HATI-HATI DALAM BERKONGSI CERITA - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 3 Oktober 2020

HATI-HATI DALAM BERKONGSI CERITA

HATI-HATI DALAM BERKONGSI CERITA

Bahagia kita jangan cerita pada orang. Sekotor air longkang, kotor lagi hati setengah orang. Dari puji boleh jadi keji. Dalam diam dia dengki. Sengsara kita tak boleh hebah kat orang. Sehina-hina babi hina lagi manusia yang tiada rasa simpati. Didepan dia kasihan. Dibelakang dia bertepuk tangan.

Jangan minta pertolongan dengan meminjam duit kawan2. Mereka akan memandang rendah terhadap kita. Walau apa pun berlaku, bertenanglah, tak usah mengeluh. Jangan mencanang kesusahan yang sedang di alami, kerana kita akan di jauhi. 

Hati-hati dalam berkongsi cerita. Ramai tangannya sebelah sudah menjadi senjata. Menunggu masa menusuk belakang kita. Mereka suka melihat kita jatuh tersungkur didepan mata sambil ketawa.

Tak payahlah berdendam dengan orang. Walaupun orang itu pernah sakitkan hati kita kaw-kaw punya, sehingga payah untuk kita lupa. Tak payah simpan lama2 dalam hati. Kita fikir balik pasal diri kita, kita pun bukan baik mana. Kita pun buat salah, sakitkan hati orang. Dan mungkin kita pun pernah buat orang lain merana. Jadi, maafkanlah sebab kita pun pendosa dan selalu berharap orang yang kita aniaya tu maafkan kita.

Bersahabatlah dengan mereka yang bersama kita ketika susah dan senang. Sahabat yang suka mengingatkan kita saat lupa dan alpa. Menghulurkan tangan ketika jatuh ditimpa tangga. Tersenyum bangga bila sama-sama berjaya. Yang kuat iri hati, dengki, biarkan dia bermain dengan hatinya.

FB Jemaah Tabligh Malaysia

Tiada ulasan: