Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Ahad, 25 Jun 2017

Syawal Pertama 2017

3:45:00 PTG 0
Syawal Pertama 2017

Syukur alhamdulilah syawal pertama dimulakan dengan solat sunat Aidilfitri di surau kampung aku.

Kemudian bersalaman dengan ibu tersayang. Memohon maaf adalah tradisi sempena hari raya aidilfitri ini. Berpeluang dicium oleh ibu tersayang sambil memohon maaf...hihihi.

Balik ke kampung mentua bertemu isteri tersayang serta anak-anak tercinta. Tradisi diteruskan dengan aktiviti salam kemaafan.
Salam dengan mak dan bapa mertua diteruskan

Tidak dilupakan mengambil gambar yang merupakan keutamaan aku. Tahun ini terlupa pula bawa tripod kamera. Guna kamera handphone ajer ler... dan sikit-sikit guna kamera dlsr.

Yang penting gambar jelas dan aku hensem.
Disini saya mengucapkan salam aidilfitri. Mohon maaf dipinta.

Nak kongsi gambar Syawal bersama keluarga.


Sabtu, 24 Jun 2017

PUTRI KECIL UMAR BIN ABD AZIZ MENANGIS KERANA TIDAK DAPAT BAJU RAYA

9:00:00 PG 0
PUTRI KECIL UMAR BIN ABD AZIZ MENANGIS KERANA TIDAK DAPAT BAJU RAYA
PUTRI KECIL UMAR BIN ABD AZIZ MENANGIS KERANA TIDAK DAPAT BAJU RAYA
‎ﺫُﻛِﺮَ ﺃﻥ ﺍﺑﻨﺔ ﻋﻤﺮ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﻌﺰﻳﺰ ﺩﺧﻠﺖ ﻋﻠﻴﻪ ﺗﺒﻜﻲ، ﻭﻛﺎﻧﺖ ﻃﻔﻠﺔ ﺻﻐﻴﺮﺓ ﺁﻧﺬﺍﻙ، ﻭﻛﺎﻥ ﻳﻮﻡ ﻋﻴﺪ ﻟﻠﻤﺴﻠﻤﻴﻦ . ﻓﺴﺄﻟﻬﺎ: ﻣﺎﺫﺍ ﻳﺒﻜﻴﻚ؟.
Dikisahkan bahwa putri kecil Khalifah Umar bin Abdul Aziz menangis tersedu di pangkuannya saat hari lebaran. Maka Umar bertanya, "Apa yg membuatmu menangis?!".

‎ﻗﺎﻟﺖ: ﻛﻞ ﺍﻷﻃﻔﺎﻝ ﻳﺮﺗﺪﻭﻥ ﺛﻴﺎﺑﺎً ﺟﺪﻳﺪﺓ ! ﻭﺃﻧﺎ ﺍﺑﻨﺔ ﺃﻣﻴﺮ ﺍﻟﻤﺆﻣﻨﻴﻦ ﺃﺭﺗﺪﻱ ﺛﻮﺑﺎً ﻗﺪﻳﻤﺎً !!.
Sang putri kecil menjawab, "Semua anak-anak memakai baju baru. Sementara aku yg putri seorang Amirul Mukminin memakai baju lama..!!".

‎ﻓﺘﺄﺛﺮ ﻋﻤﺮ ﻟﺒﻜﺎﺋﻬﺎ ﻭﺫﻫﺐ ﺇﻟﻰ ﺧﺎﺯﻥ ﺑﻴﺖ ﺍﻟﻤﺎﻝ . ﻭﻗﺎﻝ ﻟﻪ: ﺃﺗﺄﺫﻥ ﻟﻲ ﺃﻥ ﺃﺻﺮﻑ ﺭﺍﺗﺒﻲ ﻋﻦ ﺍﻟﺸﻬﺮ ﺍﻟﻘﺎﺩﻡ ؟.
Khalifah Umar terkesan hatinya mendengar tangisan putrinya langsung menemui bendahara baitulmal dan berkata kepadanya, "Bolehkah gajiku bulan depan engkau berikan sekarang ?!".

‎ﻓﻘﺎﻝ ﻟﻪ ﺍﻟﺨﺎﺯﻥ: ﻭﻟﻢ ﻳﺎ ﺃﻣﻴﺮ ﺍﻟﻤﺆﻣﻨﻴﻦ؟ ﻓﺤﻜﻰ ﻟﻪ ﻋﻤﺮ !..
‎ﻓﻘﺎﻝ ﺍﻟﺨﺎﺯﻥː ﻻ ﻣﺎﻧﻊ، ﻭَ ﻟﻜﻦ ﺑﺸﺮﻁ ؟.
Bendahara bertanya, "Mengapa wahai Amirul Mukminin, ada apa?!".
Khalifah Umar pun menceritakan permasalahannya. Sehingga akhirnya bendahara memakluminya dan berkata, "Gaji bulan depan boleh saya berikan sekarang, tapi dengan satu syarat!.

‎ﻓﻘﺎﻝ ﻋﻤﺮ: ﻭﻣﺎ ﻫﻮ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﺸﺮﻁ؟ !
Umar bertanya, "Apa satu syarat itu?!".

‎ﻓﻘﺎﻝ ﺍﻟﺨﺎﺯﻥ: ﺃﻥ ﺗﻀﻤﻦ ﻟﻲ ﺃﻥ ﺗﺒﻘﻰ ﺣﻴﺎً ﺣﺘﻰ ﺍﻟﺸﻬﺮ ﺍﻟﻘﺎﺩﻡ، ﻟﺘﻌﻤﻞ ﺑﺎﻷﺟﺮ ﺍﻟﺬﻱ ﺗﺮﻳﺪ ﺻﺮﻓﻪ ﻣﺴﺒﻘﺎ ؟!.
Bendahara menjawab, "Wahai Umar, sanggupkah engkau menjamin dirimu hidup sampai bulan depan, agar engkau boleh bekerja dengan gaji yang telah aku berikan di awal ini ?!".

‎ﻓﺘﺮﻛﻪ ﻋﻤﺮ ﻭﻋﺎﺩ، ﻓﺴﺄﻟﻪ ﺃﺑﻨﺎﺅﻩ: ﻣﺎﺫﺍ ﻓﻌﻠﺖ ﻳﺎ ﺃﺑﺎﻧﺎ؟.
Mendengar syarat itu Umar langsung meninggalkan sang bendahara dan langsung pulang. Anak-anaknya bertanya, "Apa yang terjadi wahai ayahku?!".

‎ﻗﺎﻝ: ﺃﺗﺼﺒﺮﻭﻥ ﻭ ﻧﺪﺧﻞ ﺟﻤﻴﻌًﺎ ﺍﻟﺠﻨﺔ، ﺃﻡ ﻻ ﺗﺼﺒﺮﻭﻥ ﻭﻳﺪﺧﻞ ﺃﺑﺎﻛﻢ ﺍﻟﻨﺎﺭ؟.
Umar menjawab, "Bolehkah kalian sabar agar kita semua masuk syurga; ataukah kalian tak sabar sehingga menyebabkan ayahmu masuk neraka?!".

‎ﻗﺎﻟﻮﺍ: ﻧﺼﺒﺮ ﻳﺎ ﺃﺑﺎﻧﺎ !.
Mereka menjawab, "Kami sanggup bersabar wahai ayah!".

SEMOGA MENJADI PELAJARAN BESAR

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Jumaat, 23 Jun 2017

KISAH 3 ORANG MENTERI DAN POKOK BUAH

9:12:00 PG 1
KISAH 3 ORANG MENTERI DAN POKOK BUAH
KISAH 3 ORANG MENTERI DAN POKOK BUAH
Diceritakan oleh SYEIKH ALI SOLEH MUHAMMAD ALI JABER

Guru Tahfiz Masjid an-Nabawi,

tentang kisah tiga menteri dan seorang Raja.

Pada suatu hari Raja memanggil tiga orang menteri tersebut, maka baginda memberi tiga karung guni.

Berkata Raja, “Pergi panjat pokok dan memetik buah di pokok tersebut sehingga penuh guni masing-masing".

Maka terpinga-pingalah ketiga-tiga menteri tersebut, kenapa seorang menteri diberi arahan sebegitu?

Disebabkan arahan khalifah maka mereka pun melakukan apa yang disuruh.

Menteri A merupakan menteri yang jujur dan amanah, maka beliau pun bersungguh-sungguh panjat pokok buah tersebut dan mencari buah yang paling baik dan berkualiti dan memenuhi karung guni yang di beri oleh raja.

Menteri B merupakan menteri yang kadang-kadang amanah, kadang-kadang tidak

Beliau beramanah mengikut situasi yang dihadapi

Imamnya tidak sekukuh menteri A.

Maka dia panjat dan sampai separuh pokok...

Terfikir dia, “buat apa aku berusaha ambil yang elok-elok, cukup la sekadar mengutip buah yang jatuh di bawah,

Cukup sekadar penuh buah dengan karung guni sudah cukup"

Lalu menteri tu pun turun dan mengutip buah yang bercampur ada yang baik dan ada yang busuk.

Menteri C seorang yang sungguh tidak amanah, beliau hanya mementingkan diri sendiri.

Beliau berfikir “ Buat apa aku susah-susah, akukan menteri...ini bukan kerja aku, baik aku kutip batu je cukup, janji penuh karung guni nie,

Lagi pun raja mana ada masa untuk melihat isi dalam karung ini’.

Lalu beliau pun mengutip batu dan memenuhi karung guninya.

Sampai masanya, mereka bertiga menghadap raja.

Benar-benar telahan Menteri C, raja tidak melihat karung guni tersebut.

Namun Raja yang bijak mempunyai cara yang lebih bijak.

Baginda mengarah pengawal memasukkan ketiga-tiga menteri ke dalam penjara.

Dan mengarahkan makanan yang hanya boleh di makan, apa yang ada dalam karung mereka.

Maka mereka menghadapi situasi berbeza:

Menteri A, sudah tertentu mempunyai bekalan mencukupi dan dapat menikmati buah yang lazat dan berkualiti.

Menteri B, terpaksa memilih buah yang baik, kadang terpaksa mengikat perut untuk mencukupi bekalan makanan.

Menteri C. Inna lillahi......itu jawapan yang mampu diberi

Mari kita ambil pengajaran cerita ini dalam kehidupan kita,

Bayangkan Allah SWT telah mengarah kita supaya mengutip amalan dengan amanah dan bertujuan untuk mencari redhaNya,

Watak menteri mana yang kita pilih, Menteri A, Menteri B atau Menteri C ????

Dan penjara itu seumpama Kubur.

Di situlah tempat perhentian kita, tempat yang kita semua kena melalui.

Di dalam suasana yang sempit dan gelap itu adakah amalan kita mampu membantu kita.?

Atau kita ini hanya menteri C sahaja?

Marilah kita sama2 renungi dan ambil Pengajaran dari kisah ini.

~ Semoga bermanfaat ~

Perjalanan Misi PASRelief ke Arakan 18-22 Jun 2017.

8:56:00 PG 0
Perjalanan Misi PASRelief ke Arakan 18-22 Jun 2017.
Perjalanan Misi PASRelief ke Arakan 18-22 Jun 2017.

Berkongsi artikel tentang nasib orang islam di Myammar di anak tiri...bahasa yang mulia. Bukan..di aniaya oleh junta tentera Myammar..

Perjalanan PAS Relief ke sana baru-baru ini...mari kita membaca perjalanan mereka. Buang soal politik, islam itu satu.

Sebuah Masjid berusia 131 tahun di tengah bandar Sittwe, Ditutup! Kemudiannya apa?

Sukar sekali untuk merakam gambar masjid yang dibina pada tahun 1886 ini, kerana ia kini adalah kawasan larangan. Mengambil gambarnya seperti membaling tebuan bersarang rendah di siang hari. Kita mungkin ditangkap polis atau dikepung atau dihalau balik.

Ini gambar 'curi' dari dalam van yang sengaja diberhentikan untuk membeli buah limau. Pemandu van beragama buddha itu berulang kali berpesan... No photo please, very dangerous for us! Petua untuk kita melintasi bandar Sittwe, menginap di hotel atau membeli barang keperluan di sini ialah Jangan Menarik Perhatian Mereka dengan imej seorang Muslim.

Masjid ini ditutup regim junta tentera 25 tahun lalu. Saiz dan senibinanya seperti Masjid Zahir di Alor Setar. Usia masjid ini 131 tahun, mewakili zaman kegemilangan Islam di Arakan. Ia dibina umat Islam Arakan di zaman British. Ia dibaikpulih pada 1959, tahun terakhir masjid-masjid dibenarkan dibina.

Dua tahun lalu, larangan untuk membaik pulih, membina baru atau membesarkan masjid dikuatkuasakan ke seluruh negara Myanmar.

Terdapat tiga buah masjid besar di bandar Akyab, nama lama bagi Sittwe. Dua buah lagi dibakar sewaktu konflik 2012, tidak boleh dimasuki lagi. Salah satunya dijadikan kubu dan tandas pihak polis.

Ketiga-tiga buah masjid besar ini dikelilingi pagar tembok pagar yang kukuh, dua buah masjid yang dibakar itu berwarna hijau dengan pintu gerbang berukir ayat-ayat Al-Quran. Letaknya antara satu sama lain tidak terlalu jauh.

Saya dapat membayangkan kesuburan Islam satu masa dahulu di Akyab. Berdasarkan senibina dan saiznya, tentulah jumlah umat Islam di Akyab dahulu berpuluh ribu jumlahnya. Azan dari menara-menara masjid itu tentunya saling menerjah satu sama lain.

Hari ini, ikon Islam seperti masjid ini berdiri sepi, menjadi kawasan terlarang, dikelilingi semak samun dan usang, cuba dilenyapkan daripada sejarah. Tidak diizinkan seorangpun Muslim berada di bandar Akyab.

Apabila syariat dan syiar Islam sudah berjaya dimatikan dan dibenam, kini Arakan menjadi medan badan-badan dakyah masuk menerusi misi kemanusiaan dan agensi bantuan antarabangsa dengan dana ratusan juta dollar.

Petugas mereka dapat ditemui di hotel-hotel penginapan, berbincang strategi sesama mereka dari negara yang berbeza, Australia, UK, USA, Perancis, Denmark, Italy, Filipina di samping petugas tempatan.

Pejabat operasi, sekolah, klinik, setor makanan dan pusat bantuan bergerak terdapat di merata tempat. Disebalik misi kemanusiaan mereka yang kita kagumi, ramai di kalangan mereka itu adalah missionary kristian yang terlatih dan berbayar. Misi mereka serampang banyak mata.

Kita? Kita terpaksa merayu ke sana ke mari untuk menghantar beras dan barangan dapur sekadar seratus ringgit. Jika kerap kita pergi, kita akan ditanya dengan keras: "Yang hampa terpa jauh-jauh sampai rohiya, dok kira rohiya, adakah sudah habis orang miskin di Malaysia kamu bantu"?

Selanjutnya, hujung nama kita akan disambung dengan perkataan 'rohiya' dalam nada yang kurang sedap didengar. Demikian masyarakat kita hilang sensitiviti dan rasa tanggungjawab. Sesungguhnya, di medan Arakan ini, kewajipan agama dan kemanusiaan kita lebih besar daripada sangkaan kita.

Semoga rakaman sejarah masjid-masjid ini menjadi pengajaran untuk kita semua.

Di negara kita: Janganlah ada yang cuba-cuba memendamkan Islam yang sudah diteguhkan pasaknya oleh pejuang-pejuang Islam terdahulu, dan diterima baik oleh masyarakat dengan aman, hanya kerana menagih sokongan pihak yang berusaha memadamkan cahayanya... Kelak kita akan ditimpa malapetaka buruk yang tiada nokhtahnya.

Muhammad Sanusi Md Nor
Pengarah PASRelief
27 Ramadhan 1438
Perjalanan Misi PASRelief ke Arakan 18-22 Jun 2017.
Perjalanan Misi PASRelief ke Arakan 18-22 Jun 2017.
Perjalanan Misi PASRelief ke Arakan 18-22 Jun 2017.
Perjalanan Misi PASRelief ke Arakan 18-22 Jun 2017.

Hati-Hati Lagu Sang Penawar Kanak-Kanak Syirik

5:28:00 PG 1
Hati-Hati Lagu Sang Penawar Kanak-Kanak Syirik

*Hati2 terhadap lagu-lagu kanak2 yg mengandungi ke-Syirikan*

Kita sering dengar, tapi tak tahu terjemahannya 😲

*Ada apa dengan lagu nasyid “YA THAYBAH”* ?

Oleh,Ustadz Badru Salam

*STOP!*

*PERHATIKANLAH HAL BERIKUT INI!!*

“Ya Thaybah …! Ya Thaybah…! “

Ini adalah *SYIRIK* . Iya. *Ini jelas SYIRIK*

Engkau memanggil/menyeru/berdoa kepada Thaybah, yaitu orang selain Allah Subhanahu Wata'ala....

Di lagu ini, Thaybah yang dimaksud adalah Ali bin Abi Thalib ra.

“Ya Dawal ‘ayanaa” (Wahai yang menyembuhkan penyakit kami)

Siapa yang boleh menyembuhkan orang yang sakit?!!! Allah ataukah Thaybah ?!!

Sedangkan Allah berfirman didalam AlQuran-Surah 26/80
*Dan jika aku sakit ,Dialah ( Allah) yg menyembuhkanku*

*Jika engkau berdoa kepada Thaybah untuk menyembuhkanmu maka engkau telah musyrik !!*

*Dan sekarang ini, lagu tersebut diputar/diedarkan bebas di berbagai handphone (bahkan di tengah-tengah anak-anak kecil) dan beredar-luas di semua tempat ,bahkan di Masjid...!!!

*Catatan*:
Lirik lagu ini di Indonesia dipopulerkan oleh seorang penyanyi bernama Hadad Alwi hadahullah..
Dan sudah maklum bahwa dia adalah seorang yg beragama Syiah yang menyembah Ali bin Abi Thalib ra.

Perhatikan teksnya yang sangat membahayakan Aqidah Islamiyah.

: يَا طَيْبَةْ
يَا طَيْبَة يَا طَيْبَة يَا دَوَالْعيَا نَا
.اِشْتَقْنَا لِكْ وَالْهَوَى نَدَانَا، وَالْهَوَى نَدَانَا
يَا عَلِىَّ ابْنَ اَ بِى طَا لِبْ
مِنْكُمُ مَصْدَرُ المَوَا هِبْ
يَا تُرَ ى هَلْ ءُرَى لِى حَاجِبْ
عِنْدُكُمْ اَفضَلُل الغِلمَاَنَ اَفضَلُل الغِلمَاَ نَ
اَسْيَادِي الْحَسَنْ وَالحُسيْنِ
اِلَى النَّبِيِ قُرَّ ةْ عَيْنِ
يَا شَبَا بَ الجَنَّتَيْنِ
جَدُّكُمْ صَا حِبُ القُرْ آنَ صَا حِبُ القُرْ آنَ

*SANG PENAWAR*
Wahai sang penawar derita,
Wahai penyembuh penyakit kami
kami merindukanmu
wahai sang penawar
*Wahai Ali putera Abi Thalib*
darimu-lah sumber keutamaan
aduhai, mungkinkah aku, (mendapatkan petunjukmu)
sementara tirai menghalangiku
sedang disisimu-lah sebaik-baik tempat pengabdian
Wahai Al-Hasan dan Al-Husain
Cahaya mata Rasul Allah
Wahai penghulu pemuda syorga
kakekmu penyampai firman Allah, Al-Qur’an

Ini adalah syair yg mengkultuskan dan mentuhankan Ali bin Abi Thalib ra.

Jika dicermati ternyata ini memanglah bagian syiar dari kaum syiah laknatullah. (Kerana mereka juga mengkafirkan para shahabat Rasul dan juga mengkafirkan istri Rasul)

Untuk itu dihimbau kpd kaum Muslimin untk *STOP* menyuarakan syair2 tsb, demi memyelamatkan aqidahmu dan aqidah anak2mu...

Barakallahu fiikum

*Silahkan di sebarkan... agar keluarga2 muslim lainnya jadi tahu dan aqidah mereka terselamatkan dari tipu daya kaum syiah ini..*

Ahad, 18 Jun 2017

Tiada Konsep Giliran Balik Raya

6:36:00 PTG 0
Tiada Konsep Giliran Balik Raya
Sebenarnya tidak wujud istilah giliran balik raya,
Giliran Balik Raya
tahun ni rumah suami tahun depan rumah isteri.

Sedangkan seorang isteri nak kluar rumah pon perlu kepada keizinan suami, jadi mana mungkin berlaku paksaan seorang isteri kepada suami untuk mengikut giliran atau ke destinasi tertentu.

Namun apa yg diamalkan(giliran balik raya) tidaklah salah, cuma perlu sedar yang di amalkan(giliran blk raya) tersebut adalah atas konsep ihsan seorang suami kepada isteri.

Jadi jika ada sesuatu keadaan yang perlukan kepada perubahan daripada giliran biasa, janganlah si isteri terasa yg suaminya tidak adil.

Dan si suami pula janganlah rasa menjadi tidak adil sekiranya terpaksa mengubah jadual kebiasaan tersebut jika keadaan memerlukan ( contoh : ibubapa sangat memerlukan kehadirannya disisi, mslh kewangan dll).

Jika kita renung perkara di bawah, kita pasti dapat menerimanya.

Terkadang kita lupa:
1. Ada suami yang lupa bahawa ibunya lebih Utama Dari Isteri

2. Ada Isteri yang lupa bahawa suaminya lebih Utama Dari ibubapa nya

3. Ada ibubapa yang lupa anak perempuannya perlu mengutamakan suaminya dari ibubapa

4. Ada Isteri yang lupa bahawa suami perlu mengutamakan ibubapa nya sendiri melebihi Isteri

5. Ada Anak lelaki lupa bahawa tangungjawab menjaga ibubapa tergalas dibahu mereka Dan bukan pada Anak Anak perempuan

6. Ada anak perempuan terlupa bahawa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami lebih Dari ibubapa nya sendiri.

Panduan semoga kita tidak menghadapi masaalah menentukan perlu berhari raya.

Wallahualam...

Kami Bersama Ulamak

Telah aku sampaikan YA ROBB

SEBAIK-BAIK MANUSIA

9:59:00 PG 1
SEBAIK-BAIK MANUSIA
SEBAIK-BAIK MANUSIA
‎ من هم خيرُ الناس ؟
Siapakah sebaik-baik manusia?
‎ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
Sabda Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam
‎( خيركم من تعلم القرآن وعلمه)
‎صحيح البخاري 5027
Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang mempelajari Quran dan mengajarkannya.
‎ ( خياركم أحاسنكم أخلاقا )
‎ صحيح البخاري6035
Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang terbaik akhlaknya.
‎( خيركم أحسنكم قضاء )
‎أي عند رد القرض .
‎ صحيح البخاري رقم 2305
Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang terbaik pembayaran hutangnya
‎🌱 ( *خيركم من يُرجى خيره ويُؤمٓن شره* )
‎📙 صحيح الترمذي / 2263
Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang diharapkan kebaikannya dan selamat dari kejahatannya.
‎🌱 ( *خيركم خيركم لأهله* )
‎📙صحيح ابن حبان / 4177
Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang terbaik terhadap isterinya.
‎🌱 ( *خيركم من أطعم الطعام وردَّ السلام* )
‎📙 صحيح الجامع / 3318
Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang memberi makan dan menjawab salam.
‎🌱 ( *خياركم ألينُكم مناكب في الصلاة* )
‎📙 الترغيب والترهيب 234/1
‎أي: يفسح لمن يدخل الصف في الصلاة .
Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang lemah lembut bahunya dalam solat (dlm saf solat utk memberi ruang kpd saudaranya).
‎🌱 ( *خير الناس من طال عمره وحسن عمله* )
‎📙 صحيح الجامع 3297
Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang panjang umurnya serta baik amalannya.
‎🌱 ( *خير الناس أنفعهم للناس* )
‎📙صحيح الجامع 3289
Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang paling memberi kemanfaatan kepada yang lain
‎🌱 ( *خير الأصحاب عند الله خيركم لصاحبه، وخير الجيران عند الله خيركم لجاره* )
‎📙صحيح الأدب المفرد/84
Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah yang terbaik terhadap sahabatnya, sebaik-baik jiran ialah yang terbaik terhadap jirannya.
‎🌱 ( *خير النَّاس ذو القلب المَخْمُوم واللِّسان الصَّادق* ) قالوا : صدوق اللسان نعرفه ، فما مخموم القلب ؟ قال :
‎( *هو النقي ، التقي ، لا إثم عليه ، ولا بغي ، ولا غل ، ولا حسد* ) .
‎📙صحيح الجامع / 3291
Sebaik-baik manusia ialah yang memiliki hati yang sejahtera (suci, taqwa, sifar dosa, sifar dendam, sifar dengki) dan lidah yang benar.
‎*جعلني الله واياكم من خير الناس*
Semoga Allah menjadikan kita semua *sebaik-baik manusia*.

Terj. oleh Dr Sulaiman Noordin

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Sabtu, 17 Jun 2017

Sedekah Yang Viral.

11:55:00 PG 0
Sedekah Yang Viral.
Sedekah Yang Viral.
Ini bukan kisah saya, kisah yang sudah jadi viral . saya tidak tahu siapa empunya kisah ini cuma kisah ini ada terlalu banyak nasihat dan pengajaran yang menyentuh hati sya . sebab itu saya kongsikan buat kalian.

Peristiwa pertama, saya seorang bekas murid sebuah sekolah menengah berasrama di Pahang. Masa zaman saya bersekolah (14 tahun lepas) , duit syiling sangat penting macam nyawa lah. Gigih belanja 20sen kat koperasi semata-mata nak dapatkan syiling 80sen. Nak buat apa? Nak telefon mak ayah tanya bila nak datang, tolong bawak itu ini dan sebagainya. Ada satu hari saya ke klinik sebab demam. Semasa menunggu van sekolah ambil saya selepas menerima rawatan, ada seorang makcik datang kepada saya. “Nak, tolong telefon anak makcik nak. Bagitau makcik dah siap. Boleh ambil dah. Makcik cari syiling tak jumpa”. Masa tu syiling saya sangat kritikal. Sangat sangat. Ada tak sampai seringgit. Nak call mak ayah lagi. Tapi saya pergi kat telefon awam, call no anak makcik tu. Bagitau dah siap semua. Makcik tu tunggu agak jauh dari saya. Tiba-tiba makcik tu datang. “Nah ambil semua duit ni. Tadi guna duit anak kan? Anak makcik dah datang. Terima kasih ye”. Allah. Allah. Allah. Dapat lah dua genggam syiling masa tu. Subhanallah. Terkedu kat situ jugak.

Peristiwa kedua, ketika saya sudah bekerja. Saya bekerja sebagai guru. Ada satu hari saya tengok anak murid saya macam selekeh sangat. Tak makan, tak terurus. Saya panggil beliau dan bertanya “tak rehat ke?”. Jawab beliau “tak cikgu, ayah saya tak kerja” simple. Saya tahu kesusahan beliau tapi tak terfikirlah sampai sedaif itu. Saya hulur RM10. Saya cakap “ambil duit ni buat belanja sampai esok. Jangan tak datang pulak”. Lepas ucap terima kasih terus beliau pergi rehat. Saya pun naik bilik guru. Tiba-tiba ada seorang cikgu jumpa saya “ni RM100 duit dari PIBG penghargaan sebab buat kelas sepanjang tahun lepas”. Dalam masa 10 minit, RM10 saya dah digantikan dengan RM100. Allah Maha Kaya.

Peristiwa ketiga, saya seorang yang ingin punya anak awal. Rezeki saya mengandungkan anak pertama kira-kira lima bulan selepas berkahwin. Sebenarnya tidak terlalu awal bagi sesetengah orang. Sebelum saya tahu saya mengandung, saya pergi ke sebuah rumah anak yatim yang betul-betul dhaif. Masa tu tiada orang sebab semua orang pergi solat jumaat. Saya tinggalkan beberapa beg beras dan saya masukkan sedekah saya di dalam tabung di luar pejabat rumah anak yatim tersebut. Saya tinggalkan nota berbunyi “Sedekah untuk anak-anak. Doakan saya juga dapat rezeki anak.” Beberapa hari kemudian saya dapat tahu saya pregnant. Syukurnya Ya Allah. Saya harap nota tu tak terbang di bawa angin.

Saya rasa cukuplah tiga peristiwa ini sebagai pendorong anda untuk bersedekah. Di sini saya ingin kongsikan sedikit tips : –

1. Jangan tunggu bila ada duit baru nak sedekah. Bila dah sihat baru sedekah. Sebab potensi untuk anda lupa tu sangat tinggi. Sedekahlah supaya anda ada duit. Sedekahlah agar anda sihat.

2. Niat semasa sedekah. “Ya Allah, aku sedekah ni bagi pihak aku dan keluargaku. Berikanlah aku sekian sekian sekian.” Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

3. Seeloknya sedekahkan makanan. Biar terus menjadi darah daging dan beranak pinak dengan darah daging hasil derma anda.

4. Kalau nak sedekahkan kepada anak yatim, cari yang betul-betul memerlukan. Biar mereka merasa sama apa yang anda dan anak-anak anda rasa.

5. Nak mengandung? Nak rezeki datang? Sedekahlah. Kadang-kadang kita terlupa bahawa Yang Memberi Rezeki ialah Allah swt.

6. Kalau nak orang doakan, sila nyatakan dengan jelas apa yang anda nak. “Doakan saya dapat baby” “Doakan saya dapat 10A+”

7. Jangan rasa jemu bersedekah. Minggu lepas anda sedekah tak dapat apa-apa yang luar biasa? Ketahuilah anda bahawa mungkin sebenarnya ketika anda pulang dari kerja minggu lepas sebenarnya tayar anda akan pancit. Tapi kerana sedekah anda, rezeki anda untuk berjimat sebanyak RM100. Kita tak tahu. Allah Maha Mengetahui.

8. Sedekahlah pada hari Jumaat untuk dapatkan pahala berganda.

9. Doa juga sedekah. Alfatihah juga sedekah.

10. Kongsikan entry ini juga sedekah. Tolong saya. Saya nak dapat pahala. Orang lain baca dan bersedekah, anda juga dapat pahala.

Semoga kita semua diberi kesempatan untuk bersedekah sebanyak mungkin dan sedekah kita bermanfaat sebelum kita menghadap pencipta. Saya doakan yang terbaik buat kalian, doakan juga yang terbaik untuk saya dan keluarga.

Ingatlah, rezeki yang berkat itu ada tiga : makanan yang dihabiskan, pakaian/barangan yang digunakan hingga lusuh dan rezeki yang disedekahkan.

(Hamba Allah yang mengharapkan pahala tidak putus
Salam ramadhan