BERDOALAH KETIKA HAMPIR BERBUKA PUASA, - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Rabu, 8 Mei 2019

BERDOALAH KETIKA HAMPIR BERBUKA PUASA,

BERDOALAH KHUSUSNYA KETIKA HAMPIR BERBUKA PUASA, MUDAH-MUDAHAN DOAMU DIPERKENANKAN OLEH ALLAH TAALA.


Daripada Saidina Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, bahawa dia berkata : 


Rasulullah ﷺ pernah bersabda: 


"Tiga orang yang doa mereka tidak tertolak, iaitu :


1) SEORANG YANG BERPUASA HINGGA BERBUKA


2) seorang imam (pemerintah) yang adil dan ;


3) doa orang yang dizalimi. 


Allah akan mengangkat doanya ke atas awan, dan membukakan baginya pintu-pintu langit, lalu berfirman: 


"Demi kemuliaan-Ku, sungguh Aku akan menolongmu meskipun beberapa saat lamanya." 


Hadith Sahih riwayat al-Imam at-Tirmizi rahimahullah.


Asy-Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid hafizahullah berkata :


Hadith ini menjadi dalil bahawa seseorang yang berpuasa sewajarnya berusaha bersungguh-sungguh untuk berdoa pada detik-detik hampir berbuka puasa.


Mohonlah kepada Allah akan segala kebaikan yang mahu dipinta. Sesungguhnya waktu tersebut adalah waktu diperkenankan doa.


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,


1) Disiplinkanlah diri sendiri dan ahli keluarga agar menjadikan 10 hingga 15 minit sebelum berbuka adalah waktu untuk berdoa.


2) Elakkan daripada masih sibuk dengan penyediaan makanan pada waktu yang sangat berharga ini.


3) Berdoalah agar Allah mengampunkan dosa, menerima amalan yang dilakukan, dikurniakan hidayah, direzekikan husnul khatimah serta pohonlah segala kebaikan untuk dunia dan akhiratmu.


اللهم تقبل منا صيامنا وقيامنا وجميع أعمالنا واجعلها خالصة لوجهك الكريم.


الفقير إلى عفو ربه،

أبو عمار مدني،

غفر الله له ولوالديه ولجميع المسلمين.


Tiada ulasan: