilihlah yang baik._

_• Jika semuanya buruk, pilihlah yang paling sedikit keburukannya._

*3. Dr. Hamid Fahmy Zarkasyi, MA. M. Phil. (Ketua MIUMI Pusat, putra Pendiri Pesantren Gontor, jawa timur)*

_"Jika anda tidak mau ikut mengundi karena kecewa dengan pemerintah & anggota DUN, atau parti Islam. Itu hak anda. Tapi ingat jika anda & jutaan yang lain tidak ikut mengundi maka jutaan orang fasik, sekuler, liberal, atheis akan ikut mengundi untuk berkuasa dan menguasai kita. Niatlah berbuat baik meskipun hasilnya belum tentu sebaik yang engkau inginkan.”_

4. *Recep Toyyib Erdogan*
_Jika orang *Baik*  tidak ikut terjun ke *politik*, maka para *penjahatlah* yang akan *mengisinya*._

5. *Necmetti Erbakan*
 _Muslim yang tidak peduli *Politik* akan di pimpin oleh *Politician* yang tidak peduli kepada *Islam*_

*Jangan berdiri atas pagar*
Kejahatan akan timbul tatkala orang baik semua  DIAM.

_*Saling mengingatkan saja...*_