Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Ahad, 21 Julai 2019

JANGANLAH MEMBUAT FITNAH, ANDA TAK MAMPU MENARIKNYA KEMBALI

7:22:00 PG 0
JANGANLAH MEMBUAT FITNAH, ANDA TAK MAMPU MENARIKNYA KEMBALI

Assalamualaikum...semoga semua sahabat2 dan kawan2 di rahmati dan di sayangi oleh Allah S.W.T hendaknya...

Saya terbaca kisah seorang yang memfitnah seorang ulama. Lalu dia menyesal dan bertemu dengan ulama tersebut dan ingin memohon maaf. Lalu ulama itu berkata. Dengan syarat. Nanti bila kamu datang ke Masjid ku ini bawalah penyapu bulu ayam. Dalam perjalanan kamu cabutlah bulu-bulu ayam itu sampai habis. Dia merasa pelik untuk apa perbuatan itu.Tapi tetap melakukannya kerana niat ingin memohon maaf. Lalu dia melakukannya. Hingga sampai di Masjid. Dia berjumpa dengan ulama tersebut. Wahai habib. Aku telah buat seperti yang tuan suruh. Hanya tinggal rotan saja. Bulu-bulu ayam itu aku cabut dan buang sepanjang perjalanan ke Masjid tadi. Apakah tuan telah memaafkan saya. Ulama itu berkata. Nanti bila kamu balik, kutip kembali bulu-bulu ayam yang kamu buang tadi dan bawa pada ku esok. Orang itu bertambah pelik. Tadi suruh buang ini suruh ambil kembali. Tapi kerana ingin memohon maaf lalu dia melakukannya..Keesokan hari.. Dia berjumpa dengan tuan habib..Tuan..Saya hanya mampu kutip 2..3 helai saja daripada banyak yang aku buang..Semua telah di terbang angin entah ke mana..... 
Lalu habib itu berkata..BEGITULAH DENGAN FITNAH yang kamu lakukan pada ku..orang yang mendengar akan menyebarkan hingga ia entah kemana..Jika kamu ingin menarik kembali kamu tidak akan berdaya..ia tersebar... Terus tersebar... 
Aku maafkan kamu..Bertaubatlah..Lakukanlah apa yang harus kamu lakukan.... 
Nah..itulah dosa yang jaariah..Dosa fitnah Terus berjalan disaat ia tersebar dan tersebar.... Hingga tunggulah bala dunia atau azab akhirat yang akan menimpa..Pada si pelaku... Usahalah..Temui orang-orang yang kau sebarkan fitnah untuk membetulkan kembali maruah orang yang difitnah....

Berhati²lah dalam semua hal terutamanya dalam percakapan ...

Sabtu, 20 Julai 2019

KHAT KUFI DARI GALERI KUFI

2:53:00 PG 0
KHAT KUFI DARI GALERI KUFI

KHAT KUFI DARI GALERI KUFI

Kufi ialah bentuk khat skrip bahasa Arab yang tertua yang terdiri daripada skrip tua abjad Nabatean yang diubah suai. Namanya diambil sempena bandar KufaIraq, Kufi ialah sebentuk skrip bergaris dan bersudut, lazimnya dengan garis tegak dan melintang memanjang.

Di Malaysia khat kufi semakin mendapat tempat di hati pengguna muslim dan permintaan yang tinggi ini membuatkan persaingan yang tinggi. Walau bagaimana pun perlu diingat khat kufi imemerlukan penelitian yang tinggi kerana ia melibatkan petikan suci Al- Quran dan jika tersalah tulis maka tercemarlah ayatnya,

Dan isteri aku salah seorang peminat kufi dan untuk untuk bulan ini sahaja kami telah menempah 2 frame khat kufi untuk dipampangkan di dinding rumah kami dengan ayat Kursi dan Iqra.Mula-mula kami membuat pesanan saiz 28X24inci, setelah sampai kami dapati ia agak kecil tapi cantik.

Lalu kami membuat pesanan kedua kepada Galeri Kufi melalui FB mereka dengan saiz yang kami nak sendiri iaitu 60X44 inci. Pada mulanya kami ingat  Galeri Kufi iaitu syarikat yang membuat khat kufi tidak membuat saiz pilihan pembeli rupanya ia boleh “custom”. Suka ler hati isteri aku ini, Cuma aku yang kena membayar..hehehehe.

Kami membuat tempahan kedua sebab kami amat berpuas hati dengan rekacipta yang dibuat oleh Galeri Kufi yang kemas. Perkhidmatan yang diberikan juga amat pantas dan anda boleh berurusan dengan mereka melalui what apps apa kehendak anda. Bermaksud Galeri Kufi ini adalah mesra pelanggan.dimana anda secara terus berbincang tak payah nak online kat website semua. Cepat dan pantas.

Itu yang aku suka tentang Galeri Kufi ini, sebagai contoh aku bertanya pada mereka saiz tuilisan kufi ini boleh tak dapat yang besar. Tak sampai 10 minit mereka dah jawab siap dengan harga serta kasi  free gift lagi. Disebabkan aku pernah berurusan dengan mereka dan barangan aku sampai tanpa rosak dan cepat. Maka aku pun setuju jer harga yang diberikan lagi pun ia kasi diskaun lagi..hahahahaha.

Dengan jumlah suka 85K orang di Galeri Kufi FB Pages aku rasa ia adalah sebuah syarikat yang boleh dipercayai. Dan aku merupakan salah seorang pelanggan mereka yang amat berpuas hati. Aku membuat artikel tentang Galeri Kufi ini sebab anda fikir ia bayar aku ker. TIDAK, sebab aku ingin berkongsi dengan semua pembaca yang masih mencari-cari tulisan khat kufi yang boleh dipercayai secara online maka aku rekemenkan Galeri Kufi ini pada anda.

Produk-produk Galeri Kufi ini termasuk Kufi Frame, Kufi On Canvas, Kufi Service Name Design, Kufi Bookmark dan Kufi Wallpaper.


KHAT KUFI DARI GALERI KUFI


Salah satu contoh Tulisan Khat Kufi yang aku beli dari Galeri Kufi.


KHAT KUFI DARI GALERI KUFI

Perbincangan melalui what apps permintaan aku. Harga aku  padam ler sebab rahsia bisnis..hihihi. Simple kan.
Kat FB dia ada tulis no telefon, anda tak yah call, what apps sahaja.

Untuk aku tulisan kufi ini unik. Sambil kita berdeco kan rumah dengan gaya tulisan kufi dan pada yang sama kita penuhkan rumah kita dengan ayat- ayat suci Al Quran..amin.

JIKA BERMINAT ANDA BOLEH KLIK LINK INI KE FACEBOOK MEREKA

GALERI SUFI 



Jumaat, 19 Julai 2019

KELEBIHAN MENJADI TIDAK TERKENAL

4:54:00 PTG 0
KELEBIHAN MENJADI TIDAK TERKENAL


Salah seorang ulama besar generasi tabiut tabi’in, Abdullah bin al-Mubarak, mengatakan tidak dikenal dan tidak disanjung adalah kehidupan. Menjadi biasa di mata manusia adalah harapan. ⁣
Salah seorang murid beliau, Hasan bin Rabi’, bercerita, “Suatu hari, aku bersama Ibnul Mubarak menuju tempat minum umum. Orang-orang (mengantri) minum dari tempat tersebut. Lalu Ibnul Mubarak mendekat ke tempat peminuman umum itu, tidak ada orang yang mengenalinya. Mereka memepet-mepet bahkan mendorong-dorongnya.⁣
Ketika keluar dari desak-desakan tersebut, Ibnul Mubarak berkata, ‘Yang seperti inilah baru namanya hidup. Ketika orang tidak mengenalmu dan tidak mengagung-agungkanmu’.” (Shifatu Shafwah, 4/135).⁣