Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 31 Ogos 2019

KISAH PERTOLONGAN ALLAH YANG DATANG SAAT BENCANA

12:54:00 PTG 0
KISAH PERTOLONGAN ALLAH YANG DATANG SAAT BENCANA


Lagi kekuasaan Allah yang ditunjukkan saat tiada siapa yang boleh menghulur bantuan dikala bah besar menerjah secara tiba-tiba.. saat cemas warga Lampulo berasak naik ke tingkat dua di sebuah rumah untuk menyelamatkan diri, tiba-tiba datang sebuah kapal nelayan seakan ingin merempuh mereka.. saat itu, nyawa dirasakan sudah sampai ke penghujung..
.
Maha Besar Allah, tersekat kapal nelayan itu betul-betul di sebelah tempat mereka menyelamatkan diri.. lalu berbondong-bondonglah mereka, satu persatu naik keatas kapal itu.. Alangkah terkejutnya mereka, terdapat seorang nelayan yang sedang nyenyak tidur, tidak sedar akan air hitam yang menghentam, menghancurkan seluruh pelusuk banda Acheh itu..
.
Kuasa Allah.. 59 nyawa terselamat dengan hadirnya bantuan yang dipanggil "kapal nabi Nuh" yang sehingga kini terdampar di atas rumah, agar mata-mata yang melihatnya tidak hanya mengagumi kehebatan Dia, tetapi juga menginsafi hari kiamat yang bakal tiba..

Maka benarlah firman Allah : "....bagi tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya)..."

Khamis, 29 Ogos 2019

Sayyidatina Fatimah Az-Zahra, Puteri Bongsu Rasulullah ﷺ.

10:05:00 PG 0
Sayyidatina Fatimah Az-Zahra, Puteri Bongsu Rasulullah ﷺ.

Sayyidatina Fatimah Az-Zahra, Puteri Bongsu Rasulullah

KISAH mengenai ‘Jantung Hati Rasulullah ﷺ’. Dalam sebuah hadith Baginda, Nabi ﷺ menyatakan “Imam Mahdi itu adalah daripada keturunanku dan ia dilahirkan daripada zuriat Fatimah Az-Zahra".

Kisah kehidupan Fatimah Az-Zahra merupakan anugerah yang sangat besar daripada Allah ﷻ buat umat ini untuk sirah kehidupan Baginda Nabi SAW. Ia juga lambang gambaran betapa berjayanya Rasulullah ﷺ mengasuh dan mendidik puterinya. Fatimah Az-Zahra dilahirkan pada tahun pembinaan Kaabah, saat Rasulullah SAW berusia 35 tahun. Beliau lahir 5 tahun sebelum kenabian Rasulullah ﷺ iaitu pada hari Jumaat 20 Jamadil Akhir.

Kata Sayyidatina ‘Aisyah “Fatimah Az-Zahra merupakan perempuan yang sangat mirip dengan Rasulullah ﷺ dari segi perlakuan serta tutur katanya. Beliau merupakan orang kesayangan Rasulullah ﷺ dan anak yang membesar di hadapan Baginda. Walaupun beliau dibesarkan dengan penuh kecintaan oleh kedua orang tuanya, namun ia tidak menjadikan Fatimah seorang yang degil dan bongkak bahkan menjadi anak yang sangat taat kepada orang tuanya. Diriwayatkan beliau hidup sangat berdikari. Beliau juga banyak menguruskan rumahtangganya sendirian tatkala suaminya, Saidina Ali keluar berjuang dan berjihad. Beliau juga turut serta besama ayahandanya dalam perjuangan-perjuangan jihad. Diriwayatkan bahawa beliaulah orang yang telah merawat luka Rasulullah ﷺ ketika Baginda mengalami luka di dalam peperangan Uhud.

Saat Fatimah az-Zahra meningkat dewasa dan menjadi seorang wanita yang sangat cantik dan indah dipandang. Maka, ramailah para sahabat di kalangan bangsawan dan sahabat-sahabat terkemuka menyatakan hasrat untuk meminangnya. Antara mereka ialah Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Pada tahun ke-8 hijrah Rasulullah ﷺ, Saidina Ali telah menyatakan hasratnya ingin meminang Fatimah Az-Zahra. Maka dengan segera Rasulullah ﷺ bersetuju. Bergembiralah Saidina Ali lantas beliau melakukan sujud syukur. Tatkala Saidina Ali mengangkatkan kepalanya daripada sujud, Rasulullah ﷺ berkata kepadanya “Mudah-mudahan Allah ﷻ memberkati kalian berdua. Untuk kalian dan ke atas kalian. Mudah-mudahan Allah menggembirakan moyang-moyang kalian degan kalian berdua. Mudah-mudahan Allah ﷻ akan mendatangkan zuriat yang banyak yang sangat baik.”

Saat orang ramai termasuk para sahabat telah hadir memenuhi majlis perkahwinan Fatimah Az-Zahra dan Saidina Ali, Rasulullah ﷺ telah menyampaikan khutbah “Segala puji bagi Allah ﷻ yang Maha Terpuji dengan nikmat-nikmat-Nya yang banyak. Tuhan yang telah disembah dan dengan kudrah-Nya telah menjadikan kepada kita perkahwinan merupakan salah satu daripada sebab bersambungnya nasab umat manusia. Bahkan Allah ﷻ yang memerintahkan kita untuk berkahwin untuk meneruskan nasab dan menghubungkan hubungan silaturrahim. Allah ﷻ juga menjadikan perkahwinan itu satu kewajipan yang dituntut kepada hamba-hamba-Nya. Aku bersaksi kepada kalian semua sesungguhnya aku mengahwinkan Fatimah kepada Ali dengan mas kahwinnya sebanyak 400 Misqal Perak.” Lalu dinikahkan Fatimah dan Ali serta dihantar Fatimah ke rumah Saidina Ali pada bulan Ramadan.

Beliau dihantar ke rumah suaminya yang hidup dalam keadaan sederhana sehinggakan alas tidur mereka daripada kulit yang dipadati dengan sesabut. Begitu juga segala perkakas-perkakas mereka daripada kulit. Rasulullah ﷺ tidak mampu menahan kerinduan kepada puterinya itu setelah dihantar ke rumah Saidina Ali sehinggakan kerinduan itu membuatkan para sahabat nampak resah dan bimbangnya Rasulullah ﷺ. Pada ketika itu, Rasulullah ﷺ berhasrat membina rumah Fatimah Az-Zahra berdekatan dengan rumah Baginda supaya Baginda dapat sering melihat puteri kecintaan Baginda. Pada ketika itu, rumah yang paling hampir dengan rumah Baginda ialah rumah Harithah bin Nukman daripada Bani Najjar. Apabila Harithah melihat keresahan Baginda ﷺ dan para sahabat bercakap-cakap akan kerinduan Baginda Nabi kepada Fatimah Az-Zahra, maka datanglah Harithah bin Nukman dengan gembira menawarkan rumahnya untuk diberikan kepada Rasulullah ﷺ buat puteri tercintanya itu. Kata Harithah “sesungguhnya hartaku dan kekayaanku yang diambil oleh Baginda Nabi ﷺ lebih aku sukai daripada hartaku dan kekayaanku yang tidak diterima oleh Baginda.”

Baginda ﷺ setiap pagi, sebelum Baginda keluar ke masjid, Baginda akan berada berdekatan dengan pintu rumah puterinya itu dan mendoakan “Salam sejahtera ke atas kalian wahai ahli rumah dan mudah-mudahan Allah ﷻ membersihkan kalian dengan sebersih-bersihnya daripada segala dosa dan noda.” Begitulah sayangnya baginda buat Sayyidatina Fatimah Az-Zahra.

Kisah Keperibadian

Suatu ketika Rasulullah sedang duduk di masjid bersama dengan para sahabat, tiba-tiba datang seorang musafir yang kehabisan bekalan. Si musafir berkata kepada Rasul. "Ya Rasulullah, saya lapar sekali, berilah saya makanan. Saya tak punya pakaian kecuali yang saya kenakan, saya tak punya wang untuk bekal pulang. Tolong saya ya Rasul".

Rasulullah ﷺ lalu menjawab "Sayang aku sedang tidak memiliki apa-apa untuk diberikan kepadamu, tetapi orang yang menunjukan kebaikan adalah sama dengan orang yang melakukannya."

Rasulullah ﷺ lalu menyuruh si musafir untuk ke rumah puterinya, Fatimah Az Zahra. "Pergilah ke tempat orang yang dicintai Allah dan Rasulnya, dia lebih mengutamakan Allah dari pada dirinya sendiri, itulah Fatimah puteriku." 

Kemudian Rasulullah ﷺ meminta sahabatnya untuk menghantar musafir ke rumah Fatimah. Ketika di rumah Fatimah, ternyata tidak ada sesuatu yang boleh dimakan, Fatimah juga tidak punya wang untuk diberikan. Fatimah kemudian teringat kalung hadiah pernikahannya dengan Ali. Dengan hati ikhlas Fatimah lalu memberikan satu-satunya harta yang dimilikinya kepada si musafir. "Juallah kalung ini, mudah-mudahan harganya cukup untuk memenuhi keperluanmu," kata Fatimah.

Musafir itu lalu kembali ke tempat Rasulullah ﷺ  yang sedang berkumpul dengan sahabatnya dan memperlihatkan kalung yang diberikan Fatimah kepadanya. Rasulullah ﷺ begitu terharu dan tak berkuasa menahan tangis, puteri tercintanya rela memberikan satu-satunya harta yang dimiliki untuk membantu si musafir itu.

Salah seorang sahabat bernama Ammar bin Yasir mengajukan diri untuk membeli kalung itu. "Berapa hendak kau jual kalung itu?" tanya Ammar bin yasir kepada si musafir.

"Aku akan menjualnya dengan roti dan daging yang bisa mengenyangkan perutku, sebuah baju penutup tubuhku dan wang 10 dinar untuk bekalku pulang". Ammar lalu membeli kalung itu dengan harga 20 dinar emas, ditambah sebuah baju, serta seekor unta untuk tunggangan si musafir.

Setelah itu Ammar berkata kepada budaknya yang bernama, Asham. "Wahai Asham, pergilah menghadap Rasulullah ﷺ dan katakan aku menghadiahkan kalung ini dan juga engkau kepadanya. Jadi mulai hari ini kamu bukan budakku lagi tetapi budak Rasulullah ﷺ."

Rasulullah ﷺ yang menerima pesan Ammar tersenyum dan melakukan hal yang sama. Fatimah begitu berbahagia menerima hadiah kalung dari ayahandanya, meskipun dia tahu kalung itu adalah kalung miliknya yang diberikan kepada musafir. Dia juga mendapat hadiah seorang budak.

Fatimah yang berhati lembut bukan berbahagia mendapatkan budak, dia justru membebaskan Asham dan menjadikan Asham manusia merdeka. Asham begitu gembira kerana dirinya tidak lagi menjadi budak suruhan. Dia tersenyum dan tertawa hingga membuat Fatimah bingung. Asham lalu berkata.

"Aku tertawa kerana kagum dan takjub akan berkah kalung itu. Kalung itu telah mengenyangkan orang yang lapar, telah menutup tubuh orang yang telanjang, telah memenuhi hajat seorang yang fakir dan akhirnya telah membebaskan seorang budak," jawab Asham.

Wallahu A'lam

HANYA KONGSI
Semoga Ianya Bermanfaat

FB Hanya Kongsi

Isnin, 26 Ogos 2019

SATU KETIKA DULU SOLAT JUMAAT DIHADIRI 150,000 ORANG.

3:53:00 PTG 0
SATU KETIKA DULU SOLAT JUMAAT DIHADIRI 150,000 ORANG.

SATU KETIKA DULU SOLAT JUMAAT DIHADIRI 150,000 ORANG.
Nak share satu gambar lama yg ditangkap jurukamera British dulu era1830an. Di wilayah Afghanistan. Solat Jumaat di kawasan lapang yg dihadiri lebih kurang 150,000 penduduk Muslim seluruh wilayah Asia Tengah. Jumlah mungkin lebih dari itu. Menurut report jurukamera dan pasukan ekspedisi menangis sangat terharu melihat pemandangan ini yg pertama kali dilihat mereka.

Seluas mata memandang para lelaki Muslim dari kalangan pelbagai etnik bangsa berbeza mampu bersatu beribadat menyembah Yang Esa. "Such a beauty elegant scenery, pure masjestic!" ucap salah seorang krew penjelajah tersebut.Gambar ni lah yg membuatkan Gerakan Zionisme Dunia menghuru harakan Afganistan beratus tahun dulu sehingga sekarang. 

Dipecahkan dengan pelbagai mazhab supaya sibuk bergaduh sesama sendiri.Mereka yahudi Zionis dan Kafirun mempergunakan British, Soviet, India, Pakistan, Amerika, Iran, Saudi dan CIS untuk huru harakan Afganistan.

Supaya tidak akan ada lagi kesatuan Muslim yang kuat disana.Bayangkan. Solat Jumaat yg dijemaahkan 150,000 lelaki Muslim. Tiada pernah berlaku mcm tu lagi kecuali di Makkah al Mukaramah.Malangnya sekarang Afganistan bukan sahaja rosak dgn perang saudara tak sudah sudah, malah menjadi pusat tanaman daun popi dadah heroin terbesar didunia. 

Sampai begitu keji sekali gerakan halus musuh musuh Islam.Kita masih leka dn bergasak sesama seaqidah sdgkan puak al kafirun mendada bertepuk tangan....

FB Jemaah Usaha Atas Iman