TABUNG BENCANA COVID-19 YAYASAN PENDIDIKAN HIDAYAH - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Khamis, 9 April 2020

TABUNG BENCANA COVID-19 YAYASAN PENDIDIKAN HIDAYAH

TABUNG BENCANA COVID-19 YAYASAN PENDIDIKAN HIDAYAH


COVID-19 kini menjadi satu pandemik yang melanda seluruh dunia. Malaysia juga terkesan dengan wabak ini.

Pada 17 Mac 2020, YAB Perdana Menteri telah mewartakan Perintah Kawalan Pergerakan ke atas seluruh rakyat Malaysia. Walau bagaimana pun terdapat sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencari makan sehari demi sehari. Pendapatan mereka adalah pendapatan harian dan mereka sangat terkesan dengan perintah kawalan pergerakan ini.

Golongan ini terputus daripada punca pendapatan. Mereka sukar untuk meneruskan kehidupan harian kerana mereka tidak boleh keluar untuk berniaga mahupun bekerja.

Dalam masa yang sama, terdapat juga pelajar di Universiti tempatan tersekat tanpa bekalan makanan dan keperluan harian yang tidak mencukupi akibat sekatan ini. Malah, ramai di kalangan mereka adalah anak-anak golongan B40 yang tidak berkemampuan dan terpaksa tinggal di universiti.

Oleh itu Yayasan Pendidikan Hidayah ingin memulakan usaha untuk meringankan beban yang mereka tanggung ini.

Kami ingin menjemput tuan dan puan untuk turut sama menyertai kami dalam usaha ini. Sama-sama kita ringankan beban rakan-rakan dalam negara yang kita cintai ini.

Setiap ringgit yang tuan/puan sumbangkan dalam usaha ini adalah amat bermakna bagi saudara-saudara kita ini.

TABUNG BENCANA COVID-19 YAYASAN PENDIDIKAN HIDAYAH



Sumbangan Kepada Tabung Bencana COVID-19.

Di antara penerima sebahagian derma tuan/puan adalah 4 orang anak yatim yang kematian ayahnya beberapa bulan yang lalu. Si ibu yang terpaksa menyambung perniagaan gerai makan suaminya, kini terhenti sumber pendapatan akibat bencana COVID-19.

Rebutlah peluang barakah di bulan Syaaban. Banyakkan bersedekah.

Teruskan membantu mereka yang memerlukan melalui Tabung Bencana COVID-19.

Bank-in
YAYASAN PENDIDIKAN HIDAYAH
Bank Muamalat 01020005432712

Atau klik
yayasanhidayah.my/covid-19/

Tiada ulasan: