Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Jumaat, 20 Oktober 2017

BAGAIMANA AKAN MASUK KE HADRAT ALLAH SEDANGKAN MASIH BELUM BERTAUBAT DARI DOSA

12:26:00 PTG 0
BAGAIMANA AKAN MASUK KE HADRAT ALLAH  SEDANGKAN MASIH BELUM BERTAUBAT DARI DOSA
taubat

Uzlah/suluk tubuh badan saja tidak memberi kesan yang baik jika hati tidak ikut beruzlah/suluk. Walaupun tubuh badan dikurung hati masih boleh dihijab oleh empat perkara :

1) Gambaran, ingatan, tarikan dan keinginan terhadap benda-benda alam seperti harta, perempuan, pangkat dan lain-lain.

2) Kehendak atau syahwat yang mengarahkan perhatian kepada apa yang dikehendaki.

3) Kelalaian yang menutup ingatan terhadap Allah s.w.t.

4) Dosa yang tidak dibasuh dengan taubat masih mengotorkan hati.

Diri manusia tersusun daripada anasir tanah, air, api dan angin. Ia juga diresapi oleh unsur-unsur alam seperti galian, tumbuh-tumbuhan, haiwan, syaitan dan malaikat.

Tiap-tiap anasir dan unsur itu menarik hati kepada diri masing-masing. Tarik menarik itu akan menimbulkan kekacauan di dalam hati. Kekacauan itu pula menyebabkan hati menjadi keruh.

Hati yang keruh tidak dapat menerima sinaran nur yang melahirkan iman dan tauhid. Mengubati kekacauan hati adalah penting untuk membukakannya bagi menerima maklumat dari Alam Malakut. Hati yang kacau itu boleh diseimbangkan dengan cara menundukkan semua anasir dan unsur tadi kepada syariat.

Syariat menjadi tali yang dapat mengikat musuh-musuh yang cuba menawan hati. Penting bagi seorang murid yang menjalani jalan kerohanian menjadikan syariat sebagai payung yang mengharmonikan perjalanan anasir-anasir dan daya-daya yang menyerap ke dalam diri agar cermin hatinya bebas daripada gambar-gambar alam maya.

Bila cermin hati sudah bebas daripada gambar-gambar dan tarikan tersebut, hati dapat menghadap ke Hadrat Ilahi. Selain tarikan benda-benda alam, hati boleh juga tunduk kepada syahwat.

Kedua, syahwat bukan saja rangsangan hawa nafsu yang rendah. Semua bentuk kehendak diri sendiri yang berlawanan dengan kehendak Allah s.w.t adalah syahwat. Peranan syahwat adalah mengajak manusia supaya lari dari hukum dan peraturan Allah s.w.t serta membangkang takdir Ilahi. Syahwat membuat manusia tidak redha dengan keputusan Allah s.w.t. Seseorang yang mahu menuju Allah s.w.t, perlulah melepaskan dirinya dari belenggu syahwat dan kehendak diri sendiri, lalu masuk ke dalam benteng aslim yaitu berserah diri kepada Allah s.w.t dan redha dengan takdir-Nya.

Ketiga, kelalaian diistilahkan sebagai junub batin. Orang yang berjunub adalah tidak suci dan dilarang melakukan ibadat atau memasuki masjid. Orang yang berjunub batin pula tertegah dari memasuki Hadrat Ilahi. Orang yang di dalam junub batin iaitu lalai hati, kedudukannya seperti orang yang berjunub zahir, di mana amal ibadatnya tidak diterima. Allah s.w.t mengancam untuk mencampakkan orang yang bersembahyang dengan lalai (dalam keadaan berjunub batin) ke dalam neraka wil. Begitu hebat sekali ancaman Allah s.w.t kepada orang yang menghadap-Nya dengan hati yang lalai. Mengapa begitu hebat sekali ancaman Allah s.w.t kepada orang yang lalai ? Bayangkan hati itu berupa dan berbentuk seperti rupa dan bentuk kita yang zahir.

Hati yang khusyuk adalah umpama orang yang menghadap Allah s.w.t dengan mukanya, duduk dengan tertib, bercakap dengan sopan santun dan tidak berani mengangkat kepala di hadapan Maharaja Yang Maha Agung. Hati yang lalai pula adalah umpama orang yang menghadap dengan belakangnya, duduk secara biadab, bertutur kata tidak tentu hujung pangkal dan perbuatannya sangat tidak bersopan. Perbuatan demikian adalah satu penghinaan terhadap martabat ketuhanan Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi. Jika raja di dunia murka dengan perbuatan demikian, maka Raja kepada sekalian raja-raja lebih berhak melemparkan kemurkaan-Nya kepada hamba yang biadab itu dan layaklah jika si hamba yang demikian dicampakkan ke dalam neraka wil. Hanya hamba yang khusyuk, yang tahu bersopan santun di hadapan Tuhannya dan mengagungkan Tuhannya yang layak masuk ke Hadrat-Nya, sementara hamba yang lalai, tidak tahu bersopan santun tidak layak mendekati-Nya.

Perkara yang keempat adalah dosa-dosa yang belum ditebus dengan taubat. Ia menujung seseorang daripada memahami rahsia-rahsia yang halus-halus. Pintu kepada Perbendaharaan Allah s.w.t yang tersembunyi adalah taubat ! Orang yang telah menyuci-bersihkan hatinya hanya mampu berdiri di luar pintu Rahasia Allah s.w.t selagi dia belum bertaubat, samalah seperti orang yang mati syahid yang belum menjelaskan hutangnya terpaksa menunggu di luar syurga.

Jika dia mahu masuk ke dalam Perbendaharaan Allah s.w.t yang tersembunyi yang mengandungi rahsia yang halus-halus wajiblah bertaubat. Taubat itu sendiri merupakan rahsia yang halus. Orang yang tidak memahami rahasia taubat tidak akan mengerti mengapa Rasulullah s.a.w yang tidak pernah melakukan dosa masih juga memohon keampunan sedangkan sekalipun baginda s.a.w berdosa semuanya diampunkan Allah s.w.t. Adakah Rasulullah s.a.w tidak yakin bahwa Allah s.w.t mengampunkan semua dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan baginda s.a.w ?

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Khamis, 19 Oktober 2017

Isteri Terbaik Adalah Isteriku

11:02:00 PTG 0
Isteri Terbaik Adalah Isteriku
Isteri Terbaik Adalah Isteriku
Menyiarkan artikel yang bertajuk Isteri Terbaik Adalah Isteriku adalah satu keputusan yang paling sukar sepanjang saya mejadi blogger. Artikel sedemikian bukanlah minat saya kerana artikel yang memuji diri sendiri, anak atau isteri adalah artikel  yang membuat kita "menyampah".

Namun aku terus mendesak untuk menulis artikel ini setelah difikirkan sedalam-dalamnya. Kenapa aku kata Isteri Terbaik Adalah Isteriku.

Isteri Terbaik Adalah IsterikuLahirnya seorang wanita yang bergelar isteri, tugas utamanya beralih kepada suaminya. Dan isteri aku mempunyai segala-galnya. Ya, wanita zaman ini mungkin banyak mendesak tapi lama kelamaan biasalah kita dan lagi pun kita bukan mahu isteri yang terlalu mengikut kata kita hingga tidak boleh berfikir sendiri kan.

Perkara yang membuat aku begitu menghargainya ialah ketika aku dibuang kerja. Selam 3 bulan aku tidak tidak bekerja dan wang simpanan bukannya ada, Gadai barang kemas, minta bantuan emaknya dan adiknya dan aku sendiri bertuah mempunyai ibu yang memahami diriku.

Selama 3 bulan beliau iaitu isteriku tabah melayani suaminya yang tidak bekerja. Siapa kata aku tak risau. Duit rumah, duit kereta, perbelanjaan bulanan semuanya wajib kena bayar. Isteri sendiri pun berhenti membantu keluarganya disebabkan aku.

Tak pernah mengeluarkan suara walau sedikitpun tentang masalah kami. Malah menyokong apa jua tindakan aku. Itulah pengorbanan terbesar isteri aku.

Dan melalui pengorbanan beliau dan doa wanita-wanita terbaik dalam hidupku iaitu ibuku dan isteriku. Bulan keempat  aku  amemperolehi pekerjaan. Jika sebulan lagi tak bekerja, habis semua harta kami. Syukur alhamdulilah.

Untuk mengenal isteri kita betul-betul menyokong kita adalah waktu kesusahan kita paling tertinggi. Dan saya bertuah isteri saya 100% cuba memahami masalah aku ketika itu. Rasanya tak mahu lalui ujian sedemikian lagi. Mental terus jatuh dan keyakinan diri kosong. Hanya keluarga yang menyokong anda.

Dan sebagai suami, aku banyak menyakiti hatinya secara sedar atau tidak. Tapi itulah sikap wanita, merajuk dan kemudian pulihkan diri sendiri...hahahahaha.

Dari segi pergaulan pula. Jangan mimpi ada lelaki lain nak bergurau-gurau kasar dengan beliau. Isteri aku setakat aku mengahwaninya belum pernah lihat ia bergurau dengan rakan-rakan lelaki aku atau melihat lebih batasan pergaulan dengan mana-mana lelaki. Aku tahu ler sebab kami satu tempat kerja.
Bukanlah aku melarang dia berkawan dengan mana-mana lelaki maksudnya pergaulannya ada batasnya.

Satu rahmat yang terbaik, sebab aku adalah lelaki yang kuat cemburu walaupun aku tak akuinya. Dan sikap isteri ku yang pandai menjaga dirinya memadamkan cemburu aku.

Manakala dengan pergaulan rakan wanita. Ramai rakan-rakan wanita beliau sering ajak keluar tetapi beliau tidak pernah pergi hingga hari ini. Belum pernah dalam sejarah aku berkahwin dengan isteriku. Aku melihat dia berjimba dengan rakan-rakan wanitanya. Malah aku pun tak pernah kenal rakan sekolah wanitanya. Semua ditanam selepas beliau berkahwin.

Kenapa? Untuk mengelakkan aku salah faham atau terpengaruh dengan aktiviti yang tidak baik.
Untuk siapa, sudah tentu untuk menjaga hati aku.

Tahukah anda bahawa isteri aku tidak tahu memandu kereta? Berkali-kali aku mendesaknya untuk belajar memandu kereta namun tidak kesampaian.

Isteriku sengaja tidak mahu belajar kerana dia tahu sikapnya yang suka berjalan-jalan. Dan takut kalau ada lesen kereta, mejadi lupa diri dan melalui pengalaman beliau dengan rakan-rakannya yang mempunyai lesen memandu. Semuanya terlalu bebas dan ada yang tersasar.

Jika mahu diceritakan terlalu banyak kebaikan dalaman isteri ku  ini. Orang yang paling aku sayang dan belum pernah aku ucapkan sedemikian di hadapannya.
Aku lelaki tipikal melayu macam ini ler, susah nak sebut Isteriku Adalah Nyawaku,

Terima kasih isteriku, walau pun abang kau ini gemuk dan degil dan suka sepah barang. Walau pun cayang suka berleter setiap hari, sayang adalah permata abang. Abang sayang kamu.

Aku menulis di blog ini yang tidak mungkin dibaca oleh isteriku. Ini adalah blog sampingan aku.
Aku menulis di sini keran aku bersyukur nikmat yang Allah berikan padaku.

Betul...setiap ujian yang Allah berikan kita ada hikmahnya.Aku adalah sebahagian insan bertuah menerima ujianNya dan hikmahnya memang tiada nilainya. amin.


Isteri Terbaik Adalah Isteriku

Isteri Terbaik Adalah Isteriku

Isteri Terbaik Adalah Isteriku

Isteri Terbaik Adalah Isteriku


KATA-KATA TERAKHIR STEVE JOB

4:48:00 PTG 0
KATA-KATA TERAKHIR STEVE JOB

KATA-KATA TERAKHIR STEVE JOBs
Pengasas/pemilik APPLE Co.

Dalam ayatnya...tapi terlambat...

Bayangkan kekayaan bersih USD 10.5 Billion
atau setara RM 46 Billion mati kerana kanser. Terbukti kekayaan tidak mampu membeli sebuah kesihatan.

Meninggal pada
5 Oktober 2011.
Beliau lahir 24 Februari 1955.
Meninggal dunia pada usia 46 tahun.
.
Kata-kata terakhir
Steve Jobbs
sebelum meninggal:
.
Dalam dunia business,
aku adalah simbol dari kejayaan,
seakan-akan harta dan diriku tiada pemisahan,kerana selain kerja, hobiku tak banyak.
.
Saat ini
aku berbaring di hospital, merenungi jalan kehidupanku, kekayaan, nama, dan kedudukan, semuanya itu tidak ada ertinya lagi.
.
Malam yang hening,
cahaya dan suara mesin
di sekitar katilku, bagaikan nafasnya
maut kematian yang hampir pada diriku.
.
Sekarang aku mengerti,
seseorang hanya patut memiliki harta secukupnya untuk digunakan dirinya saja
itu sudah cukup.
.
Mengejar kekayaan tanpa batas itu
bagaikan monster yang mengerikan.
.
Tuhan memberi kita organ-organ perasa,
agar kita boleh merasakan cinta kasih
yang terpendam dalam hati kita yang paling dalam.
.
Tetapi bukan kegembiraan yang datang dari kehidupan yang mewah - itu hanya ilusi saja.
.
Harta kekayaan yang aku perolehi semasa aku hidup,
tak mungkin boleh ku bawa pergi.
.
Yang aku boleh bawa adalah kasih yang murni yang selama ini terpendam dalam hatiku.
.
Hanya cinta kasih itulah yang mampu memberiku kekuatan dan ketenangan.
.
Katil apa yang termahal di dunia ini ?
Katil orang sakit.
.
Orang lain boleh bukakan kereta untukmu,
orang lain boleh kerja untukmu,
tapi tidak ada orang boleh menggantikan sakitmu.
.
Barang yang hilang boleh didapatkan kembali,
tapi nyawa hilang
tak boleh kembali lagi.
.
Saat kamu masuk
ke bilik bedah,
baru kamu sedari betapa berharganya kesihatan itu.
.
Kita berjalan di jalan kehidupan ini.
Dengan berlalunya waktu,
suatu saat akan sampai tujuan.
.
Bagaikan panggung pentas pun,
tirai panggung akan tertutup,
pentas telah berakhir.
.
Yang patut kita hargai dan sayangkan adalah
hubungan kasih antara keluarga, cinta akan suami-isteri dan juga kasih persahabatan antara teman.
.
HARGAI SETIAP DETIK DALAM KEHIDUPAN KITA,
.
ISI HIDUP KITA DENGAN PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIBELI DENGAN WANG .
.
Source : Sessi Interview kepada beliau dari Magazine "The Last Word"
.
Ingat lah, Segala-galanya perlukan wang..
Tapi wang bukan segala-galanya..
Hanya yang mengenal Allah hati akan tenang..

Isnin, 16 Oktober 2017

PASrelief Bantuan Kepada Pelarian Rohingya

8:33:00 PTG 0
PASrelief Bantuan Kepada Pelarian Rohingya

Allah sajalah pemberi sebaik-baik balasan...

Alhamdulillah! Deligasi misi kemanusiaan PASRelief bersama Timbalan Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan beberapa pimpinan PAS Pusat dan negeri telah selamat tiba ke tanahair pagi tadi, 13 Oktober 2017 jam 6.30 pagi.

Sepanjang misi kali ini, PASRelief telah menyampaikan sumbangan ahli PAS dan seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dengan penderitaan pelarian Muslim Rohingya, seperti berikut:

1. 70 buah telaga tiub (tubewell) untuk bekalan air bersih untuk minuman, mandi dan mencuci. Penaja terbesar projek ini ialah PAS Negeri Pahang yang menyumbangkan 40 buah tubewell di beberapa buah kem pelarian. Penyumbang lain adalah SABASUN HYPERrUNCIT (15 buah) dan dana yang disumbangkan oleh orang ramai melalui Tabung Kemanusiaan Antarabangsa (TKA) sebanyak 15 buah. Sebahagian besar sumbangan tubewell ini masih dalam proses pembinaan.

2. 5000 pakej makanan asas yang mengandungi 10 kilogram (kg) beras, 1 kg minyak masak, 0.5 kg kacal dal, 0.5 kg garam dan 0.5 kg bawang dan 0.5 kg bijirin. Pakej ini memberi manfaat kepada 5000 keluarga pelarian yang sangat terdesak akibat terputus bekalan sejak lebih sebulan lalu. Berat keseluruhan pakej makanan ini adalah kira-kira 65 tan.

3. 25 buah khemah kediaman lagi didirikan untuk diberikan khusus kepada keluarga balu (ibu tunggal)akibat suami mereka dibunuh oleh regim. myanmar dan anak yatim pelarian Muslim Rohingya. Dalam misi pada bulan lalu, 55 buah khemah kediaman seumpama ini telah disiapkan. Antara penyumbang kediaman ini ialah Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dari Terengganu (11 buah) dan dana TKA (14 buah).

4. 15 buah sekolah (bilik darjah) didirikan untuk manfaat 600 anak-anak pelarian mendapat pendidikan sekolah rendah mengikut silibus khas yang dirangka oleh kumpulan graduan Universiti Islam Chittagong yang juga terdiri daripada anak-anak pelarian yang mendiami kem-kem ini seja lebih 20 tahun lalu. Mereka juga akan menjadi pengelola dan tenaga pengajar di kelas-kelas tersebut. Kumpulan ini bernaung di bawah persatuan Ittihad Al-Tullab Al-Muslimeen Arakan (ITM).

5. 3 buah Musolla tempat ibadah yang akan digunakan juga sebagai madrasah pengajian Al-Quran anak-anak pelarian juga disumbangkan oleh PASRelief melalui dana terkumpul peserta misi dan dana TKA. Kos setiap sebuah musolla ini adalah RM10,000 dengan keluasa 50 kaki lebar dan 75 kaki panjang menggunakan bahan-bahan asas yang didapati di daerah ini.
6. Sumbangan tunai juga diberikan kepada para pelarian yang sempat, terutama ibu-ibu dengan bayi dan orang-orang tua serta kanak-kanak yang meruntun tangan dan baju merayu bantuan.

Sumbangan wang amat sukar disampaikan kerana akan berlaku perebutan dan pergelutan untuk mendapatkan wang, yang dikhuatiri boleh mengundang kecederaan kepada mereka.

7. Keseluruhan sumbangan PASRelief dalam misi kali ini berjumlah RM362,730.00, tidak termasuk kos lain seperti pengurusan, perjalanan dan penginapan yang ditanggung sendiri oleh peserta misi.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua DMPM), YB Ustaz Mohd Rosli Abdul Jabar (Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang), YB Ustaz Sollehen Mukhyi (PJ PAS Selangor), Ustaz Misbahul Munir Masduki (AJK PAS Pusat), Ustaz Norazli Musa (Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat) Ustaz Mohd Yusni Mat Piah (Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang), Pimpinan Kumpulan Aktivis Media Independen Terengganu (KAMI), wakil Jabatan Amal dan Yayasan Amal Pahang, En Zubir Ahmad (YDP PAS Kawasan Langkawi), dua orang wartawan Harakah dan sukarelawan-sukarelawan PASRelief yang telah menjayakan misi kali ini.

Paling dihargai adalah para penyumbang dana sama ada secara tunai atau yang menyumbang ke Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PASRelief (5640 7061 1352- Maybak). Allah lah sebaik-baik pemberi balasan kepada jasa baik para penyumbang. Semoga semua ini diterima sebagai Jihad yang besar di sisiNya.

Laporan
Muhammad Sanusi Md Nor
Pengarah PASRelief
Ketua Operasi Misi 8-12 Oktober 2017















DILARANG SOMBONG

8:26:00 PTG 0
DILARANG SOMBONG
DILARANG SOMBONG
DILARANG SOMBONG

Lahir : ditolong oleh orang lain

Azan ditelinga: dilakukan oleh orang lain

Nama : diberi oleh orang lain

Pendidikan : dapat dari orang lain

Gaji : terima dari orang lain

Keuntungan : hasil pembelian oleh orang Lain

Kehormatan : diberikan oleh orang lain

Mandi pertama: dilakukan oleh orang lain

Mandi terakhir: dilakukan oleh orang lain

Harta setelah meninggal: menjadi hak orang lain

Pengebumian : dilakukan oleh orang lain

Talqin : dilakukan oleh orang lain

Ternyata sejak lahir hingga meninggal kita selalu memerlukan orang Lain

Kita patut sedar bahawa hidup ini memerlukan orang lain...
DI MANAKAH KEHEBATAN KITA?
Ternyata, kita bukanlah sesiapa tanpa "ORANG LAIN"

Bergaullah dengan manusia dengan pergaulan dan interaksi yang baik, kita tidak tahu siapakah pula diantara mereka yang dapat menolong kita pula dipadang Mahsyar nanti dengan bantuan syafaatnya.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

SAMPAI BILA KAMU SIBUK DENGAN KELAZATAN ?

8:25:00 PTG 0
SAMPAI BILA KAMU SIBUK DENGAN KELAZATAN ?
SAMPAI BILA KAMU SIBUK DENGAN KELAZATAN ?
As Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Miliki Al-Hasani

Alkisah, ada seorang fakir miskin melalui jalan Madinah.
Di sepanjang jalan, dia sering melihat orang-orang makan daging.
diapun merasa sedih kerana jarang sekali dapat makan daging.
Dia pulang ke rumahnya dengan hati yang hiba.

Sesampai di rumah, istrinya menghidangkan kacang rebus.
Dengan hati terpaksa, dia memakan kacang itu seraya membuang kupasan kulitnya ke luar jendela.
Dia sangat bosan dengan kacang.
Dia bilang kepada istrinya "Bagaimana hidup kita ini?
Orang-orang makan Daging, kita masih makan kacang."

Tak lama kemudian, dia keluar ke jalan di pinggir rumahnya. Alangkah terkejut, dia melihat seorang lelaki tua duduk di bawah jendela rumahnya sambil memungut kulit-kulit kacang yang tadi ia buang dan memakannya sambil mengucapkan :

‎الحمدلله الذي رزقني من غير حول مني ولا قوة

"Segala Puji bagi Allah سبحانه و تعالى yang telah memberiku rezeki tanpa harus mengeluarkan tenaga."

Mendengar Ucapan Lelaki Tua itu, dia menitikkan Air Mata, seraya bergumam:

‎رضيت يا رب

"Sejak Detik ini, aku Rela dengan apapun yg Engkau berikan, ya Allah."

Rezeki itu yang penting mengalir. Besar atau kecil yg penting ada alirannya.

Jngan harap mengalir seperti banjir.
Kalau tak pandai berenang boleh tenggelam.

‎ﺇﻟﻰ ﻣﺘﻰ ﺃﻧﺖ ﺑﺎﻟﻠﺬﺍﺕ ﻣﺸﻐﻮﻝ
‎ﻭﺃﻧﺖ ﻋﻦ ﻛﻞ ﻣﺎ ﻗﺪﻣﺖ ﻣﺴﺌﻮﻝ.

Sampai bilakah engkau sibuk dngn kelazatan? Sedangkan engkau akan di tanya tentang semua yang kau lakukan.

Kalam Sayyidina Ali bin Abi Thalib Karromalloohu Wajhah.:

‎ﻣﻦ ﻛﺎﻧﺖ ﻫﻤّﺘﻪ ﻣﺎ ﻳﺪﺧﻞ ﻓﻲ ﺑﻄﻨﻪ ﻛﺎﻧﺖ ﻗﻴﻤﺘﻪ ﻣﺎ ﻳﺨﺮﺝ ﻣﻨﻪ

"Barangsiapa perhatiannya hanya pada apa yg masuk ke perutnya, maka nilai seseorang itu tidak lebih dari apa yang keluar dari perutnya"

Semoga bermanfaat & selamat menyambut sayyidul ayyaam. Jumuah Mubarakah..

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Jarang orang menyesal

8:24:00 PTG 0
Jarang orang menyesal
Jarang orang menyesal
Jarang orang menyesal kerana bersikap tenang, tapi ramai orang menyesal kerana bersikap tergesa-gesa.

Jarang orang menyesal kerana diam, tapi ramai orang menyesal kerana banyak bercakap.

Jarang orang menyesal kerana berbaik sangka, tapi ramai orang menyesal kerana berburuk sangka.

Jarang orang menyesal kerana jujur, tapi ramai orang yang menyesal kerana tidak jujur dan khianat.

Jarang orang menyesal kerana jujur mengatakan tidak tahu, tapi ramai orang yang menyesal kerana merasa serba tahu padahal tidak tahu.

Jarang orang menyesal kerana sabar, tapi ramai orang menyesal kerana marah dan cepat emosi.

Jarang orang menyesal kerana memaafkan, tapi ramai orang yang menyesal kerana menaruh dendam.

Jarang orang menyesal kerana bersikap rendah hati, tapi ramai orang menyesal kerana sombong.

Jarang orang menyesal kerana bersikap lemah lembut, tapi ramai orang menyesal kerana bersikap keras dan kasar.

Jarang orang menyesal kerana bersedekah, tapi ramai orang menyesal kerana hartanya hilang, kena tipu, dan sebagainya.

(Dipetik daripada facebook Zonkuliah)

Jumaat, 13 Oktober 2017

Bali Pemandu Pelancong Muslim

11:24:00 PTG 0
Bali Pemandu Pelancong Muslim
Mohon kebenaran untuk siarkan artikel ini untuk semua muslim yang ingin berkunjung ke Bali. Sebaiknya gunakan pemandu pelancong Muslim. Pak Yanto mengambil insiatif sendiri untuk membuat syarikat pelancongan khas untuk muslim.

Diharap kita dapat membantu saudara islam kita. Amin


Pemandu Pelancong  Muslim Bali Terbaik

Ramai yang mengatakan kalau pergi ke Bali masalah utama ialah makanan halal sukar di cari kerana rata-rata orang di sana beragama hindu.  Tapi kami bernasib baik kerana telah mengguna perkhidmatan pemandu pelancong iaitu Pak Yanto.

Semasa kami ke sana, kami telah dijemput oleh pekerjanya iaitu Alif yang akan melayan kami selama 5 hari 4 malam.

Pemandu Pelancong  Muslim Bali Terbaik
Perkhidmatan yang diberikan amat baik sekali. Kalau bab makan jangan cerita ler semua makanan istimewa Bali semua kami telan seperti Ayam Bakar, Ayam Pedas dan Ayam Tulang Lunak. Malah pemandu pelancong kami Aliff  siap beritahu kedai makan ini agak mahal. Kalau mahu dia boleh bawakan kami.

Seawal perjalan kami, beliau merupakan fotografer kami. Aliff inimemeang minat ambil gambar kami dan berselfie. Selesa berjalan bersama beliau. Mana sahaja arah tuju kami beliau turutkan.

Yang aku respek ialah pada hari ketiga, rancangan kami terganggu oleh hujan . Mahu tak mahu terpaksa ubahsuai perjalanan kami dimana jadual hari keempat diubah pada hari ketiga iaitu membeli belah.

Walau pun kami dah sampai ke Pantai Pandawa dan sepatutnya perjalanan kami ke Uluwatu dan Malasti terpaksa patah balik untuk ubahsuai masa kami.

Jika anda ke Bali, saya rekeman kuat agar anda menggunakan perkhidmatan beliau. Disini saya rekemenkan Alif iaitu pekerja Pak Yanto. Kalau saya rekemen Pak Yanto pula, dia hantar orang lain saya tak pernah gunakan perkhidmatan mereka nanti anda salahkan saya pula..hahahha.

Anda boleh melihat Inteneri penuh 5 hari 4 malam kami di Bali disusun oleh Alif. Padat betul.

Untuk pengetahuan anda syarikat Pak Yanto ini merupakan syarikat pelancongan muslim yang terkenal di Bali. Anda boleh lihat Facebook YTO Muslim Bali Tour Pak Yanto di sini. Kena promosi tokey si Alif juga , kalau tak kena marah dia..hahahaha.

Anda boleh menelepon atau What Apps Pak Yanto di :+62 817-556-488.
Masa telepon dia boleh minta perkhidmatan Alif, pemandu pelancong kami.


Anda juga boleh menelepon atau what apps Alif secara terus disini:

Telepon: +62 852-5300-5807 
Instagram : @alif_travelbali
Email: aliftravelbali@gmail.com

Pemandu Pelancong  Muslim Bali Terbaik
Ni Facebook beliau - klik sini

Pemandu Pelancong  Muslim Bali Terbaik

Beliau seorang yang ceria dan sepanjang perjalanan kami semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Sekali lagi kami amat berpuas hati dengan syarikat pak Yanto dan anak buahnya yang ceria.

Kos full tour sehari yang dikenakan kami ialah RM350K dan kami menggunkan perkhidmatan 3 hari full tour serta ambil dan hantar kami ke airport. Total RP1.2 juta untuk 5 hari 4 malam. Murah kan. Tapi itu kos saya pada masa saya melancong ke sini yek.. Harga berbeza pada situasi tertentu.

Jika anda melancong dalam kumpulan yang besar mereke mempunyai van yang disediakan. Alif nasihatkan kami jangan mengambil bas kerana ada tempat bas tak boleh masuk. Rugi!!
Ambil van sahaja, jika ramai ambil 2 van, semua tempat boleh masuk.

Kami juga banyak dinasihatkan tentang keselamatan dan sepanjang kami disana ia mesti temankan kami sepanjang hari. Bukan sesetengah pemandu pelancong, sampai sana tinggalkan anda ronda sendiri.

Saya harap jika anda melancong gunakan khidmat Pak Yanto dan anak buah dia yang ceria Alif. Makan dan minum anda pasti terjaga dan halal.

Pemandu Pelancong  Muslim Bali Terbaik


Pemandu Pelancong  Muslim Bali Terbaik


Pemandu Pelancong  Muslim Bali Terbaik
Di Airport nak balik ....

HEBATNYA KALIMAH ... لا حول ولا قوة إلا بالله

12:03:00 PTG 0
HEBATNYA KALIMAH ... لا حول ولا قوة إلا بالله
*HEBATNYA KALIMAH*... لا حول ولا قوة إلا بالله*

*HEBATNYA KALIMAH*... لا حول ولا قوة إلا بالله*

Bagi seorang muslim kalimah *Hawqalah* yaitu lafaz 'Laa hawla wa laa quwwata illa billah' tentu bukan asing bagi kita. Ucapan tersebut sering kali kita ucapkan secara spontan ketika seseorang dalam kesulitan, dalam keadaan tertekan atau boleh juga ketika seseorang itu terkejut atau tercengang dan terkejut menyaksikan keajaiban yang terjadi, yaitu suatu kejadian yang mustahil terjadi menurut fikiran kita.

Dikisahkan ada seorang sahabat 'Auf bin Malik Al-Asyja'i pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW, dan berkata:

"Ya Rasulullah saw sesungguhnya anakku Malik telah berangkat bersamamu berperang di jalan Allah dan ia belum pulang, apa yang harus kami lakukan? Padahal semua pasukan sudah pulang."

Rasulullah saw bersabda:

"Ya 'Auf perbanyaklah kamu dan isterimu mengucapkan:

لا حول ولا قوة إلا بالله
(Laa haula wa laa quwwata illa billah... Tidak ada daya dan kekuatan selain dari Allah.)"

Auf pulang ke rumah dan isterinya sendiri menanti anaknya yang belum pulang. Melihat suaminya pulang isterinya lalu bertanya:

"Wahai 'Auf apa yang diberikan Rasulullah SAW?"

Auf menjawab: Beliau mewasiatkan kepada ku dan kamu juga agar kita perbanyakan ucapkan:

لا حول ولا قوة إلا بالله

Apa jawapan isterinya yang solehah dan sabar ini?

"Ya, sungguh benar Rasulullah SAW"

Akhirnya mereka berdua duduk dan terus berdzikir dengan

لا حول ولا قوة إلا بالله

Sampai waktu malam yang gelap tiba, lalu ada seseorang yang mengetuk pintu rumah mereka. dan Auf berdiri membuka pintu, ternyata yang pulang adalah anaknya Malik membawa banyak sekali kambing sebagai ghonimah.

Maka Auf bertanya: Apakah yang sebenarnya berlaku ?

Malik menjawab:

"Sesungguhnya musuh telah menangkapku dan mengikatku dengan rantai besi dan mengikat dua kakiku, maka ketika malam tiba saya berusaha keras untuk lolos tapi tidak mampu, kerana kuatnya ikatan


dikedua tangan dan kaki. Tiba-tiba ikatan dari besi perlahan-lahan longgar sehingga ikatan dikedua tangan dan kaki terlepas. Maka saya datang sekarang dengan kambing-kambing ghonimah ini."

Maka Auf berkata: "Wahai ananda bukankah jarak antara musuh dan kita jauh sekali? Bagaimana kamu boleh datang dalam waktu satu malam?"

Malik menjawab: "Wahai ayahanda, demi Allah ketika ikatan itu lepas saya merasa ada Malaikat yang membawa saya."

Subhanallahal 'adzim...

Maka Auf mendatangi Rasulullah SAW untuk memberi kabar beliau.

Tapi sebelum Auf memberi kabar beliau, Rasulullah SAW mengatakan kepada Auf: Wahai Auf bergembiralah bahawa Allah swt menurunkan ayatnya tentang urusanmu:

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (٢) وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا (٣

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan Mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya. rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (QS Ath-Thalaq:2-3)

Ketahuilah sesungguhnya

لا حولا ولا قوة إلا بالله

Adalah harta terpendam dibawah singgasana 'Arsy Ar-Rahman.

Ia adalah ubat bagi 99 penyakit, yang paling ringan adalah penyakit gundah.

Kalimah ini juga merupakan simpanan pahala yang banyak di surga nanti

Suatu ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda pada ‘Abdullah bin Qois,

“Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘Laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di surga” (HR. Bukhari no. 7386).

Dari Abi Musa Al-Asy’ari radhiallahu anhu ia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam berkata kepadaku: “Maukah aku tunjukkan kepadamu salah satu bacaan yang menjadi simpanan kekayaan di dalam syurga?” Maka aku menjawab: “Tentu, wahai Rasulullah”. Maka beliau menjawab: “Ucapkanlah Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah”

Subhanallah..

Saudara-saudaraku..

Jika antum mahu share niatkanlah dengan baik mudah-mudahan dapat menjadi ubat bagi masalah antum dan kita semua.

Khamis, 12 Oktober 2017

RAHSIA BISMILLAH

2:15:00 PG 0
RAHSIA BISMILLAH
RAHSIA BISMILLAH
RAHSIA BISMILLAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Di sini Allah sebut dengan nama Nya, yang mana Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 2 sifat ini adalah sifat Allah yang termasuk dalam Asmaul Husna, yang 99.

Ertinya sifat-sifat Allah yang disebut dalam Asmaul Husna, yang ada dalam Quran dan Hadis, itu semua merupakan 1 pakej yang memperlihatkan kebesaran, keagungan dan kehebatan Allah.

Daripada keseluruhan itu, yang merupakan 1 pakej, yang Allah tidak sebut sebenarnya lebih banyak tidak terhingga. Ertiya kebesaran dan keagungan Allah tidak ada kesudahan tetapi Allah hanya sebutkan 99.

Daripada 99 sifat Allah itu, Allah sangat menonjolkan sifat rahman dan rahim Nya. Sebab itu Hadis ada menyebut,

"Setiap perkara-perkara yang baik, kalau tidak dimulakan dengan Bismillah maka terputuslah berkatnya."

Mengapa Allah tonjolkan 2 sifat ini dan tidak yang lain?

Kalau kita kaji setidak-tidaknya ada beberapa maksud atau faedahnya iaitu:

1) Kalau kita prihatin, memang 2 sifat inilah yang tertonjol.

Buktinya, ia berlaku dari kita bangun tidur sejak pagi. Sedar-sedar sahaja kita boleh bernafas. Hidup lagi aku. Sayangnya Allah dengan aku. Dengan nafas itulah aku boleh hidup. Hidup itu sendiri adalah rahman dan rahim Allah. Bila kita pergi bilik air, itu rahman dan rahim Allah. Boleh melangkah lagi aku. Allah sayang lagi dengan aku. Masuk bilik air, ada air lagi untuk mandi. Kita rasa segar. Tenaga kita yang tidak aktif semalaman itu, bila dapat air, terasa segar. Itulah kasih sayang Allah. Baru sampai bilik air sahaja, berapa ribu rahman dan rahim Allah. Mandi, bernafas dalam bilik air.

Lepas itu kita boleh sembahyang dengan rahman dan rahim Allah juga. Seterusnya kita keluar pergi kerja dengan nafas yang turun naik, itu juga rahman dan rahim Allah yang berlaku setiap detik.

Kita melangkah kaki, memijak di bumi Allah. Kalaulah Allah jerluskan, kan dahsyat. Boleh berpijak dengan baik di bumi Allah. Boleh pula melihat-lihat ciptaan Allah, Rupaya mata aku tidak buta. Ini rahman dan rahim Allah. Dengan rahman dan rahim Allah itu, kita seperti di lambak-lambak dengan nikmat Allah.

Jadi itu hikmah yang pertama mengapa Allah menonjolkan diri Nya dengan 2 sifat ini. Kalau orang prihatin dalam kehidupannya, mata, akal dan rohnya prihatin, memang sifat rahman dan rahim Allah sangat menonjol. Sifat rahman dan rahim Allah yang mencurah-curah itu ibarat seorang di padang pasir, didatangkan salji yang tidak berhenti-henti.

Jadi munasabahlah Allah suruh menyebut nama ini pada setiap perbuatan yang baik. Memang sifat inilah yang tertonjol.

2) Supaya berkat setiap kebaikan yang kita buat samada yang bersifat maddi atau maknawi, rohaniah, jangan lupa bacalah Bismillah

Supaya lahir cinta terhadap Allah. Apa rahsianya? Kita cinta atau tidak cnta Allah, itu tidak jadi masalah bagi Allah. Keagungan Allah tetap. Dia tidak berubah samada kita cinta atau bencikan Nya. Allah seolah-olah mengajar kita, apabila kita membaca Bismillah, kita tersedar atau tersentak yang mana waktu itu kita akan prihatin dengan banyaknya nikmat Allah. Supaya kita cintakan Allah. Agar kita jatuh hati dengan Allah. Faedahnya bukan untuk Allah.

Kalau orang cintakan Allah, automatik dia akan cinta sesama manusia. Untungnya sesama manusia. Bila cinta sesama manusia, tiada pergaduhan, ada tolak ansur, berkerjasama, bermaaf-maafan, tiada hasad dengki, tidak ada peperangan. Keuntungan, faedah dan manfaatnya untuk manusia, bukan untuk Allah. Di sini ada rahsia dalam rahsia. Dalam rahman dan rahim Allah itu, bila kita kaji hikmahnya, dalamnya itu ada rahman dan rahim. Hikmahnya itu juga adalah rahman dan rahim Allah. Dalam rahman ada rahman. Dalam rahim ada rahim. Dalam kasih ada kasih. Dalam cinta ada cinta. Dalam kebaikan ada kebaikan.

3) Allah suruh setiap kebajikan itu dimulakan dengan Bismillah

Ertiya dalam satu hari, berapa ratus kali kita baca Bismillah. Hendak makan, minum, pakai pakaian, hendak berjalan, kita baca Bismillah. Apa maksudnya yang lain?

Supaya kita ada rasa kehambaan. Rupanya kita tidak boleh hi

dup tanpa Allah. Rasa kehambaan itu sifat tawaduk yang wajib. Allah suka sangat hamba itu rasa hamba. Jadi bagi orang yang prihatin, dengan sendiri dia jadi tawaduk, rasa perlu dengan Allah, dia rasa kalau tidak kerana Allah, dia tidak boleh hidup. Lahir rasa bertuhan. Tidak besar ke? Akhirnya hati kita sentiasa berhubung dengan Allah.


4) Hikmah lain yang tersirat, kalau kita tidak baca Bismillah dalam berpakaian, makan minum ertinya apa yang kita buat tidak berkat

Kalau tidak berkat, Allah tidak bersama kita. Bila Allah tidak bersama, itu yang jadi masalah. Bila makan minum, penyakit pun banyak. Bila kita berpakaian, hati jadi lalai, rasa diri cantik dan hebat. Lalai itu adalah satu bala dari Allah. Buat apa pun kalau tidak baca Bismillah, walau pun berjaya Allah beri secara istidraj. Maju di satu sudut tetapi negatif di sudut lain. Meniaga maju tetapi orang benci, anak isteri tidak harmoni. Oleh kerana Allah marah, diberi secara istidraj, untung di satu sudut, di lain sudut Allah tarik kasih sayang, makan banyak datang penyakit dan lain-lain lagi.

5) Kalau kita kaji lagi dalam Bismillahi rahmanir rahim, terutama bila baca surah al-Fatihah sampai habis, kemudian sebelum baca ayat lain, baca Bismillah, selain hendak pertahankan berkat, kedudukannya sunat sahaja

Tetapi bagi Al Fatehah diwajibkan kerana ia satu ayat daripada surah itu. Kalau solat tidak baca Bismillah, batal Fatehah, batal solat. Apa maksudnya?

Sebenarnya kita baca Bismilah ini kasih sayang Allah. Bagi kita Al Quran yang isinya ada dalam Al Fatehah itu, kalau kita ada ilmunya, boleh fahami, hayati dan apply-kan nya dalam kehidupan kita, itu rahmat dan nikmat Allah yang paling besar, yang mana kita akan selamat di dunia dan Akhirat. Begitu kasih sayang Allah.

Patutlah Allah suruh baca Bismillah di awal Al Fatehah sebab Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Patutlah wajib baca Bismillah pada Al Fatehah, tidak seperti surah-surah lain.

Inilah yang sebenarnya kemuncak hikmah rahman dan rahim Allah. Apa yang dicerita tadi, termasuk dalam isi Fatehah. Didahulukan ia supaya kita nampak sebab nikmat yang lahir, mudah untuk kita faham dan cepat terasa. Nikmat yang bersifat rohaniah perlu dikaji dan dibahaskan baru terasa. Begitu juga rahmat dan nikmat Allah yang bersifat akliah lebih mudah kita rasa daripada yang bersifat ruhiyyah atau maknawiyah. Sebab nikmat Allah ada 3 iaitu yang bersifat mata, bersifat akal dan bersifat roh. Mata cepat nampak nikmat tetapi itu pun payah untuk terasa. Yang bersifat akliah, mungkin lambat sedikit untuk terasa manakala yang bersifat ruhiyyah itu lagilah lambat. Perlu dikaji, dicungkil dan diulaskan baru terasa.

Setakat itu pun kita sudah terasa hebatnya Bismillah itu. Terima kasih ya Allah....

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)