بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
*اللهم صلى على محمد وعلى آله واصحابه وسلم*
*Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.*
*Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya*
*WASPADA TERHADAP PRASANGKA, KERANA PENGLIHATAN & PENDENGARAN SERINGKALI MENIPU*
_*Kisah Penjahit tua dan Penjual Daging*_
*Seorang penjahit tua tinggal di sebuah desa kecil dan selalu menjahit pakaian yang sangat rapi dan cantik lalu menjualnya dengan harga yang baik dan cukup mahal.*
*Suatu hari, seorang lelaki miskin dari desa datang kepadanya dan berkata kepada Penjahit, "Tuan menghasilkan banyak wang dari pekerjaan tuan, tapi mengapa tuan tidak membantu orang miskin di desa..?"*
*Lihatlah penjual daging di desa yang tidak pun banyak wang tetapi setiap hari pasti membahagikan daging percuma kepada orang miskin.*
*Penjahit itu tidak menghiraukannya dan hanya tersenyum tenang.*
*Orang miskin itu keluar dari kedai penjahit dan mengabarkan kepada penduduk di desa bahawa tukang jahit tua itu kaya tetapi kedekut, sehingga orang-orang desa membencinya.*
*Lalu setelah beberapa waktu, penjahit tua itu jatuh sakit, dan tidak ada pun penduduk desa yang peduli kepadanya, lalu dia meninggal sendirian.*
*Hari-hari berlalu dan orang-orang desa menyedari bahawa si penjual daging tidak lagi membahagikan daging percuma kepada orang miskin.*
*Ketika mereka bertanya kepasa Penjual daging, lalu dia memberi tahu mereka bahawa si tukang jahit tua itulah yang selama ini memberi saya sejumlah wang setiap bulan untuk sedekah daging percuma kepada orang miskin, setelah dia meninggal, maka berhenti juga sedekahnya.*
_*Moral of the story :*_
*Orang lain mungkin akan beranggapan atau berfikir buruk tentang Anda, jangan risaukan itu tidak penting.. kerana itu tidak akan menguntungkan Anda, juga tidak akan merugikan Anda. Yang penting adalah apa yang Allah ketahui tentang Anda.*
*Jangan menilai seseorang dari apa yang Anda lihat darinya, kerana dia mungkin memiliki hal-hal baik dalam hidupnya, yg Anda tidak mengetahuinya. Selalulah berprasangka baik kepada orang lain*
*SEMUGA BERMANFAAT*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan