MAGNETOSFERA - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Rabu, 16 Februari 2022

MAGNETOSFERA

MAGNETOSFERA



Planet Bumi sentiasa dikelilingi dengan medan magnet semulajadi. Medan magnet semulajadi ini turut menyebabkan kompas sentiasa menunjukkan arah utara bumi.

Medan magnet semulajadi ini (turut dipanggil sebagai magnetosfera), menjulang tinggi sehingga ke ruang angkasa akan menangkis ion-ion angin suria daripada menembusi masuk ke ruang angkasa (atmosfera) bumi.

Lapisan ini terletak di antara 3,000 km dan 10,000 km dari permukaan bumi, iaitu di lapisan termosfera.

Planet yang mempunyai magnetosfera aktif, seperti bumi mampu mengurangkan atau menyekat kesan radiasi matahari atau sinaran kosmik yang juga melindungi semua organisma hidup dari akibat sesuatu yang berpotensi memudaratkan dan berbahaya.

Tanpa medan magnet ini tidak mungkin kita hidup di permukaan bumi. 

Ketiadaan magnetosfera juga boleh meyebabkan angin suria mencapai bumi dan menggangu kefungsian alat eletronik seperti telefon pintar. 

"Dan Kami menjadikan langit sebagai perisai terlindung dan mereka berpaling dari tandanya"
Quran 21:32

Tetapi untuk memahami mengapa ayat ini mengatakan "perisai terlindung" anda harus melihat planet marikh sebagai contoh. 

Planet marikh mempunyai atmosfera namun kehilangannya kerana tidak mempunyai medan magnet.

Walau bagaimanapun, atmosfera bumi dilindungi oleh medan magnet yang tidak kelihatan ini. Inilah sebabnya mengapa ayat ini mengatakan "perisai terlindung". 

Kredit : Miracle Quran

FB Astronomi & Sains

Tiada ulasan: