Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Khamis, 23 November 2017

TANDA SUSAHNYA MENCAPAI HAKIKAT KEROHANIAN 

5:28:00 PTG 0
TANDA SUSAHNYA MENCAPAI HAKIKAT KEROHANIAN 
TANDA SUSAHNYA MENCAPAI HAKIKAT KEROHANIAN 
1. Di dalam sembahyang, ketika zahir kita berdiri, rukuk dan sujud, mulut kita memuji Allah swt. Adakah hati kita turut sama untuk menghayati apa yang kita baca itu? Adakah hati kita juga menghadap Allah swt khusyuk, tawadhuk, rasa hina diri depan Allah dan rasa malu apabila berdepan dengan Zat yang Maha Mulia?

2. Pernahkan kita rasa indah dapat bersendirian di tempat yang sunyi kerana mengingati Allah dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Allah, mengenang dosa-dosa dan berazam untuk membanyakkan amal bakti kepada Allah swt.?

3. Kalau ada umat Islam yang menderita, adakah kita rasa sensitif?

4. Adakah kita sentiasa mengingati bahawa mati itu boleh datang secara tiba-tiba dan kita bersiap sedia menghadapi kedatangannya?

5. Pernahkah kita menghitung  berapa banyak harta kita, duit kita, rumah kita, kereta kita, pinggan mangkuk, perabut; baju, kasut dan sebagainya yang akan dihisap di akhirat kelak?

6. Pernahkan pula kita menghitung dosa-dosa zahir dan rohani sambil menangis kerana istighfar kita terlalu sedikit berbanding dengan dosa kita yang menyebabkan kita menjadi bahan bakaran api neraka?

7. Pernahkah kita fikirkan orang yang pernah kita umpati, kasari dan hina disertai dengan meminta maaf daripada mereka yang pernah kita aniayai?

8. Apakah kita rasa sabar dengan ujian sakit yang Allah timpakan kepada kita?

9. Adakah kita redha dengan segala takdir dan pemberian daripadaNya?

10. Adakah pernah kita bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita seperti nikmat mata, tangan, akal, kaki, kesihatan dan sebagainya?

11. Kalau kita miskin, adakah kita bahagia dengan kemiskinan kita kerana tidak payah mentadbir nikmat Allah yang akan dihisab diakhirat kelak?

12. Kalau kita kaya, adakah kita bersyukur dan membatu mereka yang kurang mampu?

13. Adakah hati kita rasa tenang apabila dicerca dan bimbang dipuji, kerana dengan cercaan itu kita akan tambah berhati-hati dengan dosa dan apabila dipuji ia akan merosakkan hati dengan ujub dan bangga diri?

14. Adakah kita sentiasa meminta maaf di atas kesalahan kita?

15. Kalau orang lain mendapat kesenangan dan kejayaan, dapatkah kita merasa gembira dan turut bersyukur dibatas nikmat Allah ke atasnya tanpa hasad dan dengki?

16. Setiap kali orang bersalah, adakah kita menasihatinya dengan penuh kasih sayang dan tidak menghina dan mencercanya?

17. Adakah hati kita terhindar daripada jahat sangka dan prasangka pada orang lain?

18. Adakah kita sanggup bertolak ansur dengan orang lain diwaktu kita juga didalam kesusahahan?

19. Adakah kita merasa cukup dan puas dengan apa yang ada tanpa mengharapkan apa yang tiada?

Petikan dari buku Huraian Ihsan dan Ilmu Tasawwuf.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

TITIK HITAM DIKERTAS PUTIH

5:27:00 PTG 0
TITIK HITAM DIKERTAS PUTIH
TITIK HITAM DIKERTAS PUTIH


Hidup ditengah masyarakat dan melakukan pergaulan peradaban bermasyarakat. Pasti akan menemui kesilapan dan kesalahan dimana-mana. Pada dasarnya setiap orang akan melakukan sebuah kesalahan, baik yang disengaja ataupun tidak disengaja. Tidak ada manusia yang sempurna dimuka bumi ini. Namun bagi sebagian orang mencari kesalahan orang lebih mudah dari pada memaafkannya.

Jika selembar kertas putih, kemudian kita memberikan satu titik hitam di tengahnya maka sebagian besar orang akan fokus melihat pada titik hitam itu. Mereka tidak memperdulikan bahwa sebenarnya banyak bahagian putih pada kertas itu.

Sama halnya dengan seseorang yang telah banyak berbuat baik, kemudian dia berbuat satu kesalahan. Maka sebagian besar orang akan fokus pada satu kesalahan itu. Padahal kebaikan yang telah dilakukan sangatlah banyak. Oleh sebab itu janganlah melihat orang dari suatu kesalahanya, kerana masih banyak kebaikan dari orang tersebut. Padahal setiap orang pasti punya salah dan apakah akan hilang semua kebaikan yang telah dilakukan.

Apabila kita memperlihatkan selembar kertas putih dengan titik hitam di tengah dan kita bertanya pada seseorang apakah itu. Jawapan yang paling banyak muncul adalah titik  hitamnya, bukan selembar kertas putihnya. Sama dengan seseorang jika mendapat masalah, dia hanya melihat pada kesulitan, kesedihan, rintangan, dan saudara-saudaranya serta orang disekitarnya.

Majoriti hanya berfikir pada kekurangan diri sendiri, hingga berkembang menjadi besar dalam fikirannya. Sebaliknya, kelebihan-kelebihan diri dan kemudahan hidupnya tidak diperhatikan. Harusnya kita menjawab selembar kertas putih yang bersih, dengan satu titik kecil saja dan selayaknya kita mulai adil memandang kehidupan.

Dalam menggapai kebahagian hidup, berusahalah untuk meminimumkan prasangka buruk. Baik pada sahabat, tetangga, saudara, diri sendiri terlebih pada sang pencipta Allah ta’ala. Satu titik hitam pada kertas putih jangan menjadi fokus dalam  sebuah kesalahan. Apabila nasi sudah menjadi bubur bukan bererti kita tidak jadi makan. Namun ciptakanlah bubur tersebut menjadi bubur yang special yang rasanya lebih nikmat daripada nasi.

Oleh :Byaz

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)


Sabtu, 18 November 2017

Bila Aku DiDuga ..Ku Teringat Nabi Ku Muhammad SAW.

1:06:00 PTG 0
Bila Aku DiDuga ..Ku Teringat Nabi Ku Muhammad SAW.

Bila Aku DiDuga ..Ku Teringat Nabi Ku Muhammad SAW.

بسم الله الرحمن الرحيم

Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
Yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar

Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya

Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya

Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya

Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku

Bilaa aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya

Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya

Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT

Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mencintaiku semenjak seribu tahun dahulu

Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda
Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !

Assalamualaika ya Rasulullah
Assalamualaika ya habiballah
Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Terima Kasih Ya Rasulullah kerana membawa nikmat iman dan islam . Syafaatkan kami di akhirat nanti.

❤❤❤❤❤❤❤❤

Jom perbanyakkan selawat keatas Nabi Ku Muhammad SAW.

DIALOG DENGAN JURUJUAL ARAK

8:36:00 PG 0
DIALOG DENGAN JURUJUAL ARAK
DIALOG DENGAN JURUJUAL ARAK

DIALOG DENGAN JURUJUAL ARAK

Seminggu lepas ketika saya di KLIA untuk bermusafir ke luar negara, saya ada berbual dengan seorang pemuda yang menjadi juru jual arak di situ. Saya melihat beliau bekerja sebagai cashier di salah sebuah kiosk arak.  Beliau seorang pemuda melayu yang beragama Islam. Saya menghampirinya di tempat jualannya itu. Saya memberikan salam. Beliau melemparkan senyuman dan menjawab salam saya. Beliau kenal saya. Beliau tersenyum seakan malu. Mungkin ada yang melintas kehairanan ‘kenapa Mufti Perlis pergi kiosk arak pulak’. Saya tidak kisah itu semua, ingin berbual dengan anak muda itu yang pada wajahnya terlihat seorang yang baik.

Saya berkata: “Apa khabar? Nama apa? Orang mana?” Dia jawab semua soalan saya. Saya meneruskan lagi: “Bolehkah saya cakap sesuatu?”. “Silakan Dr”, jawab beliau. Saya berkata: “Sebelum itu boleh saya tahu, apakah saudara terlibat secara langsung dengan urusan jual-beli arak di sini?”. Dia menjawab: “Ya Dr”. Saya berbicara dengan baik kepadanya dengan berkata: “Saya rasa saudara pun tahu, sebagai seorang muslim kita tidak boleh terlibat dengan jual-beli arak. Ia satu dosa yang besar. Kalau boleh, saya ingin mencadangkan saudara berusaha mendapatkan pekerja lain yang sesuai sebagai seorang muslim. Saya doakan Allah berikan pekerjaan yang lebih baik. Jika kurang gaji sedikit pun tidak mengapa asalkan halal. Saya lihat saudara seorang yang baik”.

Dia menjawab: “Dr, saya tahu kerja ini tidak betul. Saya memang berusaha untuk mendapatkan kerja lain. Hati saya memang tidak senang buat kerja ini. Saya bekerja untuk membantu keluarga. In sha Allah, saya akan cari kerja lain yang lebih baik”. Saya lihat beliau, perasaan saya simpati dan sayu. Pada wajahnya ada kehendak ingin mematuhi ajaran agama tetapi dia mungkin berada dalam cabaran kehidupan. Allah lebih mengetahui hakikat dirinya dibandingkan saya.
Saya kata kepadanya: “Saya doakan saudara mendapat pekerjaan yang baik nanti. Semoga Allah akan ganti yang lebih baik”. Saya tersenyum dan bersalam dengan beliau.  

Suatu hakikat yang wajar kita fahami bahawa setiap hamba Tuhan itu mempunyai cabaran kehidupan yang tersendiri. Kadang-kala kita mungkin menganggap mudah kerana kita tidak berada di tempatnya. Mungkin hari ini dia demikian, besok keadaan berubah jauh lebih baik dari kita. Tugasan orang yang menyampaikan ilmu dan berdakwah ialah memberitahu dosa dan pahala yang dinyatakan oleh Allah dan RasulNYA. Bukan tugasan kita menentukan siapa ke neraka dan siapa pula ke syurga. Penentuan siapakah ke neraka dan ke syurga merupakan hak milik mutlak Tuhan yang tidak boleh kita campuri. 

Ini kerana, kita hanya mengetahui yang zahir, itu pun terhad. Sementara Allah maha mengetahui yang zahir dan batin. Kita hanya mengetahui apa yang kita lihat dan dengar, Allah mengetahui segala-galanya. Sebab itu ada hadis sahih riwayat al-Bukhari dan selainnya yang menceritakan bagaimana Allah mengampuni pelacur yang memberikan minum kepada anjing yang kehausan. Hanya Allah mengetahui hakikat nilai setiap hambaNYA.

Golongan agama itu sendiri kadang-kala terlupa hakikat ini. Dalam lingkungan kelompok tertentu mungkin cabaran berbeza dibandingkan lingkungan orang lain. Allah memberikan pahala amalan dan pahala menghindari dosa itu dengan kadar cabaran yang dihadapi oleh hamba berkenaan. Amalan dan usaha yang sedikit pada mata manusia mungkin pahala jauh lebih banyak pahala disebabkan keadaan yang seseorang hadapi.

Juga kita wajib insaf bahawa dalam diri insani boleh terkumpul dua unsur yang berlainan pada satu masa yang sama; kebaikan juga kejahatan. Apabila kita berbicara soal kejahatannya, janganlah sampai kita lupa unsur kebaikan yang ada sehingga kita memadamkan baiknya dan menghukumnya melebihi kadar yang patut. Hal ini pernah Rasulullah s.a.w bantah terhadap perkataan sesetengah sahabat yang melaknat seorang peminum arak dalam kalangan mereka. 

Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat ini:
أَنَّ رَجُلاً عَلَى عَهْدِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - كَانَ اسْمُهُ عَبْدَ اللَّهِ ، وَكَانَ يُلَقَّبُ حِمَارًا ، وَكَانَ يُضْحِكُ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - ، وَكَانَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - قَدْ جَلَدَهُ فِى الشَّرَابِ ، فَأُتِىَ بِهِ يَوْمًا فَأَمَرَ بِهِ فَجُلِدَ ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ اللَّهُمَّ الْعَنْهُ مَا أَكْثَرَ مَا يُؤْتَى بِهِ . فَقَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - « لاَ تَلْعَنُوهُ ، فَوَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ أَنَّهُ يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari).

 Walaupun minum arak itu satu dosa yang besar, namun dalam masa yang sama Rasulullah s.a.w tidak menafikan unsur cintakan Allah dan Rasul yang wujud dalam diri individu berkaitan. Bahkan Nabi s.a.w mempertahankan kelebihan yang ada padanya. Kita lebih wajar bersikap demikian. Jangan kerana melihat sesuatu dosa, sekalipun besar, kita menafikan unsur kebaikan lain yang ada pada diri seseorang. 

Kemudian, jika setiap kita merenung kepada dirinya sendiri secara insaf, kita akan tahu kita juga banyak kesalahan dan dosa. Jika tidak dosa zahir, dosa batin; niat dan jiwa yang buruk seperti hasad, buruk sangka, takabur, riyak dan lain-lain. Jika tidak dosa pada perbuatan, dosa pada perkataan seperti mengumpat, memfitnah, me’neraka’kan orang dan pelbagai lagi. Dosa-dosa batin dan perkataan ini kadang kala jauh lebih besar di sisi Allah daripada dosa-dosa peribadi seperti minum arak dan zina.

Setiap kita wajib berdakwah, nasihat-menasihati, memberitahu tentang dosa dan pahala, membahaskan persoalan ilmiah dan seterusnya. Namun, hakikat kedudukan setiap insan di sisi Allah, hanya DIA Yang Maha Mengetahui. Kita memberitahu dosa dan pahala. Dosa membawa ke neraka, sementara pahala membawa ke syurga. Perkara yang salah, kita katakan salah. Perkara yang betul kita katakan betul. Namun, siapakah yang lebih banyak pahalanya dibandingkan dosanya sehingga dia ke syurga, ataupun siapakah yang lebih banyak dosanya dibandingkan pahalanya sehingga dia ke neraka, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. PengadilanNYA maha detil lagi maha adil. DIA juga yang berhak  menentukan siapakah yang pulang dengan lautan dosa kepadaNYA tetapi mendapat keampunanNYA.

Jumaat, 17 November 2017

PERSAHABATAN ADALAH ANUGRAH

7:28:00 PTG 0
PERSAHABATAN ADALAH ANUGRAH
PERSAHABATAN ADALAH ANUGRAH

*PERSAHABATAN ADALAH ANUGRAH* 

Persahabatan adalah *ketulusan* , bukan *kemunafikan* 

Persahatan adalah *keikhlasan* bukan *keuntungan diri* 

Persahabatan *menyayangi* bukan *membenci* 

Persahabatan *berbagi* bukan *merugikan* 

Persahabatan *melindungi* 
Bukan *menzalimi* 

Persahabatan *mengingatkan* bukan *mencaci* 

Persahabatan *memuliakan* bukan *menghina* 

Persahabatan *menghargai* bukan *merendahkan* 

Persahabatan  *membela* bukan *menjerumuskan* 

Kadang Sahabat yang suka *TRAKTIR* kita makan, bukan karena mereka *BERKELEBIHAN* tapi karena mereka meletakkan Persahabatan *MELEBIHI Uang ...* 

Kadang Sahabat yang memohon *MAAF* dahulu setelah Pertengkaran bukan karena mereka *SALAH* , tapi karena mereka *MENGHARGAI* sebuah persahatan ...

Kadang2 Sahabat yang selalu *SHARE WA* ke kita, bukan karena merasa *PINTAR*  tapi karena *INGAT* pada *KITA* ...

Suatu Hari ada yang mengingatkan tentang *agama* dan *Iman* 
Bukan karena *merasa Baik dan sudah sempurna* TAPI itulah Perwujudan *Kasih Sayang Karena Allah* 

Suatu Hari, kita semua akan *TERPISAH* , Baik oleh *jarak* maupun *Ajal* yang menjemput kita *NAMUN* Ada Sahabat yang *mendoa'kan KITA* 

Suatu Hari *ANAK-ANAK* dan *CUCU-CUCU* kita akan bertemu
Mereka bercerita *Dulu Kita pernah bersama.* 

Persahabatan Tidak *Mencari* kesalahan
Tapi menutupi *kesalahan* 

Persahabatan berlandaskan Hati Yg  *TULUS* 

Persahabatan akan terus *berlangsung* walau kita berusaha *menghindarinya* 

Pada satu Waktu Sebagian Besar  cuma memperhatikan *KESUKSESAN* kita, tapi ada Sebagian Kecil teman yg peduli akan kondisi *KESEHATAN* kita, maka itulah Persahabatan Yg Baik.

Suatu hari kita *terlena dalam canda dan tawa* tetapi ada yang mengingatkan agar kita tidak *lalai* , itulah *SAHABAT* yang sayang pada kita.

Teman2, meskipun tidak sering *BERTEMU* , tetapi selalu *DIINGAT* , Itulah *SAHABAT* .

Seorang *SAHABAT* tidak akan berpikiran *NEGATIF* tapi Selalu *POSITIF* 

Jika ada yang terluka *TIDAK* bermaksud *melukai* 

Jika ada yg *tergurui* bukan bermaksud *menggurui* 

 *Bangunlah persahabatan dengan keikhlasan*..

9 TANDA KITA SUDAH MATANG

7:27:00 PTG 0
9 TANDA KITA SUDAH MATANG
9 TANDA KITA SUDAH MATANG

SEMBILAN (9) TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN

1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri. 

2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Maka, raikan dan tidak perlu taksub. 

3. Kita berani "melepaskan" kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati. 

4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta. 

5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat IKHLAS. Bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang. 

6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan. Tetapi, mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain. 

7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dgn nasib orang lain. Tetapi perbandingkan nasib diri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain. 

8. Kita boleh bezakan "KEHENDAK" dan "KEPERLUAN", lalu mengutamakan keperluan  dari kehendak . 

9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".

Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik.  Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.

*WALLAHU A'LAM BISSAWAB*

Muhasabah diri😔

Isnin, 13 November 2017

KE MANA INGATAN KITA SEMASA KESUSAHAN?

5:19:00 PTG 0
KE MANA INGATAN KITA SEMASA KESUSAHAN?
KE MANA INGATAN KITA SEMASA KESUSAHAN?
Copy dari Facebook Dr Maza

KE MANA INGATAN KITA SEMASA KESUSAHAN?

Apabila insan ditimpa derita, dikepung oleh sengsara, dihambat oleh duka, dia akan berusaha mencari tempat bergantung. Mencari dahan berpaut. Mencari teduhan untuk berlindung. Jiwa dan fikirannya melayang dan meraba; kepada siapakah hendak aku mengadu? Siapakah yang boleh menolong daku? Siapakah yang mampu untuk mengeluarkan aku dari kemudaratan ini?

Bagi jiwa insan yang renggang dari Tuhan, jiwa yang hambar dari kemanisan iman dan hubungan ruhi dengan ilahi, dia akan terus terbayang penolong itu temannya ada kelebihan atau orang besar, atau orang berharta, atau orang berkebolehan yang dia rasa dapat membantunya. Jika dia sakit, pertama yang terbayang dalam fikirannya wajah para pengubatnya. Jika dia kesesakan harta, dia terbayang sumber-sumber yang boleh dia dapatkan wang. Jika ditindas, dia terbayang wajah mereka yang berkuasa yang dia rasa dapat membantunya. Demikian seterusnya. 

Jiwa, jantung hatinya sentiasa tersangkut dalam alam makhluk. Bergantung dengan yang lemah sepertinya, kerana dia sangka itu teguh. Berpaut pada yang rapuh, kerana dia sangka kukuh. Lalu Allah pun membiarkannya bersama dunianya yang goyah dan harapan sentiasa terdedah kepada kehancuran. Dia terlupa bahawa betapa ramai pesakit yang gagal diubati. Dia terlupa bahawa betapa ramai yang dikhianati oleh orang yang dipercayai. Dia alpa betapa ramai yang berkuasa gagal menyelamatkan diri sendiri. Bahkan dia lupa betapa ramai yang berharta, berkuasa dan ternama, Allah kepung hidup mereka dengan pelbagai sengsara. Pergantungan yang sangat lemah. 

Allah mengingatkan manusia tentang sesiapa yang menyeru dan bergantung kepada selain Allah ini dengan firmanNya:

(maksudnya) “Wahai manusia, diberikan untuk kamu satu perumpamaan, maka dengarlah mengenainya; sesungguhnya mereka yang kamu seru selain dari Allah itu, tidak sama sekali dapat menciptakan seekor lalat pun walaupun mereka berpakat untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat menyelamatkan kembali. (maka) lemahnya yang meminta (untuk ditunai hajatnya), dan lemahnya yang diminta (untuk menunaikan hajat)”. (Surah al-Hajj: ayat 73).
Demikian perumpamaan yang Allah berikan, gambaran kepada mereka yang bergantung dan menyeru selain Allah dalam mengharapkan pertolongan dengan ungkapan ‘lemahnya yang meminta dan lemahnya yang dipinta’.

Khamis, 9 November 2017

Derma Untuk Surau Sekolah Tinggi Melaka

12:55:00 PTG 0
Derma  Untuk Surau Sekolah Tinggi Melaka
Derma  Untuk Surau Sekolah Tinggi Melaka


Assalamualaikum sahabat Alumni MHS dan saudara/saudari muslim,

Alhamdulillah, surau SMK Tinggi Melaka sudah 60% siap dan mengikut jadual yang ditetapkan. Insyaa’ALLAH target untuk siap dan boleh digunakan pada bulan Disember 2017 akan menjadi kenyataan. 

Apapun, ini hanya struktur sahaja. Kami masih mencari dana untuk memperindahkan dalaman surau ini dengan sejadah yang baru, Quran baru dan rak nya, hiasan dalam dan tulisan khat, jam waktu solat, PA system dan sebagainya. 

Inilah masanya untuk sahabat semua mengejar peluang untuk berbakti dan menambah bekal pahala untuk hari kemudian. Kalau ada mana2 batch yang mahu memberi infaq secara kumpulan, contohnya Batch 1990 mahu beli sejadah, sila hubungi kami ataupun pihak pengurusan sekolah ataupun AJK Surau. 

Teruskan menabung pahala ke  :

Akaun2 surau MHS

Lembaga Surau SMK Tinggi 
d/a SMK Tinggi Melaka
Jalan Chan Koon Cheng
75000 Melaka.

Maybank: 554080546421

CIMB : 8602331477

Wassalam .
Segala pertanyaan atau pengesahan anda boleh berhubung terus dengan pihak Sekolah Tinggi Melaka.

Untuk makluman, permohonan derma ini bukan atas permintaan pihak sekolah atau sesiapa jua. Saya sebagai oldschool MHS ingin menyumbang sedikit jasa untuk meringankan dan mereliasasikan impian pembentukan surau ini semenjak dahulu lagi. Amin.

Derma  Untuk Surau Sekolah Tinggi Melaka

Derma  Untuk Surau Sekolah Tinggi Melaka

Derma  Untuk Surau Sekolah Tinggi Melaka


Derma  Untuk Surau Sekolah Tinggi Melaka










Aku Takut Dengan Diriku

12:25:00 PTG 0
Aku Takut Dengan Diriku
Aku Takut Dengan Diriku
*Aku Takut Dengan Diriku*

*_Yang aku takut,_*
hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasihat namun *_sangat pandai menasihati_.*

*_Yang aku takut,_*
aku merasa paling benar sehingga *_merendahkan yang lain_.*

*_Yang aku takut,_*
egoku terlalu tinggi hingga *_merasa paling baik di antara yang lain_.*

*_Yang aku takut,_*
aku lupa bercermin diri namun *_sibuk berprasangka buruk kepada yang lain_.*

*_Yang aku takut,_*
ilmuku akan membuatku *_menjadi sombong dan memandang hina pada yang berbeza denganku_.*

*_Yang aku takut,_* 
lidahku makin lincah membicarakan aib saudaraku namun *_lupa dengan aibku sendiri yang kian menggunung_.*

*_Yang aku takut,_*
aku hanya hebat dalam berkata-kata namun *_buruk dalam bertindak_.*

*_Yang aku takut,_* 
aku hanya pintar dalam berdakwah namun *_sulit untuk mentaati_.*

*_Yang aku takut,_*
aku hanya cerdas dalam mengkritik namun *_lemah dalam memperbetulkan diri sendiri_.*

*_Yang aku takut,_* 
aku membenci dosa orang lain namun *_enggan membenci dosaku sendiri_.*

*_Ya Allah ya Tuhanku,_*
*_aku berlindung padaMu,_*
*_dari kelemahanku sendiri,_*
*_lembutkanlah hatiku,_*
*_dan hapuskanlah egoku,_* 
*_jauhkan aku,_*
*_daripada sifat berbangga diri, hasad, iri dan dengki_.*

*_Sungguh_,*
*_aku memohon hidayah,_*
*_dan keampunanMu_,*

*Aamin Ya Allah...*


Senafas Ke Barzakh !

Rabu, 8 November 2017

SEBUTIR NASI YANG JATUH

10:36:00 PTG 0
SEBUTIR NASI YANG JATUH
 
Dalam perjalanan mencari ilmu, Tuan Guru Habib Lutfi bin Yahya bertemu Kiyai Tua. Habib yang masih muda waktu itu kehairanan menyaksikan akhlak Kiyai. Waktu ada butiran nasi yang terjatuh lalu dipungut dan dikembalikan ke pinggan untuk dimakan kembali.

“Kenapa harus dikutip? Kan hanya nasi sebutir,” tanya Habib muda menduga.

“Jangan sekadar lihat ianya sebutir nasi. Adakah kamu boleh mencipta sebutir ni seorang diri sehingga jadi nasi?”*

Habib muda terdiam. Kiyai Tua melanjutkan bicara.

“Ketahuilah. Waktu kita makan nasi, Allah dah menyatukan peranan ramai manusia. Nasi Bin Beras Bin Padi. Mula dari mencangkul, menggaru, buat bendang, menanam benih, memupuk, menjaga huma sampai membanting padi ada jasa banyak orang. Kemudian dari tanaman padi jadi beras dan jadi nasi. Terlalu ramai hamba Allah terlibat sampai jadi nasi.”

“Jadi kalau ada sebutir nasi sekalipun jatuh, ambillah. Jangan sebab masih banyak dalam pinggan, kita biarkan yang sebutir. Itu salah satu bentuk takabbur, dan Allah tak suka manusia yang takabur. Kalau tak kotor dan tak bawa mudarat pada kesihatan kita, ambil dan satukan dengan nasi lainnya, sebagai tanda syukur kita”.

Habib muda mengangguk.

“Sebab itulah sebelum makan, kita diajarkan doa: Allahumma bariklana (Ya Allah berkatilah kami). Bukan Allahumma barikli (Ya Allah berkatilah aku), walaupun waktu itu kita makan sendirian. 

“Lana” itu maknanya untuk semuanya: 
*Mulai petani, pedagang, pengangkut, pemasak sampai penyaji semuanya termaktub dalam doa tu. Jadi doa tu merupakan ucapan syukur kita serta mendoakan semua orang yang ada peranan dalam kehadiran nasi yang kita makan.”

“Dan kenapa dalam doa makan ada ayat: Waqina ‘adzaban nar (Jagalah kami dari azab neraka). Apa hubungan, makan dengan neraka pula?”

“Saya tak tahu,” jawab Habib muda.

“Begini. Kita makan ini hanya wasilah. Yang bagi kita 'rasa kenyang' adalah Allah. Kalau kita makan dan anggap yang bagi kenyang adalah makanan yang kita makan, maka takut itu akan menjatuhkan kita dalam kemusyrikan. Syirik! Dosa terbesar!”

“Astaghfirullahal‘adhim.” Habib muda, tak menyangka langsung makna doa makan sedalam itu.

• Catatan oleh Tuan Guru Maulana Habib Lutfi Bin Yahya, Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)