Beberapa minggu lepas saya sempat singgah di maqam Sultan Muhammad Al Fatih. Benda yang paling menarik perhatian saya adalah serban besar yang terletak di bahagian atas maqam Sultan Al Fatih ni.
Dan kalau tengok serban sebenar Sultan Muhammad Al Fatih ni memang serbannya lagi besar daripada kepala dan lagi lebar daripada muka.
Tour guide saya di Turki yang sangat pakar dengan sejarah Turki, Tuan Hazimin Sulaiman tanya saya " cuba teka serban tu digunakan untuk apa? "
Jawaban paling logik saya boleh fikir adalah sejadah. Tuan Hazimin kata salah.
Ah sudah. Apa lagi ni. Takkan serban dijadikan selimut pulak kan. Ok, saya mengalah.
Tuan Hazimin bagitahu saya " Serban tu sebenarnya adalah kain kafan dia. Kain kafan itulah yang Sultan Muhammad Al Fatih duk junjung tiap masa "
Allah. Terbeliak mata saya. Sultan yang berjaya buka kota terbesar dunia, Constantinople pada masa itu di usia 21 tahun rupa-rupanya junjung bawa kain kafannya setiap masa!
Betullah sabda Nabi dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW telah ditanya;
“Siapakah dikalangan mukmin yang paling bijak? Rasulullah SAW
bersabda; “Mereka yang paling banyak mengingati mati dan yang paling baik
persediaannya untuk selepas daripada mati, mereka itulah orang-orang yang
bijak”.
(Riwayat Ibnu Majah).
Benar sekali,
Bila kita ingat mati, kita taknak dah dengki mendengki.
Bila kita ingat mati, kita taknak dah mencaci maki.
Bila kita ingat mati, fokus kita lebih tinggi.
Bila kita ingat mati, kita lebih persiapkan diri.
Bila kita ingat mati, masa jadi lebih berkualiti.
Bila kita ingat mati, kita akan spend masa dan energy kita pada benda yang lebih bererti.
Dapat sesuatu kan?
- Taufiq Razif -
1 ulasan:
ayo tes keberuntungan kamu di agen365*com :D
WA : +85587781483
Catat Ulasan