Ustaz Shasaine Siau Bin Abdullah - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Rabu, 7 Julai 2021

Ustaz Shasaine Siau Bin Abdullah


"Tahukah Anda" Beliau Seorang Pendakwah Yang Sangat Hebat Tetapi Tidak Di Dendangkan Kehebatannya,Beliau Sebagai Seorang Ustaz,

Beliau Seorang Pembimbing Mualaf,Beliau Umpama Seorang Pengurus Jenazah Mualaf,Insan Mulia Ini Sedia Menyantuni Setiap Mualaf  Yang Di Islamkannya  Dengan memastikan kebajikan mereka terbela,pendidikan mereka  terurus,urusan kehidupan mereka  terjaga,urusan perkahwinan mereka,Sekiranya berlaku penceraian beliau lah tempat rujukanya,Sekiranya berlaku Pergaduhan,Sekiranya Mualaf Ditimpa Musibah beliau akan menziarahinya,Sekiranya mualaf masuk Hospital beliauakan membantu dan menziarahinya bersama rakan ziarah,Sekiranya Berlaku rebutan mayat Dan Beliau Dan Rakan Rakan Sukarelawannya Akan Menguruskan Mualaf Yang Meninggal,Siapakah Insan Istimewa ini, kita doakan agar nama beliau di sebut sebut di langit walaupun nama nya kurang kedengaran di bumi,

Jom ayuh kita kenali beliau......beliau anak kelahiran Rantau ,Negeri Sembilan ,Beliau Di lahirkan pada bulan Sept 1974 Dari sebuah Keluarga Tianghua yang beragama  Buddha, Persekolahan beliau bermula dari Sek Ren Cina Siliau dan Sek Men Dato Shamsuddin Nain,Negeri Sembilan,Beliau berjinak jinak dengan Islam sejak dibangku sekolah rendah lagi dan di Sek Men apabila beliau sentiasa bergaul dengan rakan rakan Islam,bersukan bersama mereka ,bermain bola sepak,Sentiasa tidor di Surau bersama sama rakan rakan,apabila rakanya usik beliau mana boleh cina masuk Surau ,lalu dia pun mengucap dua kalimah syahadah sekadar untuk tidor dalam Surau sebab surau la tempat yang selamat untuk beliau dan rakan rakan nya berehat dan tidor untuk hilangkan penat,dan beberapa perkara tentang agama asal beliau yang agak meragukan maka tidak heran la apabila di usia muda  beliau mengambil keputusan untuk melafazkan dua kalimah syahadah pada Sept 1995 Di Perkim Bahagian Negeri Sembilan dan di daftarkan Pengislamannya di Pejabat Agama Islam Seremban,Negeri Sembilan,

Sejak Itu beliau di kenali dengan nama Ustaz Shasaine Siau Bin Abdullah.Sudah menjadi Sunatallah sejak zaman berzaman setiap orang yang memilih Islam sebagai Cara hidupnya  pasti akan di Uji Dengan pelbagai ujian Dan begitu setiap orang Mukmin yang membuat kerja kerja  Allah pasti akan di uji dengan pelbagai ujian,tiada Perjuangan tanpa ujian,Tidak beriman seseorang sebelum ianya di uji,Begitu juga lah yang dialami oleh sahabat kita Alfadhil Ustaz Shasaine Siau Dari segi pendidikan tinggi beliau memperolehi Sijil Tinggi Pengajian Sains Dakwah(ILIM),Diploma Usuluddin(Kolej Darul Hikmah) Dan Sarjana Muda Dakwah Dan Kepimpinan (Kepujian)UKM,

Pada Tahun 2001 Beliau mula bertugas Sebagai Pen Pegawai Dakwah Di Jabatan Hal Ehwal Agama islam Negeri Sembilan(Pusat Dakwah Paroi)Di Samping itu penglibatan  beliau dalam NGO ialah sebagai Pengerusi MACMA Negeri Sembilan,Ahli Lembaga,Sek Sri Awfa Seremban 2,Ahli Panel Penulisan Khutbah Jumaat,Ahli Panel JK Murtad Jabatan Mufti Negeri Sembilan,Ahli Panel Rancangan Sinar Rohani TV 2(Slot Mandarin),Imam Solat Jumaat dan Tarawih,Tauliah Mengajar Di Seluruh Masjid Negeri Sembilan,Mewujudkan Sukarelawan Rakan Ziarah,Di Unit Ukhuwah Bahagian Dakwah,Tenaga Pengajar Kelas Bimbingan,Mualaf,Khidmat Nasihat Mualaf dan banyak lagi penglibatan dalam program dakwah ziarah dan kebajikan,

Selama hampir 20 Tahun pelbagai program beliau serta sukarelawan rakan ziarah di lakukan Di Negeri Sembilan,Di antara kejayaan besar beliau ialah dapat mengislamkan dua adik  beradik kepada Islam dan beliau juga yang menguruskan jenazah adik nya yang pergi terlebih dahulu,Diantara urusan yang paling beliau gemari ialah mengurus jenazah mualaf yang meninggal di Seluruh Negeri Sembilan,Kerana beliau tahu mengurus jenazah merupakan satu tugas yang sangat mulia di sisi Allah,dan Allah menjanjikan ganjaran yang besar kepada mereka yang melakukannya.Oleh kerana begitu besar sumbangan dan jasa beliau untuk Dakwah dan pengurusan mualaf di Negeri Sembilan marilah kita doakan agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan beliau bersama Rakan  Rakan Ziarah Beliau,Kita doakan juga agar Allah SWT memberi kesihatan yang baik dan di panjangkan umurnya,Sekian dulu Coretan Ringkas Terhadap insan Mulia Ini,Di Mohon Maaf Sekiranya ada Kekhilafan.Sempena PKP 03 "MENGURUS JENAZAH HINGGA MENGUBURKAN PAHALANYA SEBESAR GUNUNG UHUD".

Tiada ulasan: