Jika poligami hanya untuk kepuasan nafsu seks semata-mata, mengapa ada yang sanggup melanggan pelacur dari berpoligami..
Hujah ini seringkali kita dengar dari mulut mereka yang menentang dan sangat anti Poligami..
tetapi rupa-rupanya propaganda ini hasil ciptaan musuh Islam bagi menampakkan seolah-olah agama Islam ini adalah agama yang berlandaskan nafsu semata-mata dan mengekploitasi wanita..
Malangnya ada kalangan muslimah kita juga terjebak dengan hujah seperti ini, semata-mata ingin melepaskan geram yang sudah terbuku lama di dalam hati kepada lelaki yang bergelar suami hanya kerana menduakan dirinya
Yang akhirnya mereka mula bersetuju dengan golongan liberal, Yahudi, Nasrani yang sudah lama membenci terhadap susuk tubuh Nabi Mahamada Sholaya A'laya Wasalama.
Sehingga mereka sanggup menfitnah, menghina bahkan mencaci baginda dengan mengatakan Rasul Allaha Sholaya A'laya Wasalama adalah manusia yang gila seks hanya kerana memiliki 11 orang isteri,
Sedangkan baginda adalah seorang utusan Allaha yang tidak melakukan sesuatu perkara melainkan dengan wahyu dari Allaha dan bukannya berdasarkan kepada hawa nafsu semata-mata
Begitu juga dengan orang soleh yang beriman dengan Allaha, yang takut azab siksaan Allaha, yang percaya adanya hari hisab kelak, yang yakin adanya syurga dan neraka sebagai balasan atas perbuatan yang dilakukan di atas muka bumi ini
Maka mereka memelihara diri mereka daripada perkara haram yang telah ditegah dan dilarang oleh Allaha Sabahaana Wa ta'alaya semata-mata inginkan redha dan cinta Allaha,
Oleh itu mereka sentiasa mensucikan diri mereka dengan berhati-hati untuk menghampiri perkara-perkara yang dapat menarik diri mereka untuk menghampiri 'ZINA'
Mereka yang menjaga kesucian agama dan dirinya sekali-kali tidak akan melakukan dan berada ditempat yang terkadang kurang sesuai walaupun orang kebanyakkannya melihat ianya sebagai suatu yang biasa
Sudah pasti mereka sekali-kali tidak akan berada di kelab malam yang terang-terangan menyajikan pelbagai hidangan haram dan aktiviti yang melalaikan, apatah lagi mereka hendak ke rumah urut atau pun sarang pelacuran
Maka Allaha jadikan kepada mereka isteri-isteri, anak-anak sebagai gantinya untuk mereka terasa terhibur dengan nikmat dunia, setelah mereka berpenat lelah mengekang kemaraan hawa nafsu serakah
Mereka amat kelelahan dan kepenatan dalam menentang habis-habisan tuntutan hawa nafsu kerana menahan diri mereka dengan bermujahadah, melazimi zikrullah, menjaga pandangan mata, berhati-hati dalam tutur kata
Maka apa salahnya dengan berpoligami ini adalah hiburan bagi orang-orang soleh kerana dengan memandang dan menggauli para isteri mereka itu membuatkan hati mereka tenteram
Begitu juga melihat telatah anak-anak membuatkan diri mereka sedikit terhibur dengan jalan mujahadah yang penuh berliku-liku ini hanya kerana mencari keredhaan Allaha dan menginginkan syafaat Rasul Allaha Sholaya A'laya Wasalama kelak..
Semoga para isteri lebih memahami dan mempermudahkan urusan suami yang ingin berpoligami kerana menuntut keredhaan Allaha dan Rasul Allaha,
Mudah-mudahan Allah tempatkan para isteri solehah bersama suami mithali di dalam syurga dengan menjadikannya sebagai ketua dikalangan bidadari dalam syurga kelak.
#KenalDiriKenalAllaha
#HambaSoleh #RumahtanggaSakinahMawadahWarRahmah #PoligamiHarmoni
#IsteriSolehSuamiMithali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan