Allahuakbar...Allahuakbar.....hari ini admin merasa begitu kerdil dan bersalah kerana telah menerbitkan sebuah artikel yang diambil dan dikongsi di blog ini rupanya ianya hadis palsu.
Artikel yang dimaksudkan ialah : Doa Selamat Mati Mendadak
Terima kasih pada pembaca dan pengomen blog ini yang bertanya saya dari mana sumber referinsinya, maka saya membuat kajian yang lebih mendalam dan mendapati beberapa blogger dan juga Facebook ahli ulamak mengatakan ianya tiada dalam hadis nabi junjungan kita.
Tujuan perkongsian dan pembinaan blog Islam is Great ini adalah bertujuan berkongsi tentang ilmu agama namun admin agak tersasar apabila mengambil sumber-sumber yang popular yang di kongsi ramai dengan mengandaikan bahawa ianya benar tanpa unsur periksa atas dasar ia dikongsi sebegitu maka ianya benar..
Satu kegagalan total blogger Islam Is Great dalam usaha memperkasakan Islam dan mencari sedikit pahala tetapi ia membawa dosa..Allahuakbar. Aku mohon padamu Ya Allah, terimalah kemaafanku dan kerendahan hatiku ini dalam melakukan kesilapan sebegini..Malu, Bersalah dan Gagal kerana penerbitan artikel sedemikian
Admin bersyukur telah disedarkan oleh pengomen yang admin tidak kenali dan melalui pengajaran yang pahit serta menanggung beban bersalah setiap artikel Doa Selamat Mati Mendadak yang dibaca oleh pembaca blogger Islam Is Great ini, Bersyukur kerana pada masa akan datang admin akan membuat kajian terperinci setiap artikel yang diterbitkan. Bersalah kerana admin tahu pada zaman ini banyak hadis palsu dan tahu hukumnya menyebar hadis palsu ini tetapi kenapa tak periksanya dahulu. Inlah gara-gara mahu berkongsi artikel secara terburu-buru..
Artikel ini adalah satu tulisan formal Admin Blogger Islam Is Great menadah sepuluh jari kemaafan kepada semua pembaca. Harap semua pihak dapat maafkan admin...Dan admin berjanji setiap hadis yang diterbitkan ada penyataan bertulis ianya palsu atau tidak...amin,
SEBAR HADIS PALSU
Menyebarkan hadis palsu tanpa menerangkan tentang kepalsuannya adalah merupakan satu dosa yang amat besar. Penipuan dan bersekongkol dengan penipuan adalah dosa menurut ajaran Islam. Apatah lagi jika pembohongan itu menggunakan nama Allah dan RasulNYA. Kesannya besar dan bahaya. Mereka yang terpedaya dengan penipuan tersebut akan mengamalkan sesuatu yang disangkakan bersumber dari Tuhan sedangkan hakikatnya tidak demikian. Jika isi pembohongan itu sesuatu yang jelas bercanggah dengan hakikat fakta, ataupun sesuatu yang ‘lekeh’ maka Tuhan ataupun RasulNya akan dipersalahkan. Mungkin ia akan menghilangkan keimanan manusia terhadap ajaran agama.
Justeru itu, Islam mengharamkan sama sekali perbuatan mengadakan hadis palsu seperti penegasan Nabi s.a.w dalam hadis mutawatir:
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.
Bukan sahaja mengadakan hadis palsu itu dosa besar, menyebarkannya juga berkongsi dosa besar yang sama. Dalam era teknologi ini, begitu mudah sesuatu hadis palsu itu tersebar. Menerusi sms, email, facebook, what' App, twitter dan pelbagai lagi, ramai yang terlibat dengan kegiatan dosa menyebarkan hadis palsu ini. Maka berhati-hatilah. Beberapa klik tanpa penelitian boleh membawa anda menjadi pendusta yang menggunakan nama Allah dan RasulNYa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan